omniture

CX Asia Excellence Awards 2024 Dibuka - Serahkan Penyertaan Anda dan Diiktiraf sebagai Pemimpin CX

IQPC | CX Asia
2024-03-18 14:42 48

SINGAPURA, 18 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Mempelawa kesemua pejuang pengalaman pelanggan (CX) di Asia! CX Asia Excellence Awards 2024 kini dibuka untuk penyerahan, menandakan tahun ke-10 meraikan amalan CX terbaik dalam kelas di seluruh rantau ini.

Indosat Ooredoo Hutchison's Customer Experience Team Wins Gold at CX Asia Excellence Awards 2023!
Indosat Ooredoo Hutchison's Customer Experience Team Wins Gold at CX Asia Excellence Awards 2023!

Paparkan strategi CX inovatif anda dan peroleh pengiktirafan global. Anugerah ini menumpukan perhatian kepada pendekatan yang transformatif dan memuji pencapaian individu serta organisasi dalam komuniti CX Asia yang rancak.

Tahun ini, kami dengan gembiranya memperkenalkan empat kategori baharu:

  • Penggunaan Data & Pandangan Pelanggan Terbaik
  • Penggunaan Kecerdasan Buatan Terbaik
  • Penggunaan Bot Sembang Pintar Terbaik
  • Penggunaan Teknologi Pemasaran (MarTech) Terbaik

Tonjolkan komitmen anda kepada CX yang luar biasa. Serahkan penyertaan anda selewat-lewatnya pada 7 Jun 2024 dalam 14 kategori yang pelbagai termasuk Pengalaman Omnisaluran, Pengalaman Pekerja, Pusat Hubungan, Pengalaman Digital dan banyak lagi. Penyertaan adalah percuma sepenuhnya dan dibuka kepada organisasi-organisasi dan individu-individu di seluruh Asia. Kunjungi cxasia-awards.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kategori, kriteria kelayakan dan muat turun risalah rasmi.

Pemenang-pemenang akan diumumkan di Majlis Penyampaian CX Asia Excellence Awards, berlangsung pada 20 November semasa CX Asia Week 2024. Bertemakan Superheroes (Adiwira) pada tahun ini, Majlis Penyampaian Anugerah menawarkan peluang terbaik untuk berhubung dengan pemimpin industri, berkongsi amalan terbaik dan meraikan pencapaian luar biasa pasukan anda bersama-sama rakan seperjuangan CX anda.

Anugerah 2023: Meraikan Kecemerlangan dalam CX

Tahun 2023 menyaksikan penyerahan luar biasa yang memperlihatkan kuasa strategi CX yang inovatif. Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pemenang Emas yang menetapkan standard yang tinggi dalam pelbagai kategori:

  • Pengalaman Jenama Terbaik & Pengalaman Media Sosial Terbaik: Bumrungrad International Hospital
  • Penglibatan Pekerja Terbaik: United Overseas Bank
  • Penggunaan Mudah Alih Terbaik: AIA Indonesia
  • Penggunaan Teknologi CX Terbaik: Shell Aviation Limited
  • Vendor CX Cemerlang: Jio Haptik Technologies Ltd
  • Pusat Hubungan Terbaik: DHL Express (Malaysia) Sdn Bhd
  • Personaliti CX Terbaik: Trust Bank Singapore
  • Pengalaman Omni-Saluran Terbaik: Income Insurance Limited
  • Pasukan Pengalaman Pelanggan Terbaik: Indosat Ooredoo Hutchison
  • Pengalaman Pelanggan Terbaik: AIA Group

Serlahkan kuasa terbesar CX anda dan serahkan penyertaan anda hari ini!

Latar Belakang CX Asia 
CX Asia menjadi hab tumpuan untuk pemimpin CX Asia selama 12 tahun, menghubungkan pemimpin melalui persidangan, anugerah dan kandungan. Pembuat keputusan pengalaman pelanggan, perkhidmatan, digital dan pemasaran kanan berhimpun untuk menyelami amalan terbaik dengan mendalam, meneroka inovasi dan meraikan kecemerlangan serantau - kesemuanya dibangunkan untuk membantu menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa dan menjadi benar-benar bertumpukan pelanggan.

Hubungi:

Suhailah Ishak
suhailah.ishak@iqpc.com.sg 

Source: IQPC | CX Asia
Keywords: Computer/Electronics Awards Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things