omniture

Blitz Kumpul $1.6 Juta Tambahan dalam Pendanaan Lanjutan Benih Terlebih Langgan Percepat Pengembangan AI dan Logistik EV Seluruh Indonesia

Blitz
2024-03-25 09:15 34

Ini merupakan pusingan pendanaan ketiga Blitz sejak memulakan operasi pada tahun 2022. Syarikat memperoleh dana tambahan sepanjang S3 2023 dan S1 2024 daripada pelabur antarabangsa dan serantau terkemuka termasuk ADB Ventures, Iterative VC, FiveFortyAlpha, Third Derivative, BonBillo Fund, Bansea Fund, dan Satvik Investments.

JAKARTA, Indonesia, SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Blitz Electric Mobility ("Blitz"), pelopor dalam sektor logistik kenderaan elektrik (EV) Asia Pasifik, dengan bangganya mengumumkan kejayaan penutupan pusingan pendanaan lanjutan benih terlebih langgan sepanjang S3 2023 dan S1 2024, memperoleh USD 1.6 juta daripada pelabur-pelabur terkemuka termasuk ADB Ventures, Iterative VC, FiveFortyAlpha, Third Derivative, BonBillo Fund, Bansea dan Satvik Investments, dengan ADB Ventures mengetuai pusingan. Ini menjadikan jumlah dana Blitz setakat ini mencapai USD 2.6 juta. Suntikan dana terkini ini mempercepatkan pengembangan Blitz di seluruh Indonesia, mengukuhkan kedudukannya sebagai pengupaya logistik EV yang terkemuka di negara ini.

Saivya Chauhan, Ketua Pegawai Eksekutif Blitz dan Mohammad Feriadi, Presiden Pengarah JNE, pelanggan sekian lama, bekerjasama dalam projek penghantaran segera
Saivya Chauhan, Ketua Pegawai Eksekutif Blitz dan Mohammad Feriadi, Presiden Pengarah JNE, pelanggan sekian lama, bekerjasama dalam projek penghantaran segera

Mula dikonsepkan pada tahun 2019 oleh bekas jurutera Hyperloop, Saivya Chauhan, Blitz dengan pantas menjadi kuasa dominan dalam pasaran logistik EV APAC. Syarikat ini beroperasi di peringkat nasional di 20 bandar Indonesia dan berkolaborasi bersama lebih 30 pelanggan perusahaan dalam lapan segmen industri, termasuk Lazada, BliBli, eFishery, JNE, Zalora dan SayurBox. Pendekatan inovatif Blitz terhadap perkhidmatan penghantaran, dijalankan terutamanya menggunakan kenderaan elektrik, menegaskan komitmennya kepada kelestarian dan kecekapan.

Kejayaan Blitz berpunca daripada model perniagaan pelabelan putihnya yang unik dan pendekatan berfokuskan pengoptimuman pemandu terhadap penghantaran batuan terakhir. Model ini membolehkan pelanggan Blitz menggunakan teknologi logistik terkininya, operasi dan kumpulan EV di bawah jenama mereka, meningkatkan kecekapan penghantaran dan menyediakan pengalaman jenama yang lancar tanpa memerlukan pelaburan infrastruktur yang besar. Susunan teknologi berkuasa AI Blitz dan kumpulan EV menjamin 99%+ penyempurnaan SLA penghantaran dengan sehingga 16% tempoh penghantaran lebih singkat dan 33% pendapatan lebih tinggi berbanding pekerja 'gig' tradisional.

Model B2B inovatif Blitz, dicirikan oleh pendekatan ringan-asetnya, membezakannya daripada penyedia logistik konvensional. Syarikat ini berkolaborasi dengan OEM EV, memudahkan urusan pajakan lanjutan yang dibiayai terus daripada pendapatan kurier. Strategi unik ini membolehkan kurier memperoleh EV mereka dan memastikan Blitz tetap cekap-modal. Dengan spektrum perkhidmatan yang luas, Blitz muncul sebagai rakan kongsi yang andal dalam sektor e-dagang, barangan runcit, logistik dan penjagaan kesihatan.

