omniture

Perdagangan Peranti Perubatan Global Ditingkatkan ke Tahap Seterusnya di CMEF ke-89 di Shanghai

CMEF
2024-04-16 10:33 43

SHANGHAI, 16 April 2024 /PRNewswire/ -- Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa China (CMEF) edisi ke-89 menyaksikan kehadiran yang memberangsangkan dengan lebih 200,000 hadirin dari lebih 150 negara. Syarikat-syarikat terkemuka dalam industri merebut peluang untuk mempamerkan produk termaju dan penyelesaian komprehensif mereka, meliputi setiap aspek rantaian industri. Pameran ini berfungsi sebagai platform dinamik untuk kerjasama, inovasi dan penerokaan, meningkatkan perdagangan peranti perubatan global dengan ketara.

CMEF telah berkembang menjadi ekspo pelbagai rupa untuk industri peranti perubatan di sepanjang lebih empat dekad, menampilkan pameran inovasi, perdagangan komersial dan pertukaran pengetahuan. Ia menyediakan platform utama untuk melancarkan dan mempromosikan teknologi dan produk perubatan termaju.

Pameran ini menampilkan hampir 5,000 perusahaan global yang terkenal dengan produk utama dipamerkan pada tahun ini. Pelbagai kategori telah direka untuk meneroka trend dan prospek yang baru muncul. Kategori utama termasuk:

  • Robotik Perubatan: Tahun ini, ia mempamerkan pelbagai produk baharu tempatan China, termasuk sistem pembedahan robotik empat lengan yang diluluskan untuk kegunaan klinikal dalam prosedur kompleks yang meliputi kawasan toraks, abdomen dan pelvis.
  • Peranti Perubatan Termaju: Pelbagai peralatan inovatif telah dipamerkan. Sebagai contoh, platform kemuncak, dilengkapi dengan teknologi di seluruh rantaian pengimejan, menawarkan model kecekapan aliran kerja yang mudah untuk membantu dalam menangani cabaran pengimejan.
  • Pendigitalan penjagaan kesihatan yang didayakan AI: Lebih banyak syarikat menyepadukan teknologi seperti kecerdasan buatan, analisis data besar dan pembelajaran mesin, untuk menyediakan diagnosis dan rawatan penjagaan kesihatan dengan pandangan yang lebih mendalam dan sokongan keputusan pintar. Sebagai contoh, penyelesaian AI Chest CT menggunakan bantuan dikuasakan AI untuk menganalisis imej CT dada, memperkemas proses dan meningkatkan kecekapan dan ketepatan diagnostik untuk para doktor.

Tahun ini, CMEF bermula pada 11 April, bertepatan dengan Hari Parkinson Sedunia dan meluaskan sempadan baharu dalam mendiagnosis dan merawat penyakit ini. Sebagai contoh, Siemens melancarkan inovasi terbaharu mereka, MAGNETOM Cima.X. Dengan Gemini Gradients yang menampilkan 2001 mT/m pada 200 T/m/s, ia memberikan prestasi seluruh badan yang tiada tandingan. GE Healthcare turut membawakan produk PET/CT semua-digital termaju mereka, yang boleh meningkatkan kecekapan pengumpulan foton sebanyak 60%, membolehkan pengamal klinikal mendapatkan imej definisi tinggi berdos rendah dengan kepekaan unit ultra-tinggi. Ia membantu dalam diagnosis awal penyakit Parkinson dan penilaian kecacatan kognitif.

Pada tahun 2023, sektor peranti perubatan China menyaksikan kadar pertumbuhan purata 9.34% dalam perdagangan, dengan peningkatan eksport sebanyak 8.21% dan import 10.79%. Nilai import peralatan perubatan dan produk IVD melebihi eksport. Pada 13 Mac, Majlis Negera secara rasmi melancarkan pusingan baharu peningkatan dan tukar beli  peralatan berskala besar untuk barangan pengguna. Inisiatif ini menekankan keperluan untuk menggalakkan institusi perubatan yang layak untuk mempercepatkan peningkatan dan transformasi peralatan perubatan.

CMEF, sebagai platform global untuk kerjasama perdagangan, membolehkan pertukaran antarabangsa, memupuk perdagangan rentas sempadan, dan menyokong kerjasama pelbagai hala dalam pelbagai sektor. Ia menarik peserta dari lebih 30 negara dan wilayah, menjadi pemangkin bagi pertukaran teknologi dan perdagangan serta menyokong perusahaan dalam mengakses pasaran global. Pameran yang akan datang dijadualkan berlangsung di Shenzhen dari 12 hingga 15 Oktober 2024.

 

Source: CMEF
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news