omniture

Kebangkitan Model Baharu: Bagaimana Institusi Korea Ini Pelopori Inovasi Bimbingan untuk Pelajar Inginkan Penambahbaikan Akademik

EEO ClassIn
2024-04-08 17:24 13

SINGAPURA, 8 April 2024 /PRNewswire/ -- Dalam landskap pendidikan Korea Selatan yang sibuk, yang mana institusi-institusi bimbingan adalah sama banyak seperti kedai serbaneka, sebuah institusi menonjol atas pendekatannya yang inovatif terhadap penambahbaikan akademik. JYSG, dengan sejarah menjangkau 19 tahun lamanya, telahpun menempuh cabaran dan pertumbuhan, yang akhirnya mempelopori kaedah pengajaran interaktif teradun perintis yang meningkatkan kualiti pendidikan dan hasil pelajar.

ClassIn, platform teknologi pendidikan yang telahpun merevolusikan cara pelajar belajar dan guru memberi arahan. Pada 19 Mac, ClassIn mengadakan Forum "Teknologi, Pendidikan dan Perniagaan" keduanya di Shanghai, China. Jung Youl Kawk, Pengurus Besar JYSG, memberi pencerahan kepada semua dalam pembentangan beliau. Beliau memperincikan bagaimana, sebagai sebuah institusi pendidikan terkemuka di Korea, JYSG mempelopori model pendidikan digital, mencipta peluang baharu untuk meningkatkan hasil pembelajaran pelajar berprestasi rendah.

Di bawah, kami menggariskan pandangan yang dikongsikan oleh Jung Youl Kawk, Pengurus Besar JYSG:

Trend Pasaran dan Cabaran 

Industri bimbingan di Korea Selatan, dahulunya merupakan sektor yang berkembang maju, kini menghadapi cabaran di tengah-tengah persaingan sengit dan keutamaan pelajar yang semakin berkembang. Dengan lebih 24,000 pusat bimbingan di Seoul sahaja, insitusi-institusi terhalang dalam perjuangan yang berterusan untuk kemasukan pelajar. Dorongan perekrutan bulanan dan "kaedah pembayaran tuisyen" yang lazim menjadikannya amat penting untuk pusat bimbingan berinovasi secara berterusan bagi menarik minat dan mengekalkan pelajar.

Peralihan Strategik JYSG

Di tengah-tengah landskap yang kompetitif ini, JYSG melaksanakan peralihan strategik, memfokuskan kepada pelajar berprestasi sederhana hingga rendah yang sering kali diabaikan oleh pusat bimbingan tradisional. Dengan menumpukan usaha bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar ini, JYSG berusaha untuk mencapai kedudukan sebagai institusi pendidikan pilihan buat mereka yang ingin menambah baik gred mereka. Walau bagaimanapun, peralihan ini sememangnya mempunyai cabaran, memandangkan kaedah pengajaran tradisional sering kali gagal memenuhi jangkaan dalam melibatkan dan menaikkan semangat pelajar berprestasi rendah dengan berkesan.

Transformasi Digital bersama ClassIn 

Empat tahun lalu, JYSG menerima pendekatan yang mengutamakan digital, melengkapkan pelajar dengan tablet dan memanfaatkan platform ClassIn untuk bahan pengajian digital. Peralihan ini bukan sahaja meningkatkan penglibatan pelajar, tetapi turut membolehkan pemantauan kemajuan pembelajaran pada masa nyata, menangani cabaran yang telah lama berlarutan dalam kaedah pengajaran tradisional. Ciri-ciri ClassIn, termasuk maklum balas mikro, bilik darjah interaktif dan tutoran rakan, mengubah pengalaman pendidikan untuk pelajar dan guru.

Lima Perubahan Dibawakan Oleh Pembelajaran Teradun

ClassIn mempermudah lima perubahan penting dalam pendekatan pendidikan JYSG:

  • Penyampaian Pengajaran dan Kepuasan Pelajar: Penyepaduan ClassIn mengupayakan maklum balas diperibadikan, bilik darjah interaktif dan perbincangan mengenai jawapan yang salah, lalu meningkatkan penyertaan dan kefahaman pelajar.
  • Pengurangan Masa Latihan untuk Pengajar Baharu: ClassIn memperkemas latihan pengajar, mengurangkan tempoh peralihan dan meningkatkan keberkesanan pengajaran.
  • Pemiawaian dan Kurikulum Termaju: Sistem pemantauan ClassIn mempromosikan protokol pengajaran terpiawai, membawa kepada peningkatan kualiti pengajaran.
  • Bilik Darjah Hyflex Meningkatkan Kecekapan: Kefleksibelan dalam pilihan kehadiran melalui ClassIn, menghasilkan peningkatan penglibatan pelajar dan kebajikan guru, lantas membuka jalan untuk model pengajaran baharu.
  • Geografi Tidak Lagi Mengehadkan Perekrutan Pelajar: ClassIn menarik minat pelajar dari kawasan terpencil dan hab pendidikan terkenal, memberi kedudukan kepada JYSG sebagai pilihan utama untuk pelajar daripada semua kedudukan akademik.

