omniture

Huawei Diperakui Majikan Terbaik di Eropah Tahun Kelima Berturut-turut

Huawei
2024-03-21 16:44 13

DÜSSELDORF, Jerman, 21 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Huawei diiktiraf sebagai "Top Employer" ("Majikan Terbaik") di Eropah pada tahun 2024. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut syarikat ini berjaya dimasukkan ke dalam senarai yang disusun oleh Top Employers Institute, peneraju bagi pensijilan pengurusan sumber manusia.

Selain dinamakan sebagai Majikan Terbaik di Eropah, Huawei turut menerima pengiktirafan individu di 16 negara Eropah: Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Itali, Ireland, Belanda, Portugal, Poland, Romania, Sepanyol, Switzerland, Sweden dan UK.

Huawei accepted the Top Employer Europe Award during the Top Employer celebration event.
Huawei accepted the Top Employer Europe Award during the Top Employer celebration event.

Top Employers Institute telahpun memperakui lebih daripada 2,300 organisasi di 121 negara/wilayah yang digabungkan, menggaji lebih 12 juta orang di seluruh dunia.

Patrik Rendel, Pengurus Serantau DACH & CEE, Top Employers Institute berkata: "Top Employers Institute mengiktiraf Huawei Eropah sebagai majikan dengan peluang pembangunan kerjaya yang hebat pada semua peringkat. Huawei mendapat markah 15% melebihi jumlah kesemua penanda aras Top Employers."

Dinamakan sebagai Majikan Terbaik oleh senarai Institut ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen Huawei kepada bakat di seluruh Eropah dan global. Syarikat ini terus mengukuhkan pembangunan, perekrutan dan amalan pengurusan bakatnya pada tahun 2024.

Lesley White, Timbalan Naib Presiden Sumber Manusia, Huawei Wilayah Eropah berkata: "Bakat merupakan komponen penting dalam strategi perniagaan kami di Eropah dan seluruh dunia. Kami berasa gembira kerana diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di Eropah buat kali kelima berturut-turut. Huawei telah bertapak kukuh di Eropah selama lebih 20 tahun dan kami menyedari bahawa amat penting untuk operasi perniagaan dan kejayaan kami menunjukkan amalan pengurusan kakitangan termaju Huawei pada platform global. Melalui proses pensijilan ini, Huawei menunjukkan bagaimana ia mencari nilai unik dalam diri kakitangan dan bekerjasama dengan mereka melalui pelbagai cara untuk memastikan tarikan, pengekalan dan pembangunan bakat. Kami akan terus mencipta lebih banyak peluang untuk menyokong bakat di Eropah bagi membangunkan kerjaya mereka di Huawei."

Huawei memupuk persekitaran yang menggalakkan inovasi baik di dalam syarikat di seluruh pejabat Eropahnya dan global, mahupun dalam ekosistem teknologi lebih luas di tempat ia beroperasi. Syarikat ini mempunyai beberapa inisiatif dalam bidang ini. ICT Academy merupakan perkongsian antara Huawei dan universiti-universiti yang bermatlamat untuk berkongsi teknologi canggih syarikat ini bersama universiti-universiti seluruh dunia dan memupuk bakat ICT baharu. Huawei turut menganjurkan Seeds for the Future, program unggulan syarikat ini bagi pemupukan kemahiran digital dan Program Siswazah Huawei (Huawei Graduate Program) yang menempatkan siswazah universiti dengan peranan di Huawei untuk membangunkan dan mengembangkan kerjaya mereka. Baru-baru ini, syarikat mengumumkan bahawa edisi Eropah Seeds for the Future akan diadakan di Rome, Itali pada tahun 2024.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Workforce Management/Human Resources Awards