omniture

EDAN dan GH Labs Berkolaborasi Bangunkan Peranti Ultrabunyi Didayakan-AI

EDAN Instruments, Inc.
2024-03-21 11:28 84

BELLEVUE, Washington, 21 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Edan Instruments, Inc. (300206.SZ), pembekal global yang terkemuka bagi solusi perubatan dan penjagaan kesihatan, mengumumkan kolaborasi bersama Global Health Labs, Inc. (GH Labs) untuk membangunkan peranti ultrasound didayakan oleh AI (Artificial intelligence). Kolaborasi ini bertujuan untuk merevolusikan akses penjagaan kesihatan, terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC).

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pada 13 Mac 2024 di Bellevue, Washington, EDAN dan GH Labs akan menggabungkan kepakaran mereka bagi mencipta solusi ultrabunyi inovatif yang dikuasakan oleh  AI. Inisiatif ini menekankan komitmen bersama oleh kedua-dua pihak bagi menangani ketaksamaan kesihatan global dan meningkatkan hasil penjagaan kesihatan ibu dan bayi baru lahir.

"Kami berasa teruja memulakan perjalanan transformatif ini bersama GH Labs," kata Xicheng Xie, Pengasas Bersama dan Naib Presiden EDAN. "Dengan memanfaatkan kuasa teknologi AI, kami menyasarkan untuk menjadikan pemeriksaan ultrasound lebih mudah diakses d dengan harga mampu milik untuk masyarakat di seluruh dunia."

GH Labs, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan (NPO) yang dibiayai oleh Gates Ventures, membawakan pengalaman yang luas dalam membangunkan penyelesaian teknologi untuk mengurangkan ketaksamaan kesihatan. Melalui kolaborasi ini, GH Labs akan menyediakan kepakaran teknikal bagi menyokong pembangunan peranti ultrasound menggunakan AI yang disesuaikan untuk LMIC.

"Kolaborasi sebegini mewakili langkah yang penting ke hadapan dalam misi kami untuk memanfaatkan teknologi demi kesaksamaan kesihatan global," ulas Steve Kern, Pengarah Eksekutif di GH Labs. "Bersama-sama EDAN, kami komited untuk memajukan akses penjagaan kesihatan dan meningkatkan kesihatan ibu dan bayi baru lahir dalam komuniti kurang yang diberi perkhidmatan."

Peranti yang dibangunkan melalui perkongsian ini akan memperkasa penyedia penjagaan kesihatan di LMIC untuk mengenalpasti kehamilan berisiko tinggi dan menyediakan intervensi tepat pada masanya, seterusnya meningkatkan penjagaan pranatal di seluruh dunia.

Latar Belakang Global Health Labs, Inc.

Global Health Labs, Inc. (GH Labs), organisasi tidak berasaskan keuntungan yang diwujudkan oleh Gates Ventures dan Bill and Melinda Gates Foundation, berinovasi untuk mengurangkan ketaksamaan kesihatan terutamanya di negara-negara berpendapat rendah dan sederhana dan bekerjasama erat dengan Bill & Melinda Gates Foundation dan para pemimpin merentas sektor-sektor untuk membangunkan penyelesaian teknologi yang dapat menangani keperluan yang tidak dipenuh dalam:

  • Diagnostik
  • Kesihatan Ibu, Bayi Baru Lahir dan Anak
  • Peralatan dan Kelengkapan Penjagaan Kesihatan Utama

Latar Belakang Edan Instruments, Inc.

EDAN berdedikasi untuk menambah baik keadaan manusia di seluruh dunia dengan menyampaikan produk dan penyelesaian perubatan berpandukan nilai, inovatif dan berkualiti tinggi, mempelopori siri penyelesaian perubatan komprehensif yang memenuhi rangkaian luas amalan penjagaan kesihatan termasuk ESG Diagnostik, OB/GYN, Pengimejan Ultrabunyi, Diagnostik In-Vitro, Pemantauan Pesakit, Ujian Titik Jagaan dan Veterinari. Ikuti EDAN di LinkedInFacebook, Instagram.

Source: EDAN Instruments, Inc.
Related Stocks:
Shenzhen:300206
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence