SHENZHEN, China, 21 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Briocean Technology, pengedar komponen elektronik bebas yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan acara tahunannya yang terkini - ekspedisi yang tidak dapat dilupakan merentas Gurun Gobi yang hebat dan agung di Dunhuang, China. Tahun ini, syarikat ini menetapkan standard yang lebih tinggi, mencabar pekerjanya untuk memulakan perjalanan jauh sejauh 80 kilometer selama 3 hari 2 malam di salah satu gurun keenam terbesar di dunia di utara China.
Lebih daripada mendaki semata-mata, perjalanan ini melambangkan semangat perpaduan dan daya tahan yang mentakrifkan budaya Briocean. Tatkala pasukan melakukan perjalanan jauh merentas kawasan rupa bumi Gobi yang luas, mereka menjalin ikatan, mengatasi cabaran dan menemui takat keupayaan mereka yang sebenar.
"Di Briocean, kami percaya dalam menerobos sempadan, baik dalam tugas kami mahupun pengembaraan kami. Perjalanan jauh Gurun Gobi merupakan suatu peluang untuk pekerja kami bersatu, mencabar batasan mereka dan meraikan kekuatan pasukan kami," diulas oleh Cik Sharon Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Briocean.
Pada tahun 2023, Briocean melonjak ke tahap baharu, mencapai peningkatan 20% dalam pesanan OEM Excess dan PPV. Syarikat ini menunjukkan ketangkasan dan pandangan jauh, melakukan anjakan strategik ke arah barisan produk CPU/GPU.
Di samping itu, Briocean bertindak balas kepada permintaan yang semakin meningkat terhadap jaminan kualiti, mencatatkan peningkatan 133% yang mengagumkan dalam volum ujian di kemudahannya yang canggih. Dengan jangkauan global, syarikat ini berjaya menghantar produk ke lebih 20 negara, lantas mengesahkan sekali lagi kehadiran globalnya.
Selaras dengan komitmennya kepada pertumbuhan, Briocean menaik taraf makmalnya, meliputi keluasan 23,680 kaki persegi yang bakal beroperasi pada bulan Jun dan mengembangkan pasukan globalnya sebanyak 10%. Penambahan ini menyumbang kepada kejayaan syarikat, memperoleh anugerah dan pengiktirafan berprestij atas pencapaiannya yang cemerlang.
Selepas cabaran perjalanan jauh, Briocean turut menganjurkan makan malam gala tahunannya, sebuah majlis menggembirakan yang dipenuhi dengan perayaan dan perpaduan. Bagi menghayati kekayaan budaya, kesemua pekerja berpakaian Hanfu tradisional dengan ciri-ciri mengagumkan dan anggun, tatkala mereka berkumpul untuk meraikan tahun yang membuahkan hasil.
Briocean akan terus berusaha untuk menjadi pembekal pilihan dalam industri pengedaran komponen elektronik global dan acara dalaman kami menawarkan peluang kepada pekerja untuk memikirkan tentang kejayaan mereka. