omniture

Roborock Dedahkan Kedudukan Jualan Pembersih Vakum Robotik No.1 Global di Majlis Pelancaran Antarabangsa

Roborock
2024-04-01 11:10 43

Diperakui oleh Euromonitor, Roborock menyifatkan kenaikannya ke kedudukan teratas kepada menerima penetapan minda jangka panjang sekali gus mendukung inovasi berpusatkan pelanggan lebih daripada yang lain

BEIJING, 1 April 2024 /PRNewswire/ -- Roborock, peneraju global bagi robotik rumah ultra-pintar yang direkayasa untuk mempermudah kehidupan harian, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menduduki tempat nombor satu bagi jualan vakum robotik di seluruh dunia, menurut data baharu daripada Euromonitor. Meraikan pencapaiannya di sebuah majlis pelancaran global pada malam ulang tahun ke-10nya, jenama ini turut mendedahkan sekilas tentang apa yang bakal muncul dalam bentuk barisan produk baharu dan dalam masa yang sama berkongsi visinya untuk masa depan.

Roborock Unveils Global No.1 Robotic Vacuum Cleaner Sales Ranking at International Launch Event
Roborock Unveils Global No.1 Robotic Vacuum Cleaner Sales Ranking at International Launch Event

Ditubuhkan pada tahun 2014, Roborock mencapai kejayaannya disebabkan oleh komitmennya yang sekian lama kepada inovasi berpusatkan pelanggan. Dengan menyampaikan penyelesaian bermakna yang menambah baik kehidupan seharian, Roborock membina kumpulan peminat yang benar-benar global, dengan data Euromonitor mengesahkan bahawa jenama ini telah mencapai kedudukan jualan nombor 1 di seluruh dunia untuk pembersih vakum robotik[1].

"Kami amat berbesar hati meraikan pencapaian ini bersama anda semua, yang dapat dicapai hasil daripada kepercayaan dan sokongan berterusan yang diterima sejak 10 tahun lalu." En. Quan, Presiden Roborock, mengumumkan, "Jalan kami menuju kejayaan merupakan satu maraton, bukan lari pecut, kerana kami sentiasa mengekalkan semangat jenama kami dengan "berfikir panjang bagi melakukan perkara yang betul". Komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memfokuskan kepada penyampaian nilai sebenar kepada pelanggan kami merupakan cara kami membina afiniti jenama yang telah membawa kami di tempat kami berada hari ini – dengan teguh dalam perjalanan kami menjadi peneraju global dalam bidang rumah pintar."

Batu Loncatan dalam Perjalanan Menuju Kejayaan: Roborock Mencapai Pertumbuhan Pasaran Mantap dalam Perjalanan Menjadi Jenama Perkakas Rumah Terkemuka Global

Mengukuhkan lagi kisah kejayaan globalnya, jenama ini turut mendedahkan keputusan yang mengagumkan dalam banyak pasaran utamanya. Roborock kini berada di lebih 170 negara, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 15 juta rumah seluruh dunia. Menurut data daripada IDC, Roborock berada di kedudukan nombor satu di Turkiye dan nombor dua di AS dari segi jualan dan dalam masa yang sama turut menduduki kedudukan teratas di Jerman, Korea dan negara-negara Nordik dari segi penghantaran pada tahun 2023[2]. Sebagaimana yang didedahkan oleh Laporan Perolehan Kewangan terkini Roborock, jenama ini mencatatkan jumlah hasil sebanyak 8.65 bilion Yuan pada tahun lalu (AS$1.22 bilion), dengan jumlah penghantaran vakum robot melebihi 2.6 juta unit. Operasi luar negara Roborock mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 21.42% berbanding tahun sebelumnya dan keuntungan bersih Roborock disenaraikan pada 2.05 bilion Yuan (AS$288 juta), mencapai kadar pertumbuhan tahunan keseluruhan sebanyak 73.32%. Pertumbuhan yang konsisten dalam kesemua pasaran utama ini memperlihatkan pilihan strategik Roborock untuk memenuhi permintaan pengguna secara langsung dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam pengalaman pengguna seiring dengan berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Walaupun dengan kejayaan ini, En. Quan mengakui bahawa keputusan ini bukanlah matlamat akhir yang muktamad semata-mata. Globalisasi merupakan tonggak penting dalam misi Roborock untuk menjadi peneraju dalam bidangnya. Justeru itu, Roborock merancang untuk meluaskan jejak globalnya dengan memperkenalkan lebih banyak produk inovatif yang dapat memenuhi keperluan unik pengguna global, dengan mengambil kira keperluan yang berbeza dalam pelbagai pasaran dan memperluaskan lebih banyak perkongsian di seluruh dunia, memastikan agar Roborock mengorak langkah di luar negara pada skala yang lebih besar dan pada kadar lebih pantas.

