omniture

Zaman Baharu dalam Fesyen: Kolaborasi Nanshan bersama Milan Takrifkan Semula Landskap Pembelian

Nantou City
2024-03-27 19:41 21

SHENZHEN, China, 27 Mac 2024 /PRNewswire/ – Minggu Gaya Hidup Shenzhen-Milan dilancarkan pada 20 Mac di Nanshan, Shenzhen, mendedahkan barisan dipilih susun acara-acara fesyen terkini, termasuk Perbincangan Meja Bulat mendalam, Jelajah Fesyen Nanshan yang amat dinanti-nantikan, Pertunjukan Fesyen Skyline perintis, Malam Fesyen bertemakan elegan dan pertunjukan dron yang menakjubkan. Turut berlangsung selari dengan perayaan ini, tayangan sulung filem pendek promosi "NANSHAN NEW LOOK" memberi penghormatan kepada budaya berpakaian Nanshan. Tumpuan utama Minggu Gaya Hidup ini ialah Pameran Seni Fesyen Perintis Shenzhen-Milan, diadakan di kawasan bersejarah Daerah Nanshan, Bandar Nantou hingga 14 April. Pameran ini menghimpunkan sembilan jenama fesyen Nanshan dan Milan yang sedang meningkat naik, antaranya, pereka fesyen Itali VIA PIAVE 33, Meltin(Pot), alessandro enriquez, ALABAMA muse, FRANCESCA BELLAVITA berserta penginovasi pakaian Nanshan sendiri CHAU•RISING, PERMU, PANTTERFLY dan Lynn Gong. Pameran berkenaan menawarkan pelbagai sensasi gaya, bermula dengan yang terkini dalam prêt-à-porter (siap pakai) hinggalah yang klasik tak lapuk dek zaman, kraf artisanal, seni pemasangan imersif dan persembahan multimedia yang menarik.


Dihoskan di Bandar Nantou, sebuah kawasan dengan naratif sejarah mendalam sejak hampir 1,700 tahun yang lalu, pameran ini menonjolkan latar belakang berbilang budaya Shenzhen yang kaya, kini digiatkan semula melalui usaha pemeliharaan yang bernas. Di tengah-tengah acara, memorandum kerjasama yang penting ditandatangani oleh orang kenamaan kerajaan Daerah Nanshan dan Maria Rosa Azzolina, Presiden Italy-China Institute. Perjanjian ini menandakan komitmen mendalam untuk memupuk hubungan budaya dan ekonomi antara Milan dan Nanshan, menegaskan kesalinghubungan global dalam industri fesyen.

Pada 20 Mac, "Pertunjukan Fesyen Skyline" menaikkan Minggu Gaya Hidup ke tahap baharu di Super HQ Base International Hall, di mana jenama pereka asli Shenzhen, CHAU-RISING, mendedahkan koleksi musimnya yang terkini. Acara ini menonjolkan komitmen berterusan daerah ini untuk memupuk inovasi dalam sektor fesyen.

Acara ini mendorong peranan Nanshan dalam mentakrifkan semula landskap fesyen, menandakan pelancaran rancangan bercita-cita tinggi untuk memupuk jenama-jenama pereka aslinya. Langkah yang strategik ini bertujuan untuk merancakkan ekonomi pembelian fesyen, memperjuangkan kebangkitan label bebas baharu dan mendorong industri reka bentuk asli bebas China menjadi tumpuan global. Dengan adanya asas yang kukuh, daerah ini bersedia menjadi magnet untuk jenama-jenama fesyen antarabangsa, membuka pintu kepada lebih banyak label baru muncul dengan potensi untuk melakar kejayaan mereka dalam bidang fesyen domestik.

Source: Nantou City
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Contracts Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news