omniture

BlackBerry Bekerjasama dengan Rogers Cybersecure Catalyst di Toronto Metropolitan University Untuk Meningkatkan Kemahiran Keselamatan Siber di Malaysia

BlackBerry Limited
2024-03-20 23:31 97

Program kepimpinan keselamatan siber baharu akan ditawarkan di bawah Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry (CCoE) di Kuala Lumpur, dengan biasiswa penuh yang tersedia untuk wanita 

CYBERJAYA, Malaysia, 20 Mac 2024 /PRNewswire/ -- BlackBerry Limited (NYSE: BB; TSX: BB) dan Rogers Cybersecure Catalyst ("Catalyst"), pusat latihan, penyelidikan dan inovasi nasional Toronto Metropolitan  University, hari ini mengumumkan perkongsian baharu yang, buat pertama kalinya, akan menawarkan program CLIC (Pensijilan untuk Kepimpinan dalam Keselamatan Siber)   bertaraf dunia Catalyst di Malaysia.  Untuk membantu merapatkan jurang jantina dalam industri siber Malaysia dan menyokong pertumbuhan kerjaya untuk wanita Malaysia, Catalyst juga bekerjasama dengan SANS Institute untuk memberikan biasiswa CLIC penuh kepada tiga calon wanita Malaysia yang berkelayakan. Program CLIC Malaysia akan bermula pada bulan Mei 2024, dengan pendaftaran kini dibuka.

Ketika BlackBerry bersiap sedia untuk membuka Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) baharu secara rasmi di Kuala Lumpur pada 26 Mac, perkongsian baharu dengan Catalyst ini akan meningkatkan komitmen BlackBerry untuk menyokong Malaysia dan negara lain di rantau Indo-Pasifik dan meningkatkan  keupayaan dan daya tahan keselamatan siber negara-negara ini.

CLIC ialah program latihan dan pensijilan keselamatan siber intensif selama enam bulan yang dirancang untuk memberikan kemahiran yang diperlukan untuk melancarkan atau meningkatkan kerjaya dalam keselamatan siber. Program ini membolehkan graduan memperoleh dua pensijilan (Global Information Assurancel) SANS GIAC yang diiktiraf di peringkat global. Peserta juga akan mendapat manfaat daripada akses kepada Catalyst Cyber Range, (platform latihan dan ujian keselamatan siber yang unik), mendapat bimbingan kerjaya daripada pakar siber terkemuka, dan latihan merentasi set kemahiran yang lebih luas termasuk etika keselamatan siber, strategi organisasi, pematuhan kawal selia, dan menterjemahkan risiko siber menjadi risiko perniagaan.

"Toronto Metropolitan University teruja untuk menyokong pusat keselamatan siber nasionalnya, Rogers Cybersecure Catalyst, dalam usahanya untuk memperluaskan program latihan tercanggihnya ke Malaysia," kata Mohamed Lachemi, Presiden dan Naib Canselor, Toronto Metropolitan University. "Dalam pada kami terus menjuarai daya tahan siber global, usaha menarik ini mengukuhkan komitmen kami untuk memupuk inovasi, kerjasama dan kecemerlangan dalam keselamatan siber. Bersama BlackBerry, kami membentuk masa hadapan digital yang selamat untuk individu dan organisasi di seluruh dunia."

Perkongsian baharu dengan Catalyst ini merupakan satu lagi pencapaian dalam perjanjian penting  keselamatan siber BlackBerry dengan Kerajaan Malaysia, yang diumumkan di Sidang Kemuncak APEC di San Francisco pada November 2023. BlackBerry juga baru-baru ini bekerjasama dengan SANS Institute untuk menawarkan pelbagai kursus SANS di BlackBerry Malaysia CCoE, yang sudah bermula. BlackBerry dan rakan kongsinya akan menerangkan pelbagai kursus dan pensijilan yang ditawarkan di fasiliti CCoE yang tercanggih apabila ia dibuka secara rasmi minggu depan. 

John Dimitropoulos, Naib Presiden Kanan Pembangunan Korporat, Strategi, dan Pembangunan Perniagaan di BlackBerry membuat kesimpulan, "Perkongsian baharu BlackBerry dengan Rogers Cybersecure Catalyst menggambarkan perkembangan yang signifikan dalam komitmen jangka panjang kami untuk membantu Malaysia membina kapasiti keselamatan siber dan memperkukuhkan pertahanan digital. Berkembang berlandaskan perkongsian SANS Institute kami baru-baru ini, kami menawarkan tenaga kerja siber Malaysia akses yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada kursus latihan dan acara perangkaian yang diperakui di peringkat global melalui Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry kami di Kuala Lumpur untuk memperbesarkan kumpulan bakat siber, meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan menyokong ekosistem pembelajaran yang berkembang maju."

