LIMASSOL, Cyprus, 1 November 2014 /PRNewswire/ --
Kolaborasi baharu Hello Markets bersama Bullion Capital memperluas tawaran produk syarikat itu bagi merangkumkan perdagangan dalam talian untuk logam berharga.
Hello Markets, penyedia terkemuka perisian jenama bebas mereka sendiri (white label) untuk perdagangan dalam talian, mengumumkan ia telah memulakan kolaborasi dengan Bullion Capital, tukaran logam berharga fizikal global yang berpangkalan di Australia. Ini membolehkan Hello Markets menawarkan portfolio produk yang diperluaskan kepada para pelanggan sedia ada dan baharu. "Peluang ini memperlihatkan kolaborasi strategik yang menarik untuk Hello Markets. Syarikat ini telah mengambil keputusan untuk memperluas tawaran produknya dengan merangkumkan platform perdagangan logam berharga MetalDesk2 daripada Bullion Capital," kata Wassim Khateeb, Pengarah Urusan pejabat Hello Markets di Cyprus.
Bullion Capital menawarkan akses kepada pasaran logam berharga fizikal global melalui platform tukaran MetalDesk2. Para pelabur mengekalkan pemilikan undang-undang penuh bagi pelaburan logam berharga mereka dan boleh memilih untuk menerima atau menyimpan pelaburan bulion mereka di seluruh dunia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bullion Capital, Thomas Coughlin, "Penyertaan MetalDesk2 ke dalam platform perdagangan Hello Markets membolehkan para peniaga mereka memiliki bulion fizikal, tidak seperti kontrak bertulis yang biasanya boleh didapati melalui platform perdagangan dalam talian."
Oleh itu, broker jenama bebas Hello Markets akan mempunyai pilihan untuk menambahkan platform perdagangan logam berharga fizikal MetalDesk2 kepada tawaran produk semasa mereka. Pada masa yang sama, kolaborasi antara Bullion Capital dan Hello Markets membuka peluang kepada broker Bullion Capital bagi meninjau pelbagai pilihan produk Hello Markets: Pilihan Perduaan, Forex serta Derivatif Meta, antara lainnya.
Penambahan produk utama ini membolehkan Hello Markets menawarkan akses untuk broker kepada platform MetalDesk2 pada kadar dan bayaran perdagangan lebih baik, di samping turut membolehkan mereka mendapat akses kepada pilihan kredit bagi tujuan pembiayaan pegangan emas fizikal.
SUMBER Hello Markets dan Bullion Capital