omniture

Utusan Khas Indonesia, Hashim Djojohadikusumo Tarik Pembiayaan Hijau EUR 1.2 Bilion dalam Sektor Elektrik di COP29

PT PLN (Persero)
2024-11-26 02:26

BAKU, Azerbaijan, 26 November 2024 /PRNewswire/ -- Kerajaan Indonesia, diwakili oleh Utusan Khas Presiden Republik Indonesia, Hashim Djojohadikusumo, telah menarik pembiayaan hijau sebanyak EUR 1.2 bilion untuk sektor kuasa daripada Kreditanstalt für Wiederaufbau (KfW). Perjanjian ini dimuktamadkan semasa Persidangan Pihak-pihak ke-29 (COP29) di Baku, Azerbaijan, pada hari Rabu (11/13). Pembiayaan akan diperuntukkan kepada pembangunan pelbagai infrastruktur kuasa hijau, bagi menyokong peralihan tenaga mampan negara berkenaan.

PLN - Special Envoy of Indonesia, Hashim Djojohadikusumo Attracts EUR 1.2 Billion of Green Financing in Electricity Sector at COP29
PLN - Special Envoy of Indonesia, Hashim Djojohadikusumo Attracts EUR 1.2 Billion of Green Financing in Electricity Sector at COP29

Perkongsian ini dirasmikan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PT PLN (Persero) dan KfW. Perkongsian ini memfokuskan untuk membangunkan projek tenaga bersih, khususnya Loji Hidrokuasa Storan Pam dan rangkaian penghantaran untuk menyambungkan loji kuasa hijau.

Hashim Djojohadikusumo menekankan bahawa kerajaan Indonesia komited untuk mengurangkan emisi karbon melalui peralihan tenaga dengan memupuk kolaborasi di peringkat global, peralihan ke arah tenaga boleh baharu dijangka dapat menyokong mampu diri tenaga dan memacu pertumbuhan ekonomi negara. Beliau menegaskan, "Kami membangunkan strategi baharu dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mencapai sekurang-kurangnya 8% pertumbuhan ekonomi mampan."

Beliau menegaskan bahawa pembangunan sumber tenaga bersih adalah amat penting untuk meningkatkan daya saing industri Indonesia. Dalam tempoh 15 tahun akan datang, negara berkenaan menyasarkan peningkatan 75 peratus dalam kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu, menyumbang kepada penambahan terancang kapasiti elektrik 100 gigawatt (GW). "Sebagai sebuah negara yang besar, kami komited untuk menunaikan tanggungjawab kami untuk melindungi masa depan alam sekitar kami. Kami amat menghargai kerjasama antarabangsa yang telah terjalin, yang merupakan bukti usaha kolektif kami dalam mencapai sasaran Emisi Sifar Bersih (NZE)."

Darmawan Prasodjo, Presiden Pengarah PT PLN (Persero) ("PLN"), menyatakan sokongan padu perbadanan ini terhadap inisiatif kerajaan dalam memajukan peralihan tenaga. Pelbagai kolaborasi dan inisiatif telahpun dilaksanakan oleh PLN bagi memastikan kejayaan projek-projek elektrik yang lestari.

Beliau menyatakan bahawa penglibatan KfW dalam projek hijau PLN dijangka dapat memacu lebih ramai rakan kongsi antarabangsa untuk berkolaborasi, memupuk sinergi kolaborasi strategik, teknikal dan pelaburan yang mampan bagi mempercepat tindakan iklim global. "Kolaborasi ini merupakan langkah proaktif PLN dalam meluaskan perkongsian antarabangsa untuk meningkatkan mampu diri tenaga negara selaras dengan tindakan iklim global."

Jürgen Kern, Pegawai Kelestarian KfW Group, menjelaskan bahawa sokongan KfW untuk Indonesia memperlihatkan komitmen Jerman terhadap kerjasama antarabangsa untuk transformasi hijau. Tambahan pula, Jürgen menekankan bahawa PLN menjadi tumpuan utama dalam peralihan tenaga Indonesia, menekankan sokongan tidak berbelah bahagi syarikat untuk menghijaukan sektor tenaga, sekali gus mengekalkan akses tenaga yang andal.

"Justeru itu, kami percaya bahawa Indonesia dan Jerman dapat terus mengukuhkan perkongsian dalam sektor tenaga, lebih-lebih lagi, dalam projek tenaga bersih, seperti tenaga boleh baharu dan penghantaran. Pencapaian sasaran NZE memerlukan kolaborasi dan perkongsian yang mantap," simpulnya.

Source: PT PLN (Persero)
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Environmental Issues Financing agreements Trade show news Cision Influencer List - ESG