omniture

Huawei Diiktiraf melalui Anugerah Kecemerlangan Produk Pilihan Pembaca Asia NetworkWorld 2014

Huawei
2014-11-04 04:06 266

SINGAPURA, 4 November 2014 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan hari ini ia telah diberi penghormatan anugerah penyelesaian Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) dan anugerah 'Rising Star' Pengurusan dan Storan Data di majlis Anugerah Kecemerlangan Produk Pilihan Pembaca Asia NetworkWorld 2014, yang berlangsung di Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapura. Majlis anugerah tahunan itu diadakan bagi mengiktiraf vendor terkemuka atas teknologi dan penyelesaian inovatif yang disediakan untuk perusahaan di Asia. Majlis tersebut menandakan kali pertama Huawei mendapat pengiktirafan sedemikian.

(Right) Mr. Benson Fei, Country Head, Huawei Enterprise, Singapore, receiving the awards from Ms. Rachel Leong, Head of IT, Tokio Marine.
(Right) Mr. Benson Fei, Country Head, Huawei Enterprise, Singapore, receiving the awards from Ms. Rachel Leong, Head of IT, Tokio Marine.

 

(Right) Mr. Benson Fei, Country Head, Huawei Enterprise, Singapore, receiving the awards from Dr John Kan, CIO of Agency for Science, Technology and Research (A*STAR).
(Right) Mr. Benson Fei, Country Head, Huawei Enterprise, Singapore, receiving the awards from Dr John Kan, CIO of Agency for Science, Technology and Research (A*STAR).

En. Wu Gang, presiden, Southern Pacific Enterprise, Huawei, berkata, "Pengiktirafan yang diterima melalui dua anugerah yang diraih di acara Anugerah Kecemerlangan Produk Pilihan Pembaca Asia NetworkWorld 2014 ialah penghormatan besar untuk Huawei. Ia bukan sahaja mengiktiraf dan menyokong tumpuan kami terhadap inovasi, malah turut menggalakkan kami untuk terus menyediakan penyelesaian yang inovatif dan relevan untuk para pelanggan dan juga rakan kongsi kami."

Anugerah penyelesaian SDN Asia NetworkWorld memberi pengiktirafan kepada inovasi perkhidmatan pantas, pengendalian dan penyelenggaraan yang cekap serta pengalaman diperhebat yang ditonjolkan oleh Penyelesaian Rangkaian Mantap oleh Huawei sejak mula dilancarkan. Penyelesaian SDN oleh Huawei menawarkan pengalaman berkualiti yang belum pernah didapati sebelum ini di samping dapat memenuhi segala keperluan aplikasi mudah alih, pengkomputeran awan serta media sosial.

Ketika menerima anugerah 'Rising Star' Pengurusan dan Storan Data, En. Benson Fei, Ketua peringkat Negara, Huawei Enterprise, Singapura, berkata, "Penyelesaian pengurusan dan storan data oleh Huawei merangkumi sistem storan tertumpu yang pertama dalam industri ini, yang dikenali sebagai siri OceanStor V3."

Huawei terus bertumpu pada usaha membangunkan storan dipacu perkhidmatan yang menerapkan idea Kepintaran atas Permintaan dan Penumpuan untuk Masa Depan, bagi membantu para pelanggan mengurus sistem storan dan juga risiko yang berkaitan.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka pada peringkat global dengan wawasan untuk memperkaya kehidupan melalui komunikasi. Didorong oleh inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah mewujudkan portfolio penyelesaian ICT hujung-ke-hujung yang memberikan kelebihan daya saing kepada para pelanggan kami daripada segi rangkaian perusahaan dan telekomunikasi, peranti dan juga pengkomputeran awan. Kakitangan Huawei seramai 150,000 di seluruh dunia turut komited untuk mencipta nilai maksimum untuk para pengendali telekomunikasi, perusahaan serta para pengguna. Penyelesaian, produk dan juga perkhidmatan ICT kami yang inovatif digunakan di lebih 170 negara dan wilayah, sebagai perkhidmatan kepada lebih satu pertiga populasi dunia. Diasaskan pada tahun 1987, Huawei ialah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Huawei: www.huawei.com atau ikuti kami melalui:

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141031/8521406448-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141031/8521406448-b

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications