omniture

CATL Perkenal Shenxing PLUS, Mendayakan Jarak 1,000-km dan Pengecasan Amat Pantas 4C

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2024-04-27 06:38 205

BEIJING, 27 April 2024 /PRNewswire/ -- Di Auto China 2024, CATL (SZ.300750) memperkenalkan Shenxing PLUS—bateri LFP yang pertama di dunia yang mencapai jarak melebihi 1,000 kilometer dengan pengecasan amat pantas 4C. Dalam tempoh lapan bulan selepas pelancaran bateri pengecasan amat pantas Shenxing pada Ogos 2023, CATL sekali lagi menerobos sempadan teknologi bateri LFP, menyambut era pengecasan amat pantas untuk seluruh industri.

Dr. Wu Kai, chief scientist of CATL
Dr. Wu Kai, chief scientist of CATL

Shenxing PLUS
Shenxing PLUS

Gao Huan, CTO of CATL’s China E-car Business
Gao Huan, CTO of CATL’s China E-car Business

CATL product launch
CATL product launch

Jarak Amat Jauh 1,000-km Memastikan Perjalanan Tanpa-bimbang 

Bateri Shenxing PLUS menyediakan pengalaman pemanduan jarak amat jauh kepada pengguna, melebihi 1,000 kilometer yang bererti perjalanan di Beijing ke Nanjing tanpa mengecas semula di jalan raya. Ini membolehkan kenderaan tenaga baharu bukan sahaja memenuhi keperluan berulang-alik di kawasan bandar, tetapi turut menampung perjalanan jarak jauh antara wilayah.

Jarak elektrik tulen 1,000-km diperoleh daripada penemuan teknologi yang berterusan. Katod Shenxing PLUS diperbuat dengan teknologi penggredan granular, yang menempatkan setiap partikel nanometer pada kedudukan optimum bagi mencapai ketumpatan kompak yang amat tinggi. Bahan berbentuk sarang lebah 3D proprietari ditambah kepada anod, meningkatkan ketumpatan tenaga sekali gus mengawal pengembangan volum dengan berkesan semasa kitaran pengecasan dan nyahcas. Selongsong satu keping, yang merupakan yang pertama dalam industri, mengoptimumkan penggunaan ruang dalaman, membolehkan sel Shenxing PLUS mencapai tahap ketumpatan tenaga yang terulung.

Pada peringkat sistem, pek bateri Shenxing PLUS mempunyai struktur topologi yang dioptimumkan selain daripada teknologi CTP 3.0 tanpa modul, meningkatkan kecekapan pembungkusan sebanyak 7%. Melalui penemuan dalam bahan dan struktur, ketumpatan tenaga sistem bateri Shenxing melangkaui ambang 200 Wj/kg buat kali pertama, mencapai 205 Wj/kg, seterusnya menjadikan jarak melebihi 1,000 kilometer suatu kenyataan.

Pengecasan Lebih Pantas Menyampaikan 600 km dengan Cas 10-minit

Selain daripada menawarkan jarak yang jauh, Shenxing PLUS turut mengecas dengan pantas. Ia dapat menyampaikan jarak 600-km hanya dalam 10 minit pengecasan, jauh melangkaui bateri biasa yang tersedia dalam pasaran dan merealisasikan kelajuan pengecasan amat pantas yang sebenar iaitu satu kilometer sesaat.

Bagi mencapai lonjakan kelajuan pengecasan, Shenxing PLUS mengaplikasikan teknologi termasuk salutan konduktif litium-ion pantas, penambahan unsur logam peralihan dan pengkapsulan nanometer baharu, menyampaikan penghantaran tenaga yang lebih lancar dan lebih cekap antara bahan katod dan anod. CATL telah meluaskan kawasan arus lebih dan kapasiti terminal dalam sistem bateri untuk melesapkan haba dengan pantas semasa pengecasan arus tinggi. Dari segi algoritma teras BMS, model polarisasi AI yang baru dibangunkan oleh CATL dapat meramal dan mengawal arus pengecasan pada masa nyata, lalu mendayakan penambahan tenaga yang lebih pantas dan lebih pintar.

Bateri Pengecasan Amat Pantas + Rangkaian + Perkhidmatan Mencipta Ekosistem Gelung Tertutup

Selain daripada bateri baharu yang luar biasa, CATL turut memulakan pembinaan Rangkaian Pengecasan Amat Pantas Shenxing bagi membina platform perkhidmatan pengecasan amat pantas yang terbesar di China. CATL berkolaborasi dengan rakan kongsi yang utama dalam industri, seperti Star Charge, YKC dan Shudao New Energy untuk menyediakan pengalaman mobiliti yang paling mudah dan berkesan kos kepada lebih ramai pemilik kereta yang dikuasakan oleh bateri pengecasan amat pantas Shenxing.

CATL membuat rancangan lanjutan untuk melancarkan kelab pemilik kenderaan pengecasan amat pantas Shenxing yang pertama dalam industri, beroperasi di lebih 600 outlet servis yang meliputi 271 bandar peringkat daerah di 31 kawasan peringkat wilayah. Ia akan menyediakan bantuan menyelamat tepi jalan, pemeriksaan dan penyelenggaraan bateri dan perkhidmatan lain kepada pemilik kenderaan Shenxing.

Dalam perjalanannya menuju pengembangan perbatasan saintifik yang berterusan dan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kehidupan lebih baik, CATL menyambut era pengecasan amat pantas untuk kenderaan tenaga baharu melalui ekosistem pengecasan super gelung tertutup dengan menyepadukan bateri pengecasan amat pantas, rangkaian, platform dan perkhidmatan.

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities New products/services Trade show news