omniture

Apakah Rahsia di sebalik Populariti Global Modul Hiper-ion HJT Risen Energy?

Risen Energy Co., Ltd
2024-03-22 13:54 43

NINGBO, China22 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Sejak pelancaran rasminya dalam Julai 2023, modul Hiper-ion heterosimpang (HJT) 700Wp+ Risen Energy menunjukkan kekuatan dalam pasaran luar negara. Dengan penambahbaikan yang berterusan dalam kuasa dan kecekapan modul, selain prestasi yang cemerlang dalam penjanaan kuasa tinggi serta jejak karbon rendah, ia amat disukai oleh pelanggan di seluruh dunia. Setakat ini, modul Hiper-ion telahpun dieksport ke hampir 40 negara dan wilayah di peringkat global, dengan jumlah penghantaran terkumpul melebihi 3GW. Sementara itu, Risen Energy terlibat secara aktif dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, dengan modul ion-Hipernya bukan sahaja menyaingi pasaran fotovolta (PV) yang matang di Eropah dan Amerika Latin, tetapi turut berkembang ke negara-negara sepanjang Jalur dan Jalan, termasuk Emiriah Arab Bersatu, Pakistan, Israel, Iraq, Indonesia, Yaman dan sebagainya. Risen Energy telah menyumbang bahagiannya kepada ekonomi hijau global sekali gus meningkatkan lagi pengaruh jenamanya.

Hyper-ion modules have been exported to nearly 40 countries and regions globally
Hyper-ion modules have been exported to nearly 40 countries and regions globally

Inovasi merupakan pemacu teras di sebalik pembangunan kukuh Risen Energy. Sepanjang penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap produk HJT, Risen Energy mewujudkan model R&D bersepadu secara inovatif untuk teknologi HJT bermula daripada bahan silikon hingga modul, seterusnya menjadi perusahaan pertama dalam industri ini yang mengeluarkan secara besar-besaran produk HJT dengan Busbar sifar, wafer silikon ultra-nipis, penggunaan perak kurang daripada 7mg/W dan teknologi saling sambung Hyper-Link tanpa tekanan yang memudahkan pengeluaran besar-besaran produk Hiper-ion HJT dengan berkesan. Pada masa ini, purata kecekapan sel solar Hiper-ion HJT Risen Energy dalam pengeluaran besar-besaran melebihi 25.8%, dengan kuasa modul melangkaui 715Wp. Menerusi pengoptimuman berterusan dalam proses pengeluaran sel solar Hiper-ion HJT dan penemuan dalam teknologi, kedua-dua kecekapan penukaran dan kuasa modul terus meningkat secara berterusan. 

Memandangkan konsensus global terhadap pengurangan karbon terus berkembang, terdapat peningkatan yang ketara dari segi permintaan terhadap teknologi dan produk tenaga boleh baharu. Berlatarbelakangkan hal ini, produk yang mengurangkan LCOE dan mempunyai jejak karbon lebih rendah memacu kemajuan masa depan industri solar. HJT, sebagai teknologi dan produk dengan kecekapan penukaran tertinggi dan penjanaan kuasa elektrik dalam teknologi simpang-tunggal, turut memiliki atribut jejak karbon rendah yang unik, menjadikannya lebih sesuai untuk laluan teknologi pasaran dengan permintaan LCOE rendah dan karbon rendah. Tambahan pula, struktur sel HJT lebih mudah membentuk sel tandem dengan perovskit, dengan potensi cemerlang untuk lelaran teknologi dan prospek pembangunan yang luas.

Menuju ke hadapan, Risen Energy akan terus melaksanakan penaiktarafan teknologi dan lelaran dalam bidang HJT, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan bagi mengukuhkan daya saing terasnya, menerajui industri dalam penaiktarafan yang melonjak dan memperkasa pelanggan global untuk mempercepatkan pembangunan hijau yang mampan.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities