omniture

Penghantaran kumulatif modul 210mm Trina Solar melebihi 120GW menjelang akhir suku pertama

Trina Solar Co., Ltd
2024-04-30 20:00 72

CHANGZHOU, China, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- Trina Solar, peneraju global bagi penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, mengumumkan keputusan kewangannya bagi tahun 2023 dan suku pertama tahun 2024 pada 25 April. Syarikat ini melaporkan hasil sebanyak $16.09 bilion (RMB 113.392 bilion) bagi tahun 2023, 27.26% lebih tinggi berbanding tahun 2022 dan penghantaran modul sebanyak 65.21GW, 51.33% lebih tinggi berbanding tahun 2022. Menjelang akhir tahun 2023, Trina Solar menyerahkan sistem pelekap solar 20GW serta kontena DC 5GWj dan sistem storan tenaga.

Penghantaran kumulatif modul Trina Solar melebihi 205GW menjelang akhir suku pertama tahun 2024. Penghantaran modul 210mm kumulatifnya berjumlah 120GW, mengekalkan kedudukan pertama di peringkat global dan menonjolkan kepimpinannya dalam industri ini.

Hasil daripada inovasi teknologinya yang berterusan, modul Vertex N 700W+ syarikat ini, yang berasaskan kepada teknologi 210mm dan sel i-TOPCon jenis-n, mempunyai output kuasa 720.53W dalam pengeluaran besar-besaran, yang tertinggi antara modul TOPCon yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran dan mencapai output kuasa maksimum 740.6W di dalam makmal serta mencipta rekod dunia baharu kebelakangan ini. Ini merupakan kali ke-26 ia mencipta atau memecahkan rekod dunia dalam kecekapan penukaran sel/modul atau kuasa output.

Berpandukan kepada strategi penyelesaian PV dan storan tenaga yang mantap, Trina Solar mengembangkan perniagaan storan tenaganya ke seluruh dunia. Menjelang akhir tahun lalu penghantarannya dalam kontena DC dan sistem storan tenaga berjumlah 5GWj, meliputi China, Eropah, rantau Asia-Pasifik, Amerika Utara, Timur Tengah dan Afrika serta Amerika Selatan. Trina Storage melancarkan sistem storan tenaga disejukkan cecair generasi baharu Elementa 2 dalam bulan Februari. Elementa 2 disepadukan dengan sel Trina Storage termaju yang membawakan ciri keselamatan, prestasi dan jangka hayat kitaran yang tinggi.

TrinaTracker berjaya menyerahkan 20GW+ sistem pelekap solar ke seluruh dunia, menjangkau lebih daripada 60 negara. Kapasiti pengeluaran penjejak global tahunannya mencapai 10GW+. TrinaTracker terus berinovasi dan mendedahkan Vanguard 1P yang dinaik taraf pada Februari, ideal untuk modul Vertex N 720W dengan LCOE yang lebih rendah dan IRR lebih tinggi.

Syarikat ini membangunkan kapasiti pengeluaran jenis-n bersepadu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Ia turut menyasarkan kapasiti pengeluaran wafer monohabluran, sel dan modul berkecekapan tinggi, masing-masing 60GW, 105GW dan 120GW menjelang akhir tahun 2024.

Trina Solar komited untuk memimpin jalan dengan penyelesaian PV pintar dan storan tenaga serta memudahkan transformasi sistem kuasa baharu demi masa depan sifar bersih.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Semiconductors Utilities Earnings Earnings projections or forecasts