Sistem pengurusan pemandu berkuasa AI syarikat ini mengoptimumkan operasi penghantaran, meningkatkan prestasi dan pendapatan pemandu. Sehingga berita ini ditulis, Blitz memiliki 27x pertumbuhan hasil berbanding tahun sebelumnya dan telah menyelesaikan 6 juta penghantaran menggunakan kenderaan hijau, mengurangkan emisi karbon sebanyak lebih 10 juta kilogram.

Pada tahun 2024, Blitz bermatlamat untuk berkembang ke 40 bandar di Indonesia, menyasarkan 2 juta penghantaran hijau sebulan. Tumpuan misi Blitz ialah dorongan ke arah perubahan sosial dan alam sekitar, memfokuskan untuk memaksimumkan pendapatan pemandu dan sekuriti pekerjaan sekali gus mengurangkan jejak karbon dalam industri logistik.

Tatkala Blitz berkembang pesat di dalam Indonesia dan memusatkan perhatiannya pada SEA, rancangan turut melibatkan memperdagangkan kredit karbon yang berkaitan dengan aktiviti pengurangan emisinya. Syarikat ini bermatlamat agar dapat diperakui untuk menjual kredit karbon di peringkat tempatan dan antarabangsa, melanjutkan komitmennya terhadap penjagaan alam sekitar.

Berhubung pusingan pendanaan, Charles Cole Navarro, Pakar Pelaburan di ADB Ventures, mengetengahkan potensi pertumbuhan tinggi Blitz: "Transformasi dalam sektor logistik penting untuk mengurangkan emisi karbon dan pencemaran udara di Asia Tenggara. Pengangkutan batuan terakhir dan logistik merupakan satu bidang yang diminati kerana ia berkembang dengan signifikan di samping e-dagang dan ekonomi kemudahan yang lebih luas sepanjang lima tahun lalu. Pertumbuhan bulanan Blitz yang ketara, keupayaan pelaksanaan yang tinggi oleh pasukan pengasasnya dan matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan operasi penghantaran batuan terakhir dan memudahkan peralihan kepada kenderaan elektrik memberikannya kedudukan sebagai pelaburan yang menarik untuk ADB Ventures."

Saivya Chauhan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Blitz Holdings berkata, "Meraikan kejayaan pusingan pendanaan kedua kami bukan sekadar mengenai modal; ia merupakan bukti potensi kami untuk merevolusikan logistik. Sejak dari awal, fokus kami adalah untuk mentakrifkan semula standard industri dan memperkasa pelanggan mahupun kurier. Kami bukan sekadar mentakrifkan semula industri ini, tetapi menetapkan standard sosial dan alam sekitar yang baharu. Dengan rancangan yang berani terhadap pertumbuhan domestik, perjalanan kami merupakan satu jemputan untuk semua orang yang berkongsi visi kami terhadap perubahan yang positif dan inovasi."

Charles Chai, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Blitz Indonesia, berkata, "Saya berasa teruja dengan trajektori Blitz pascapendanaan. Kami komited terhadap kecemerlangan operasi dan teknologi terkini. Dana ini akan mendorong pengembangan domestik dan menyokong visi kami untuk perubahan yang positif dan inovasi dalam logistik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur kami, pihak berkepentingan dan pasukan atas sokongan penting mereka."

Blitz Electric Mobility mengundang semua orang yang berkongsi visinya iaitu perubahan yang inovatif dan positif untuk menyertai perjalanannya dalam mentransformasikan logistik di Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.rideblitz.com/.

Latar Belakang Blitz Electric Mobility  

Blitz ialah pengupaya logistik berpacukan data di SEA. Perusahaan daripada pelbagai industri melabel secara peribadi perkhidmatan Blitz, menggabungkan susunan teknologi logistik Blitz, operasi dan kumpulan EV bagi meningkatkan kecekapan penghantaran dan margin.

Pasukan Surabaya Blitz, mendorong pendapatan lebih tinggi untuk pemandu di bandar kedua terbesar Indonesia
Pasukan Surabaya Blitz, mendorong pendapatan lebih tinggi untuk pemandu di bandar kedua terbesar Indonesia

 

Source: Blitz
Keywords: Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Transportation Corporate Expansion Financing agreements Venture Capital