Inovasi Bermakna: Prinsip R&D Bertumpukan Pengguna Roborock dan Pembangunan Revolusioner Terkini 

Kesungguhan Roborock untuk mencipta nilai buat penggunanya mendorong mereka untuk sentiasa mengusahakan kemajuan teknologi baharu yang dapat mengatasi masalah utama pengguna yang sebenar. Dari tahun 2019 hingga 2023 Roborock melabur sebanyak 1.9 bilion Yuan (260 juta USD) dalam Penyelidikan dan Pembangunan. Pendekatan Roborock untuk mengambil pandangan jangka panjang, memastikan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terdorong untuk tidak mencari pemulihan yang cepat, tetapi untuk memfokuskan kepada inovasi yang benar-benar akan memenuhi keperluan pengguna akhir, seperti menumpukan perhatian kepada aspek-aspek utama seperti keupayaan pembersihan, pemetaan dan navigasi, kemudahan dan kesalinghubungan rumah pintar.

Meningkatkan keupayaan pembersihan daripada rangkaian terkininya, Roborock memperkenalkan Berus Sisi FlexiArm Design™, berus sisi regangan yang menyampaikan liputan pembersihan sudut 100% – meningkatkan pengalaman pengguna. Apabila melibatkan kepuasan pengguna, menyampaikan pengalaman bebas tangan, penyelenggaraan rendah juga amat penting. Baru-baru ini, Roborock memperkenalkan sistem pengisian semula dan penyaliran air auto yang mengosongkan dan menggantikan air kotor dengan air bersih secara automatik melalui paip semasa membasuh mop dan mengisi semula tangki.

Selain daripada penyelesaian perkakasan termaju, Roborock sentiasa melabur dengan banyak dalam penemuan dan pelaksanaan teknologi baru muncul yang dapat meningkatkan fungsian dan kebolehcapaian perantinya. Teknologi Pengecaman Halangan Reactive AI 2.0 Roborock dapat mengenali dan membezakan antara jenis-jenis lantai dan bilik, mengenal pasti dengan tepat 73 halangan berbeza untuk mengemudi, termasuk cermin lantai dan bekalan haiwan peliharaan. Fungsi Roborock SmartPlanTM menggunakan algoritma AI termaju untuk merancang dan mengoptimumkan laluan dan tetapan pembersihan dengan pintar berdasarkan kepada tabiat pengguna dan susun atur rumah tertentu, lalu menjadikan proses pembersihan lebih pintar dan cekap. S8 MaxV Ultra kini diperakui oleh CSA for Matter dan produk-produk Roborock lain akan menyusul dalam masa terdekat bagi meningkatkan ketersambungan.

Memperkayakan Portfolio Produk Roborock untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Pengguna

Mengakhiri pelancaran yang menarik ini, Roborock mendedahkan tiga barisan produk baharu yang menarik kepada portfolio peranti automatik pintarnya. Pengurus produk Roborock naik ke pentas untuk memperkenalkan tiga vakum robotik baharu – G20S (S8 MaxV Ultra), V20 dan P10S Pro. 