Impak ClassIn ke atas Perekrutan Pelajar dan Jangkauan Geografi  

Penerimaan ClassIn membawa kepada dua perkembangan yang menarik:

Pertama, kami menyedari kemasukan pelajar dengan banyaknya dari bandar terpencil mendaftar dalam kursus kami. Kedua, semasa perekrutan pelajar baharu, kami menerima pertanyaan buat kali pertama dari kawasan Gangnam, sebuah wilayah yang terkenal dengan penumpuan institusi bimbingan dan kualiti pengajaran yang luar biasa. Khususnya, pemohon ini sebahagian besarnya memiliki kedudukan akademik purata atau di bawah purata.

Melalui perbualan, kami mendapati bahawa kebanyakan pusat bimbingan di Gangnam memenuhi keperluan terutamanya pelajar berprestasi tinggi, meninggalkan pelajar dengan gred lebih rendah tanpa pilihan kursus yang sesuai. Pelajar ini akhirnya memilih kami. Sebaliknya, pelajar dari kawasan dengan sumber pendidikan yang sedikit, tidak seperti Gangnam yang kaya sumber, juga mula menghubungi kami. Walaupun tidak melancarkan kempen pemasaran tertentu untuk kursus dalam talian dan teradun, kami mendapat perhatian melalui pengesyoran daripada pelajar semasa kami dan ibu bapa mereka. Biarpun pertambahan bilangan masih lagi sederhana, ia menekankan reputasi JYSG bukan sahaja di Bucheon, tetapi juga dalam menarik minat pelajar dari kawasan yang lebih luas.

Peranan ClassIn dalam Menangani Ketidaksamaan Pendidikan

Salah satu impak ClassIn yang paling signifikan ialah keupayaannya merapatkan jurang ketidaksamaan pendidikan merentas wilayah. Dengan pendekatannya yang mengutamakan digital, JYSG berupaya meluaskan jangkauan pendidikannya ke kawasan terpencil di mana akses kepada bimbingan yang berkualiti dahulunya terhad. Pelajar dari kawasan ini kini mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sama seperti rakan setara mereka di pusat bandar, seraya meratakan padang persaingan dan memperkasa pelajar daripada semua latar belakang untuk mencapai kejayaan akademik.

Prospek Masa Depan dan Inovasi Berterusan

Apabila JYSG terus berinovasi dan beradaptasi, berpandukan keupayaan ClassIn, institusi ini bersedia untuk mentakrifkan semula standard pendidikan dan memperkasa pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka dalam landskap pendidikan yang sentiasa berkembang ini. Dengan teknologi memainkan peranan yang semakin penting dalam bidang pendidikan, ClassIn kekal berada di barisan hadapan revolusi digital, bersedia membentuk masa depan pendidikan bukan sahaja di Korea Selatan, tetapi juga di peringkat global.

Membentuk Masa Depan Pendidikan 

Dengan ClassIn, JYSG menyaksikan peralihan transformatif baik dari segi semangat pelajar mahupun guru, mencipta persekitaran pendidikan positif yang kondusif untuk pertumbuhan dan kejayaan. Anjakan paradigma ini menandakan era baharu kecemerlangan pendidikan di Korea Selatan, memberi kedudukan kepada JYSG sebagai peneraju dalam kaedah pengajaran inovatif. Tatkala teknologi terus membentuk semula bidang pendidikan, ClassIn tetap di barisan hadapan, memperkasa pendidik dan institusi untuk menyampaikan pendidikan yang berkualiti tinggi dalam persekitaran digital.

Kesimpulannya, kebangkitan ClassIn bukan sahaja menandakan kemajuan teknologi, bahkan perubahan asas dari segi cara pendidikan ditanggapi dan disampaikan di Korea Selatan. Dengan ciri-ciri inovatif dan impak transformatifnya, ClassIn bersedia untuk membentuk masa depan pendidikan, bukan sahaja di Korea Selatan, tetapi juga di peringkat global. Ketika JYSG terus berinovasi dan beradaptasi, berpandukan keupayaan ClassIn, institusi ini bersedia untuk mentakrifkan semula standard pendidikan dan memperkasa pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka dalam landskap pendidikan yang sentiasa berkembang.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Hubungan Akhbar:
Wayne Kim / Pengarah Negara / ClassIn Korea / jungmoo.kim@classin.com 

Latar Belakang ClassIn: ClassIn ialah platform teknologi pendidikan terkemuka yang merevolusikan pengalaman bilik darjah di seluruh dunia. Dengan ciri-ciri inovatif yang disesuaikan untuk keperluan pengajaran moden, ClassIn memperkasa pendidik dan institusi untuk menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi dalam persekitaran digital.

Latar Belakang JYSG: JYSG ialah sebuah institusi pendidikan Korea Selatan terkemuka yang mengkhusus untuk meningkatkan prestasi akademik dan mendorong kejayaan pelajar. Dengan komitmen kepada inovasi dan kecemerlangan, JYSG terus membentuk masa depan pendidikan di Korea Selatan.

Source: EEO ClassIn
Keywords: Education