BEIJING, 4 April 2024 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG:0386, "Sinopec") telahpun memeterai perjanjian induk (HoA) yang penting bersama TotalEnergies di Beijing, memulakan satu usaha sama untuk mengeluarkan bahan api penerbangan mampan (SAF) daripada minyak buangan di salah satu kilang penapisan Sinopec. Perkongsian ini bertujuan untuk mencapai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 230,000 tan, dengan barisan pengeluaran baharu dikendalikan secara bersama oleh kedua-dua entiti.
Pengerusi Sinopec, Ma Yongsheng, memuji usaha bersama ini sebagai langkah penting ke hadapan, menyatakan, "Dengan integrasi teknologi bahan api biojet khusus (SRJET) Sinopec dan dedikasi kami untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan aset kami, berserta peranan penting TotalEnergies dalam pengeluaran SAF Eropah, kami serba lengkap untuk membekalkan penyelesaian hijau dan rendah karbon yang unggul ke seluruh dunia."
Patrick Pouyanné, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies menunjukkan rasa semangat bekerjasama dengan Sinopec - pengusaha utama dalam industri penapisan global – untuk mengeluarkan SAF di China dan mewujudkan rantaian nilai bahan api penerbangan mampan. "Projek ini merupakan pusat kepada strategi transformasi TotalEnergies yang bertujuan untuk menyokong usaha pengurangan jejak karbon sektor penerbangan. Syarikat ini menetapkan sasaran bercita-cita tinggi untuk mengeluarkan 1.5 juta tan SAF setiap tahun menjelang tahun 2030."
Selama bertahun-tahun, Sinopec berdedikasi untuk memajukan pembangunan industri bahan api biojet China. Bahan api biojet dikategorikan di bawah SAF yang dikeluarkan daripada sumber boleh baharu yang menawarkan sehingga lebih 50% pengurangan dalam emisi CO2 dalam seluruh kitar hayatnya berbanding dengan bahan api jet berasaskan petroleum konvensional. Pada tahun 2009, Sinopec berjaya membangunkan teknologi pengeluaran bahan api biojet yang menjamin hak harta intelek diikuti dengan mengeluarkan bahan api biojet berkelayakan buat kali pertama dalam Disember 2011. April 2013 menandakan kejayaan penerbangan percubaan di Lapangan Terbang Hongqiao Shanghai; penerbangan komersial antara Shanghai-Beijing dijalankan pada tahun 2015; penerbangan rentas lautan dari Beijing-Chicago yang berlangsung pada tahun 2017 menjadikan China sebagai negara Asia pertama dan keempat di peringkat global yang memiliki keupayaan pembangunan teknologi bahan api biojet asli.
Dalam Mei 2022, kemudahan bahan api biojet skala industri sulung China memulakan pengeluaran perintis di Zhenhai Refining & Chemicals dan mencapai pensijilan bahan api penerbangan mampan berasaskan biojisim Global RSB pertama Asia lewat tahun itu diikuti dengan memperoleh sijil kelayakan terbang untuk bahan api biojet skala besar yang dikeluarkan di peringkat domestik dalam bulan September.
Pada hari penandatanganan bersama TotalEnergies untuk perjanjian kerjasama bahan api jet turut menyaksikan Sinopec menandatangani MOU dengan Kementerian Perdagangan Thailand di Bangkok yang menyasarkan peningkatan selanjutnya ke atas promosi produk dan kolaborasi pengembangan pasaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai berita terkini Sinopec, sila kunjungi http://www.sinopecgroup.com/group/en/.