BANGKOK, 16 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, Kementerian Tenaga Kerajaan Thailand membuka secara rasmi pameran dan persidangan Future Energy Asia, Future Mobility Asia dan Future LNG Asia, ditempatkan bersama-sama Forum Pengawal Selia Tenaga Tahunan ke-21 ERRA dan Forum ERC (Suruhanjaya Pengawalseliaan Tenaga Thailand), di Bangkok, Thailand.
Acara pertama daripada acara selama tiga hari (15-17 Mei) dirasmikan menerusi Majlis Pembukaan yang menyaksikan penekanan kuat ke atas peranan rantau ASEAN sebagai peneraju dalam membentuk landskap tenaga global serta kepentingan untuk memastikan agar peralihan kepada penyelesaian tenaga bersih adalah adil dan saksama, seterusnya menyediakan akses kepada tenaga untuk orang ramai di seluruh dunia.
Diadakan oleh PTT Group dan EGAT, menerusi penajaan berlian daripada PTTEP dan ADNOC, acara bersama ini akan memfokuskan untuk menangani cabaran yang ditimbulkan oleh trilema antara sekuriti tenaga, kemampanan dan kemampuan. Dikelolakan oleh penganjur pameran dan persidangan global, dmg events, dengan kerjasama expoSis, rangka kerja bersepadu acara ini menekankan hasil praktikal dan pandangan yang boleh diambil tindakan merentas landskap tenaga.
Hari ini di Sidang Kemuncak Strategik Future Energy Asia, para pemimpin membincangkan penyepaduan teknologi inovatif seperti CCUS dan grid pintar untuk kecekapan tenaga dan kemampanan yang dipertingkat. Mereka menekankan kepentingan dasar yang disesuaikan, mengulangi perjanjian COP28 baru-baru ini dan menegaskan keperluan untuk mengimbangi tenaga mampan dengan kemampuan serta keandalan. Penceramah ucaptama Nopasit Chaiwanakupt (Naib Presiden Eksekutif, Carbon Solutions and Sustainable Growth Group, PTTEP) menyatakan bahawa Asia merupakan tumpuan kepada kira-kira 4.5 bilion orang, dan justeru itu, mencapai keneutralan karbon tidak dapat dilakukan tanpa Asia, menggesa lebih banyak kolaborasi dalam kalangan negara-negara dunia dan mengingatkan semua orang bahawa tenaga tiada sempadan.
Hari pembukaan Future Mobility Asia menonjolkan kepimpinan Thailand dalam revolusi mobiliti, dipacu oleh komitmennya kepada keneutralan karbon menjelang tahun 2050 serta usaha kolaboratif untuk memodenkan infrastruktur dan menggalakkan kemampanan melalui penyelesaian mobiliti yang inovatif. Ucaptama daripada T.Y.T Dr. Manaporn Charoensri (Timbalan Menteri Pengangkutan, Thailand) menekankan matlamat Thailand untuk menjadi peneraju dalam transformasi mobiliti ASEAN, menunjukkan sejauh mana kerjasama serantau dan tindakan teknologi boleh menghasilkan manfaat yang besar dalam menangani cabaran global.
Future LNG Asia menumpukan perhatian kepada peranan Gas Asli Cecair (LNG) dalam mengurangkan pergantungan arang batu dan mencapai matlamat emisi karbon sifar-bersih di tengah-tengah cabaran pasaran, dengan perbincangan mengenai dinamik pasaran, penyahkarbonan serta impak gangguan perkapalan ke atas perdagangan serantau.
Pertanyaan Media:
DIANA ESTELLA PETER | +65 8498 9424
TASHAN KASSEY | +65 8282 8746