omniture

SOLO LEVELING: ARISE NETMARBLE LANGKAUI 12 JUTA PRAPENDAFTARAN SELURUH DUNIA, TETAPKAN PELANCARAN GLOBAL PADA 8 MEI

Netmarble
2024-04-18 01:18 50

Dapatkan Ganjaran Masa-Terhad dengan Prapendaftaran Hari Ini  

LOS ANGELES, 18 April 2024 /PRNewswire/ -- Netmarble, pembangun dan penerbit terkemuka permainan mudah alih berkualiti tinggi, mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan aksi mudah alih dan PC serba baharunya, Solo Leveling: ARISE. Permainan ini akan tersedia untuk dimuat turun pada Google Play, App Store dan platform PC pada 8 Mei, bagi membolehkan pemain di seluruh dunia memulakan perjalanan epik bersama Sung Jinwoo.

Sejak permulaan prapendaftaran global dalam bulan Mac, lebih 12 juta peminat di seluruh dunia membuat prapendaftaran untuk permainan ini dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Prapendaftaran masih dibuka kepada semua pemain, terutamanya peminat genre permainan aksi. Pemain boleh mendapatkan pelbagai ganjaran masa-terhad apabila permainan ini diperkenalkan buat julung kali secara rasmi pada awal bulan Mei, seperti Set Artifak Legenda, Kostum Suit Hitam Bergaya untuk Sung Jinwoo, dua Mana Power Crystal untuk setiap atribut (10 kesemuanya) dan 100,000 Emas. Semua pemain yang mendaftar akan diberi peluang untuk turut memenangi pasangan/pemburu Jinwoo yang dihormati, Yoo Jinho, sebagai ganjaran prapendaftaran.

Solo Leveling: ARISE ialah adaptasi permainan aksi Solo Leveling, berdasarkan kepada Webtoon yang popular. Mengambil peranan sebagai Jinwoo, pemain boleh mengalami peningkatan dan kemajuannya melalui kisah webtoon yang disukai secara langsung, menghadapi pertempuran dinamik dan mencipta gaya tempur mereka sendiri, bergantung kepada pelbagai kombinasi kemahiran dan senjata. Pemain bukan sahaja dapat berganding bahu dengan pemburu daripada Webtoon, mereka juga boleh memanggil "Army of Shadows" mereka sendiri sama seperti yang dilakukan oleh Jinwoo apabila beliau mula-mula menyebut ungkapan terkenal "Arise!" dalam Webtoon.

Sila kunjungi laman web rasmi, X, Facebook, Instagram, Discord dan saluran YouTube rasmi untuk sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai Solo Leveling: ARISE.

Latar Belakang Netmarble Corporation 

Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble Corporation ialah pembangun dan penerbit terkemuka bagi permainan mudah alih terlaris di seluruh dunia. Melalui francais dan kolaborasi hebat dengan pemegang IP terkemuka, Netmarble berusaha untuk meningkatkan pengalaman permainan dan menghiburkan khalayak di seluruh dunia. Sebagai syarikat induk Kabam dan SpinX Games, serta pemegang saham utama Jam City dan HYBE (dahulunya Big Hit Entertainment), portfolio Netmarble yang pelbagai merangkumi Seven Knights Idle Adventure, Tower of God: New World, Lineage 2: Revolution, MARVEL Future Fight, Ni no Kuni: Cross Worlds dan The Seven Deadly Sins: Grand Cross. Maklumat lebih lanjut boleh ditemui di http://company.netmarble.com.

 

Source: Netmarble
Related Stocks:
Korea:251270
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services