omniture

Industri Burger yang Lebih Baik Melonjak di Asia Tenggara dengan Kemasukan Johnny Rockets ke Singapura

Johnny Rockets
2014-10-09 09:00 122

- Jenama Ikonik Amerika Memperoleh Kedudukan di Asia dengan Persetujuan Lima Restoran

ALISO VIEJO, California, 9 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Selepas pembangunan yang berjaya dalam beberapa pasaran Asia Tenggara, termasuk Filipina, Malaysia serta Indonesia, Johnny Rockets kini bekerjasama dengan rakan kongsi francais baharunya, pasangan suami isteri usahawan Nafees Khundker serta Sohana Rouf Chowdhury, bagi membawakan menu hidangan rakyat Amerika dan suasana hiburan Johnny Rockets ke negara asal mereka di Singapura. Dengan jumlah penduduk seramai lebih lima juta, negara itu merupakan destinasi pelancongan terkenal serta hab serantau dan global untuk perniagaan selain telah menyaksikan lonjakan baru-baru ini dalam kategori burger yang lebih baik. Setelah menyedari permintaan terhadap konsep ini di Singapura dan mengunjungi restoran tersebut di A.S., Khundker dan Chowdhury telah memilih jenama tersebut berdasarkan tumpuannya terhadap hidangan yang berkualiti tinggi, khidmat pelanggan dan juga suasa yang menghiburkan, semuanya menjanjikan peluang yang besar untuk pasaran yang dinamik ini.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120112/LA35131LOGO

"Kini, dengan 13 restoran yang beroperasi di Asia Tenggara, sewajarnya Singapura merupakan langkah seterusnya untuk melanjutkan peluasan kami di rantau tersebut. Memandangkan permintaan kian meningkat terhadap konsep burger yang lebih baik, kini masa terbaik untuk penduduk Singapura dan para pengunjung menikmati hidangan Amerika kami yang terkenal," jelas Scott Chorna, Naib Presiden Kanan Pembangunan Antarabangsa untuk Johnny Rockets. "Setelah bekerjasama dengan Nafees dan Sohana, saya yakin kepakaran mereka dalam perniagaan serta kefahaman tentang pasaran digandingkan dengan pengiktirafan jenama global kami akan membantu memantapkan kedudukan Johnny Rockets sebagai restoran pilihan untuk pengalaman menjamu selera Amerika di Singapura."

Makanan Segera Terus Popular, tetapi Tawaran Premium Turut Mendapat Sambutan
Sebagai negara moden dan maju, Singapura telah menerajui arah aliran antarabangsa di Asia sejak sekian lama, sering menjadi negara pertama yang memperkenalkan beberapa jenama global kepada para pelanggan. Oleh itu, negara tersebut kini mahukan pilihan burger yang lebih baik serta makanan iringan premiumnya yang telah berkembang dalam menu A.S. sejak beberapa tahun yang lalu. Menu Amerika istimewa Johnny Rockets, termasuk hamburger yang disediakan mengikut permintaan, kentang goreng Amerika, susu kocak diputar tangan serta sandwic, merupakan pilihan yang tepat bagi menerajui pertumbuhan kategori ini dalam pasaran.

Di samping menu klasiknya, Johnny Rockets menyediakan hiburan kasual dan pengalaman menjamu selera yang tersendiri, termasuk pelayan tari, straw keluk serta muzik Amerika yang tak lapuk dek zaman. Sebagai destinasi ideal untuk penduduk dan pelancong, kemasukan Johnny Rockets ke Singapura membuka laluan untuk pertumbuhan masa depan di Asia, terutamanya Vietnam, Thailand dan juga China, beberapa pasaran yang pernah menyambut baik hidangan dan budaya Amerika.

Rakan kongsi francais Johnny Rockets kini mengendalikan lebih 100 restoran di luar A.S. dengan beberapa rancangan untuk menggandakan bilangan itu menjelang tahun 2017 sebagai sebahagian daripada strategi globalnya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, termasuk maklumat francais, layari www.johnnyrockets.com.

Latar Belakang Johnny Rockets:
Setelah dibeli oleh Sun Capital Partners pada Jun 2013, Johnny Rockets merupakan francais restoran global antarabangsa yang menawarkan makanan serta hiburan yang mengingatkan kita kepada Amerika moden. Setiap restoran Johnny Rockets menyajikan makanan yang ringkas dan menyelerakan daripada menu kegemaran rakyat Amerika, termasuk hamburger yang disediakan mengikut permintaan, Kentang Goreng Amerika yang rangup dan juga malt serta susu kocak lazat yang diputar dengan tangan. Jenama gaya hidup yang dinamik ini menawarkan khidmat mesra pelanggan, muzik yang rancak, straw keluk dan juga pelayan tari, lalu menyumbang kepada suasana keseronokan santai dan bersahaja yang menjadi tanda pengenalan rantaian restoran ini. Johnny Rockets mengendalikan lebih 320 lokasi korporat dan francais di 26 negara di serata dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.johnnyrockets.com.

Source: Johnny Rockets
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Asian-related news Corporate Expansion