omniture

ENNOVI Memperkenalkan Proses Pengeluaran Litar Fleksibel Baharu untuk Kesambungan Voltan Rendah dalam Sistem Sentuh Sel Bateri EV

ENNOVI
2024-04-03 18:00 24

Keupayaan litar potongan acuan fleksibel (FDC) gred automotif baharu memberikan jurutera pilihan pendawaian yang lebih mampan untuk reka bentuk bateri baharu tanpa menjejaskan prestasi

SINGAPURA, 3 April 2024 /PRNewswire/ --  ENNOVI, rakan kongsi penyelesaian pengelektrikan mobiliti, memperkenalkan cara yang lebih maju dan mampan untuk menghasilkan litar fleksibel bagi isyarat voltan rendah dalam sistem sentuh sel bateri kenderaan elektrik (EV). Meskipun litar bercetak fleksibel (FPC) sering digunakan dalam sistem ini, komponen yang digunakan adalah yang paling mahal dalam pemasangan pengumpul semasa. Teknologi litar potongan acuan fleksibel (FDC) ENNOVI menawarkan penyelesaian yang lebih menjimatkan kos dan mampan, dengan prosedur pembuatan yang lebih sedikit dan pengeluaran gelendong ke gelendong berterusan yang lebih cepat.

 

ENNOVI Introduces a New Flexible Circuit Production Process for Low Voltage Connectivity in EV Battery Cell Contacting Systems
ENNOVI Introduces a New Flexible Circuit Production Process for Low Voltage Connectivity in EV Battery Cell Contacting Systems

 

Secara umumnya, FPC dihasilkan dengan menggunakan proses fotolitografi berbilang peringkat, secara berkelompok untuk menggores surihan tembaga bagi litar fleksibel. Proses penghasilan ini menggunakan bahan kimia mengkakis yang melarutkan tembaga yang tidak diingini. Di samping itu, banyak masa dan tenaga diambil untuk mengekstrak sisa tembaga daripada bahan kimia, menjadikannya mencabar untuk dikitar semula dengan berkesan. Proses pemotongan acuan membolehkan pengitaran semula tembaga dengan serta-merta, menjadikannya lebih mengutamakan bahan berbanding goresan bahan kimia.

Jika dibandingkan dengan FPC, yang mempunyai had saiz 600x600mm, FDC tidak mempunyai sekatan panjang kerana ini dihasilkan gelendong ke gelendong. Di bawah pertimbangan reka bentuk tertentu, FDC memberikan ciri prestasi yang serupa dengan FPC. Hasil ini disahkan melalui dimensi dalaman yang rapi, kejutan terma, rintangan surih, kenaikan suhu, rintangan penebat dan pengujian voltan tinggi.

"Menerima guna keupayaan FDC untuk litar fleksibel sejajar dengan visi kami iaitu berfikir di luar kotak dalam mewujudkan rantaian nilai bateri yang mampan bagi EV," jelas Gustavo Cibrian, Pengurus Produk, Sistem Tenaga, di ENNOVI. "Usaha kami membolehkan ENNOVI menawarkan penyelesaian reka bentuk CCA kepada pengilang bateri yang mengimbangi keperluan masing-masing dari segi kos, masa dan prestasi. Membolehkan pengilang mereka bentuk mengikut kos." 

Untuk maklumat lanjut mengenai kecekapan FDC ENNOVI, sila kunjungi https://ennovi.com/fdc-technology/ 

Maklumat Tentang ENNOVI:

ENNOVI, Rakan Kongsi Penyelesaian Pengelektrikan Mobiliti, ialah peneraju dunia dalam mereka bentuk dan menghasilkan penyelesaian antara sambung yang disesuaikan dan sistem berketepatan tinggi untuk kenderaan elektrik. Syarikat itu berdedikasi sepenuhnya untuk pasaran mobiliti dengan ketangkasan bertindak dengan pantas dalam memenuhi keperluan kenderaan elektrik OEM, dari segi produk, proses dan pengeluaran, pada peringkat global. ENNOVI sedang mempercepat idea dan keperluan pelanggan pasaran kenderaan elektrik melalui kecekapan menyeluruh dalam platform bateri, kuasa dan keperluan antara sambung isyarat. Beribu pejabat di Singapura, ENNOVI mempunyai lebih daripada 10,000 pekerja merentasi 15 lokasi di seluruh dunia, tempat semua aktiviti dilaksanakan dengan bertanggungjawab dari segi sosial, serta memberikan impak terhadap alam sekitar yang minimum. ENNOVI. Mengelektrifikasi dengan lebih cepat. Ketahui lebih lanjut di www.ennovi.com.

Hubungan Pihak Media:

ENNOVI
Selvan Wilhelm
Selvan.Wilhelm@ennovi.com 

Hubungan Pihak Agensi:

Publitek US
Erin McMahon
erin.mcmahon@publitek.com 

Publitek Germany
Carsten Otte
carsten.otte@publitek.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2376514/ENNOVI.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2236926/4625005/ENNOVI_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: ENNOVI
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Transportation Utilities New products/services