Matthias Chia, Pengarah Strategi & Pembangunan Perniagaan, Asia Pasifik, SANS Institute menambah, "Di barisan hadapan pembangunan tenaga kerja keselamatan siber, SANS dengan bangganya mempelopori inisiatif menyeluruh yang membuka peluang untuk wanita yang ingin mencapai kemajuan kerjaya dalam bidang yang sangat diminati ini. Perkongsian kami dengan Rogers Cybersecure Catalyst untuk memperkenalkan biasiswa ini untuk wanita melalui Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam komitmen teguh kami untuk memupuk kepelbagaian jantina dalam dunia keselamatan siber. Inisiatif ini bukan sahaja menjuarai pembangunan profesional pahlawan siber wanita Malaysia tetapi juga menetapkan penanda aras untuk kecemerlangan inklusif dalam pendidikan keselamatan siber dan kesiapsediaan kerjaya di peringkat global."

Untuk maklumat lanjut mengenai BlackBerry CCoE baharu, sila lawati di sini.  Untuk mendaftarkan minat dalam program latihan CLIC Rogers Cybersecure Catalyst di Malaysia, lawati di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan biasiswa, lawati di sini.

Maklumat Tentang Rogers Cybersecure Catalyst

Rogers Cybersecure Catalyst ialah pusat nasional Toronto Metropolitan University untuk latihan, inovasi dan kerjasama dalam keselamatan siber. Catalyst yang beribu pejabat di Brampton, Ontario, dan menawarkan program dan perkhidmatan di seluruh Kanada, memperkasakan individu dan organisasi untuk merebut peluang dan menangani cabaran keselamatan siber. Bersama dengan rakan kongsi dan kolaborator kami, kami berusaha untuk merealisasikan visi demokrasi sihat dan masyarakat yang berkembang maju, yang dikuasakan oleh teknologi digital yang selamat.

Melalui program latihan dan pensijilan kami yang inovatif; pengaturcaraan inovasi unik untuk permulaan dan peningkatan; rangkaian siber yang pertama seumpamanya; dan program pendidikan awam yang meluas, Catalyst membantu memacu daya saing global Kanada dalam keselamatan siber.

Maklumat Tentang SANS INSTITUTE

SANS Institute ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai sebuah organisasi penyelidikan dan pendidikan koperasi. Hari ini, SANS adalah penyedia latihan dan pensijilan yang paling dipercayai dan, setakat ini, yang terbesar untuk profesional di institusi kerajaan dan komersial di seluruh dunia. Pengajar SANS yang terkenal mengajar lebih daripada 60 kursus di acara keselamatan siber secara bersemuka dan maya dan OnDemand. GIAC, sekutu SANS Institute, mengesahkan kemahiran pengamal melalui lebih daripada 35 pensijilan teknikal dalam keselamatan siber secara amali.  SANS Technology Institute, sebuah anak syarikat bebas yang diiktiraf di peringkat serantau, menawarkan ijazah sarjana dan sarjana muda, sijil siswazah, dan sijil sarjana muda dalam keselamatan siber. SANS juga menyampaikan pelbagai sumber percuma kepada komuniti InfoSec, termasuk projek konsensus, laporan penyelidikan, siaran web, audio siar dan surat berita; ia juga mengendalikan sistem amaran awal Internet–Pusat Ribut Internet. Ramai pengamal keselamatan di tengah-tengah SANS, yang mewakili pelbagai organisasi global daripada syarikat hingga universiti, bekerjasama untuk menyokong dan mendidik komuniti keselamatan maklumat global. www.sans.org

Maklumat Tentang BlackBerry

BlackBerry (NYSE: BB; TSX: BB) menyediakan perisian keselamatan pintar dan perkhidmatan kepada perniagaan dan kerajaan di seluruh dunia. Perisian syarikat ini menguasakan lebih 235 juta kenderaan.  Berpangkalan di Waterloo, Ontario, syarikat ini memanfaatkan AI dan pembelajaran mesin untuk menyampaikan penyelesaian inovatif dalam bidang penyelesaian keselamatan siber, keselamatan dan privasi data, dan merupakan peneraju dalam bidang keselamatan titik akhir, pengurusan titik akhir, penyulitan, dan sistem terbenam. Visi BlackBerry adalah jelas - untuk menjamin masa depan terhubung yang anda boleh percayai.

BlackBerry. Keselamatan Pintar. Di mana-mana sahaja. 

Untuk maklumat selanjutnya, layari BlackBerry.com dan ikuti @BlackBerry.

Tanda dagangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada BLACKBERRY dan Rekaan EMBLEM ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar BlackBerry Limited, dan hak eksklusif ke atas tanda dagangan tersebut adalah terpelihara. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing. BlackBerry tidak bertanggungjawab terhadap produk atau perkhidmatan pihak ketiga.

Butiran Hubungan Media:
BlackBerry Media Relations
+1 (519) 597-7273
mediarelations@BlackBerry.com 

Perhubungan Media Catalyst
 +1 (416) 525-6842
catalystpress@torontomu.ca

Jenn Elston, SANS Institute: press@sans.org 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/726868/BlackBerry_Logo.jpg?p=medium600

Source: BlackBerry Limited
Related Stocks:
NYSE:BB Toronto:BB
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education High Tech Security Higher Education