G20S (S8 MaxV Ultra) dilancarkan dengan mendapat pujian hebat di CES 2024 dan merupakan penyelesaian pembersihan sehenti Roborock paling canggih dari segi teknologi setakat ini. Peranti yang sangat intuitif, G20S dilengkapi dengan Berus Sisi FlexiArm Design™, lengan robotik unik yang memberikan keupayaan pembersihan sudut lengkap dan mop tepi tambahan untuk pembersihan bahagian tepi, berserta pengecaman halangan Reactive AI 2.0 pembantu suara pintar terbina dalam dan RockDock® Ultra yang menyelenggara secara automatik pembersih robot ini menggunakan air panas dan udara yang dipanaskan dengan keupayaan membasuh semula mop dan mengemop semula pintar. G20S (S8 MaxV Ultra) akan sedia dibeli di peringkat global mulai April ini, berharga USD 1799.99 / EURO 1499.

Pada mulanya membuat penampilan sulung di China, V20 akan menjadi pembersih vakum robotik pertama dunia yang dilengkapi dengan navigasi LiDAR keadaan pepejal 3DToF dwipenglihatan dan sistem penghindaran halangan yang memerhatikan pantulan cahaya termodulat bagi menawarkan ketepatan kedalaman yang lebih baik untuk pemetaan lantai yang lebih intuitif. Dengan badan 8.2cm ultra-nipis dan dilengkapi dengan pembersihan sudut dan tepi FlexiArm DesignTM, DuoRoller Riser Brush dan dok pembersihan tanpa penyelenggaraan, V20 bersedia mentakrifkan semula pembersihan automatik dengan penyelenggaraan rendah.

Akhir sekali, P10S Pro diberi kedudukan sebagai rakan kongsi terbaik untuk tempat yang sukar dicapai. Menggabungkan FlexiArm DesignTM dengan berus sisi boleh dipanjangkan dan mop, peranti ini menyediakan 100% liputan sudut dan yang terbaik bagi pembersihan bahagian tepi, walaupun pada permukaan paling rumit dalam gerakannya.

Penyelesaian ini memantapkan lagi komitmen Roborock untuk memenuhi keperluan pelanggannya dalam usahanya menuju inovasi tanpa gentar. Nantikan pengumuman pelancaran khusus pasaran yang selanjutnya bagi inovasi ini dan banyak lagi.

Latar Belakang Roborock 

Roborock komited terhadap inovasi dalam menyelidik, membangunkan dan mengeluarkan peranti pembersihan rumah, terutamanya pembersih vakum robotik, tanpa wayar dan kering/basah. Setiap produk Roborock direka bentuk dengan tumpuan untuk menyelesaikan masalah sebenar, agar pelanggan Roborock dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Ketika ini, Roborock tersedia di lebih 40 negara, termasuk A.S., Jerman, Perancis dan Sepanyol. Syarikat beroperasi dari empat lokasi, dengan pejabat-pejabat di Beijing, Shanghai, Shenzhen dan Hong Kong. Untuk maklumat lanjut kunjungi https://global.roborock.com/.

[1] Data diperoleh daripada Euromonitor International (Shanghai) Co., Ltd. Angka jualan pembersih vakum robotik di seluruh dunia dalam tiga suku tahun 2023 (dalam RMB ratusan juta) digunakan untuk pengiraan. Roborock tersenarai di tempat pertama dalam industri. Pembersih vakum robotik merujuk kepada pembersih vakum yang bergerak sekeliling bilik secara automatik menggunakan sensor untuk mencuci lantai. Kajian disempurnakan dalam Februari 2024. 

[2] Data berdasarkan kepada Penjejak Peranti Rumah Pintar Suku Tahunan IDC S4 2024. Kedudukan untuk AS dan Turki adalah berdasarkan kepada nilai jualan, manakala kedudukan untuk Jerman, negara-negara Nordik (Denmark, Finland, Norway, Sweden) dan Korea adalah berdasarkan kepada volum penghantaran

 

Source: Roborock
Related Stocks:
Shanghai:688169
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail New products/services Trade show news Artificial Intelligence