omniture

BIZOL Pengeluar Minyak Motor Jerman Pertama yang Menerima Anugerah IAIR Berprestij sebagai Syarikat Terbaik bagi Inovasi dan Kepimpinan

BIZOL
2014-10-13 16:00 356

MILAN, 13 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Standard kualiti tertinggi dengan 100 peratus ketelusan dan perlindungan pengguna

  • Para pemenang Anugerah IAIR termasuklah pemenang Hadiah Nobel seperti Michael Spence dan Thomas Piketty dan penyumbang IAIR Joseph E. Steglitz, Nourel Roubini, Laura Tyson, Yu Yongding, Kenneth Rogoff, Daniel Gros serta Raghuram Rajan.
  • Pemenang terdahulu termasuklah syarikat seperti: IBM, BASF, Daimler, Royal Dutch Shell, Cartier, Fedex, dan juga ABB.

Para pemenang pemeringkatan terkemuka dunia dan hadiah bagi kecemerlangan dalam kemampanan dan ekonomi global telah diumumkan. Boris Tatievski, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BIZOL, telah menerima Anugerah IAIR sebagai syarikat terbaik untuk Inovasi dan Kepimpinan. BIZOL merupakan pengeluar minyak motor Jerman pertama yang menerima anugerah yang begitu berprestij; malah, Anugerah IAIR telah dihadiahkan kepada hampir semua industri, tetapi tidak pernah dalam kategori minyak motor Jerman, sehinggalah sekarang.

Minyak motor BIZOL yang baharu dan inovatif memenuhi dan melangkaui standard industri automotif Jerman berdasarkan standard kualiti tertinggi dengan 100 peratus ketelusan dan perlindungan pengguna.

"Selain di Jerman, Minyak Motor Sintetik separa boleh dilabel sebagai Minyak Motor Sintetik Sepenuhnya. Ini tidak dibenarkan dalam BIZOL kerana menurut Undang-undang Jerman, kami perlu melabel dengan jelas minyak motor Sintetik Sepenuhnya dan minyak motor Sintetik Separa. Menerima anugerah yang sebegitu berprestij ini sudah cukup membuktikan kewibawaan kami. Sekali lagi, kami telah mencapai matlamat kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif BIZOL, Boris Tatievski dengan bangganya.

Latar belakang BIZOL

BIZOL merupakan pengeluar Jerman untuk minyak motor inovatif dan cecair teknikal lain. Syarikat itu telah ditubuhkan di Jerman pada tahun 1998 dan produknya kini dijual di 65 negara. Dalam masa tiga tahun seterusnya, produk BIZOL akan dijual di 100 negara: http://www.bizol.com/en/awards/iair-award

Pertanyaan akhbar

Marcello Assandri
Ketua Pegawai Pemasaran (CMO)
e-mel assandri@bizol.de

BIZOL
Martin-Buber-Straße 12
D-14163 Berlin, Jerman

telefon +49(0)30-80-48-69-2889
faks +49(0)30-80-48-69-22
e-mel press@bizol.de

http://www.bizol.com

Sumber: BIZOL

Source: BIZOL
Keywords: Auto Oil/Energy Awards