omniture

Tata Communications Terus Diiktiraf Selama 11 tahun Berturut-turut dalam Gartner Magic Quadrant

Tata Communications
2024-05-01 20:52 39

Diiktiraf sebagai Peneraju  Perkhidmatan WAN Global

MUMBAI, India, 1 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah penggerak teknologi komunikasi global, dengan bangga mengumumkan bahawa organisasi ini telah diiktiraf sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Perkhidmatan WAN Global bagi tahun 2024, untuk tahun ke-11 berturut-turut. Penilaian daripada Gartner adalah berdasarkan pada kriteria-kriteria tertentu yang menganalisis keseluruhan Visi Kesempurnaan dan Keupayaan untuk Melaksanakan syarikat tersebut.

Sepanjang tahun, untuk membolehkan syarikat-syarikat global menjadi lebih berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan, Tata Communications memperkasakan mereka untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik, melalui peningkatan prestasi rangkaian, fleksibiliti, dan ketersediaan yang ditingkatkan. Tata Communications juga memperkenalkan penyelesaian baharu dan inovatif seperti IZO™ Multi Cloud Connect dan pilihan 'jalur lebar asas sifar' untuk pautan WAN. Selain itu, ia menyediakan syarikat-syarikat dengan cara yang paling cepat dan fleksibel untuk memodenkan rangkaian mereka dengan Cloud-Connect yang diaktifkan, penawaran 'Jalur Lebar Atas Permintaan' yang menawarkan kelajuan, kemudahan dan kecekapan kos dalam model bayar seperti yang anda gunakan. Akhir sekali, Tata Communications telah mengukuhkan lagi perkhidmatan Internetnya dengan keselamatan proaktif di peringkat syarikat dan cawangan.

"Kami menghargai pengiktirafan ini oleh Gartner untuk tahun ke-11 berturut-turut dan kami kekal memberi tumpuan untuk menyampaikan rangkaian yang 'bersedia untuk masa depan' bagi pengalaman pelanggan yang memuaskan. Seiring dengan rentak inovasi yang mempercepat ke arah generasi seterusnya penyambungan, kami akan terus menyediakan pilihan rangkaian yang fleksibel yang memenuhi pelbagai keperluan perniagaan," kata Genius Wong, Naib Presiden Eksekutif - Perkhidmatan Pekakasan Asas dan Penyambungan Generasi Seterusnya & Ketua Pegawai Teknologi, Tata Communications. Tambah beliau lagi, "Tata Communications memanfaatkan pelaburannya dalam inovasi, pengetahuan konteks dan kepakaran dalam teknologi generasi seterusnya untuk mengembangkan bahan digital penyelesaian yang membantu pelanggan kami mencapai aspirasi mereka."

Menurut laporan tersebut, penyedia dalam kuadran Peneraju sedang beroperasi dengan baik dan mengekalkan organisasi yang stabil, dengan visi yang jelas tentang arah pasaran. Mereka menyampaikan portfolio yang menyeluruh tentang perkhidmatan rangkaian berkualiti di seluruh geografi yang luas dan menangani keperluan rangkaian global bagi pelbagai perniagaan dari segi saiz, taburan geografi dan industri vertikal. Peneraju membentuk arah pasaran dengan memperluaskan liputannya, membangunkan kemampuan kelas terkemuka yang baharu dan model komersial, serta melaksanakannya secara meluas. Menurut Gartner, Peneraju melaksanakan dengan baik terhadap visi semasa mereka dan berada pada kedudukan yang baik untuk hari esok. 

Penafian Gartner

Gartner Magic Quadrant untuk Perkhidmatan WAN Global, Danellie Young, Bjarne Munch, Karen Brown, Lisa Pierce, Gaspar Valdivia, 15 April 2024

Laporan tersebut diterbitkan sebagai Magic Quadrant untuk Perkhidmatan Rangkaian, Global dari tahun 2015 hingga 2023 dan sebagai Magic Quadrant untuk Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Global dari tahun 2012 hingga 2014.

GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan yang didaftarkan bagi Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan yang didaftarkan bagi Gartner, Inc. dan/atau rakan kongsiannya di Amerika Syarikat dan antarabangsa, dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk, atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mengesyorkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau pengiktirafan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi Penyelidikan & Penasihat Gartner dan sepatutnya tidak ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Perihal Tata Communications

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah pendaya ekosistem digital global yang menguasakan ekonomi digital yang berkembang pesat hari ini di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Meneraju dengan amanah, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia dengan kolaborasi dan penyelesaian bersambung, ketersambungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan dan keselamatan dan perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 adalah pelanggannya dan syarikat menyambungkan perniagaan kepada 80% daripada gergasi awan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com

Kenyataan pandang ke hadapan dan peringatan

Beberapa perkataan dan kenyataan dalam kenyataan ini adalah tentang Tata Communications dan prospeknya, dan kenyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan kedudukan kewangan yang dijangka oleh Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications, dan ekonomi secara umum di India, adalah kenyataan berunsur jangkaan. Kenyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain, termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta kenyataan yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan ramalan trend, yang boleh keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications, atau keputusan industri, berbeza daripada segi material berbanding keputusan yang disampaikan secara tersurat atau tersirat oleh kenyataan pandang-ke-hadapan tersebut. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza dari segi material berbanding kenyataan pandang-ke-hadapan tersebut termasuk, antara lain, kegagalan untuk meningkatkan jumlah trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang sewajarnya; kegagalan untuk melengkapkan pengujian teknologi baharu dan sistem maklumat dengan sempurna untuk menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan transmisi suara, kegagalan untuk menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi tertentu syarikat, kegagalan untuk menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dalam dasar kerajaan atau peraturan India dan, secara khususnya, perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan, secara umumnya, keadaan ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Factor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian berbeza dari segi material daripada kenyataan pandang-ke-hadapan sedemikian, kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak mempunyai obligasi untuk, dan dengan ini menafikan sebarang obligasi untuk, mengemas kini atau meminda kenyataan pandang-ke-hadapannya.

© 2024 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan negara tertentu.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2268954/4387625/Tata_Communications_Logo.jpg?p=medium600

Source: Tata Communications
Related Stocks:
Bombay:TATACOMM-.BO Bombay:TATACOMM.BO India:EQTATACOMM India:TATACOMM.NS NASDAQ:VDSGAP Nagoya:TATACOMM
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Survey, Polls & Research Cloud Computing / Internet of Things