omniture

Singapura Tambah NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific ke dalam Senarai Acara Unggulannya

Comexposium Asia Pacific
2024-04-01 11:30 85

Edisi Asia Pasifik Retail's Big Show terkemuka dari Bandar Raya New York akan diadakan di Singapura buat julung kalinya untuk mentransformasikan pengalaman pengguna dalam era runcit baharu

SINGAPURA, 1 April 2024 /PRNewswire/ -- National Retail Federation (NRF) di A.S. dan penganjur acara global Comexposium dengan bangganya membawakan NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific, salah satu persidangan dan pameran yang paling terkemuka dan dinanti-nantikan, ke Singapura buat julung kalinya pada 11-13 Jun 2024 ini di Sands Expo and Convention Centre.

Ryf Quail, Managing Director, NRF 2024: Retail’s Big Show Asia Pacific, Comexposium (left), Poh Chi Chuan, Executive Director, Exhibitions and Conferences, Experience Development Group, Singapore Tourism Board (STB) and David Mann, Chief Economist, Asia Pacific, Mastercard (extreme right).
Ryf Quail, Managing Director, NRF 2024: Retail’s Big Show Asia Pacific, Comexposium (left), Poh Chi Chuan, Executive Director, Exhibitions and Conferences, Experience Development Group, Singapore Tourism Board (STB) and David Mann, Chief Economist, Asia Pacific, Mastercard (extreme right).

Retail's Big Show ialah acara runcit global utama yang diadakan di Bandar Raya New York setiap tahun dan disenaraikan sebagai salah satu daripada 200 acara terunggul di Amerika Utara dan salah satu daripada 50 acara perdagangan berkembang paling pantas di peringkat antarabangsa.

Dengan sokongan daripada Singapore Tourism Board (STB), edisi Asia Pasifik (APAC) bagi Retail's Big Show akan diadakan di Singapura buat julung kalinya pada tahun ini. Lokasi strategik Singapura dan statusnya yang telah lama bertapak kukuh sebagai pusat perniagaan serantau menyediakan pentas optimum untuk NRF melancarkan versi APAC Retail's Big Show yang pertama seumpamanya, bertujuan untuk menyepadukan pemimpin dan organisasi dalam seluruh industri runcit untuk berkolaborasi di peringkat pan-serantau.

Bertemakan "Percepatkan Kejayaan Anda" ("Fast Track Your Success"), NRF APAC 2024 menampilkan barisan hebat program persidangan, pameran dan lawatan kedai runcit sepanjang acara selama tiga hari dalam bulan Jun. Ini termasuk teknologi dan inovasi terkini, amalan terbaik dan kepimpinan pemikiran mencakupi seluruh industri runcit seperti AI dan pembelajaran mesin, rantaian bekalan, pencegahan kerugian dan perlindungan aset, pembarangan dan teknologi imersif.

"APAC merupakan pasaran runcit terbesar dunia, namun paling kurang mendapat perkhidmatan. Pasaran yang dinamik dan pelbagai ini berada di puncak era transformatif yang mana paradigma runcit tradisional tidak lagi mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna yang berkembang pantas," kata Ryf Quail, Pengarah Urusan, NRF 2024: Retail's Big Show Asia Pacific, Comexposium. "Era digital menandakan konsep runcit baharu, sesuatu yang mengharmonikan digital dengan fizikal, memperibadikan pengalaman pelanggan dan memanfaatkan data dan teknologi untuk mencipta perjalanan omnisaluran yang lancar. Menginovasi model runcit bukan sekadar satu pilihan, tetapi penting untuk menawan hati dan minda pengguna APAC pada hari ini dan mengemudi industri ini menuju pertumbuhan dan perkaitan yang mampan."

Pusat kepada 60 peratus penduduk dunia, APAC merupakan pasaran yang besar untuk peruncitan yang telah mengalami pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelum ini, didorong oleh populasi yang ramai di rantau ini, urbanisasi yang semakin meningkat dan kebangkitan pesat bandar-bandar mega, selain kearifan pengguna dalam menggunakan teknologi canggih untuk mengakses produk dan perkhidmatan. Trend yang meluas ini menyeru konsep runcit baharu yang bersedia untuk merevolusikan pengalaman pengguna di APAC baik secara dalam talian mahupun di kedai.

Enterprise Singapore, agensi kerajaan yang memperjuangkan pembangunan perusahaan, menyokong Singapore Retailers Association untuk menyusun pengalaman lawatan kedai runcit yang unik untuk delegasi pameran dan turut menghimpunkan pengusaha teknologi runcit Singapura bagi mengadakan pameran di pavilion kebangsaan. Menurut Jeannie Lim, Penolong Ketua Pegawai (Gaya Hidup & Pengguna), Enterprise Singapore, "Kami berasa gembira dapat menyokong edisi sulung Asia Pasifik NRF 2024: Retail's Big Show. Sebagai hab gaya hidup dan pelancongan yang meriah di Asia, Singapura berperanan sebagai destinasi ideal untuk jenama-jenama global dan tempatan yang ingin berkembang ke rantau ini. Melalui acara ini, kami menantikan peluang dan kolaborasi baharu antara jenama dan rakan kongsi untuk berinovasi dan mentransformasikan produk dan perkhidmatan mereka, bagi memberikan pengalaman yang mengujakan dan imersif kepada pembeli-belah."

"Sebagai peruncit terbesar Singapura, kami bermatlamat untuk kekal berada selangkah di hadapan tabiat dan keutamaan membeli-belah pelanggan kami. Teknologi dan data membantu kami memahami dengan lebih baik keperluan pengguna dan menyediakan kepada mereka kemudahan dan kebolehcapaian yang lancar. Pendigitalisan meningkatkan daya saing, keberkesanan dan kecekapan kami dan telah menjadi daya penggerak di sebalik usaha disruptif kami untuk mencipta semula peruncitan dalam seluruh titik sentuh kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kongsi Vipul Chawla, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, FairPrice Group.

"Memandangkan perjalanan rentas sempadan dari China terus bangkit semula ke tahap sebelum pandemik, berkemungkinan bahawa semakin ramai pengembara Cina akan memberi rangsangan yang selanjutnya kepada peruncit di tempat-tempat seperti Singapura, Jepun, Thailand, Australia dan Hong Kong," kata David Mann, Ketua Pakar Ekonomi, Asia Pasifik, Mastercard. "Dalam masa yang sama, pengguna di seluruh Asia Pasifik berbelanja lebih banyak untuk menjamu selera di luar dan makan di rumah, serta pengalaman seperti konsert dan acara mega. Sebagai contoh, Melbourne biasanya menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 10% dalam jualan runcit di bandar semasa kejohanan tenis Terbuka Australia."

Acara selama tiga hari ini dijangka menarik lebih 300 pempamer dan lebih 5,000 peneraju runcit dari wilayah ini dan seluruh dunia untuk berkongsi ilmu dan amalan terbaik, berinteraksi dengan rakan setara industri dan menyaksikan teknologi dan inovasi terkini yang tersedia untuk mentransformasikan pengalaman pengguna dalam era runcit baharu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Lampiran 1 atau kunjungi https://nrfbigshowapac.nrf.com/.

Source: Comexposium Asia Pacific
Related Stocks:
Singapore:CXPM
Keywords: Banking/Financial Service Retail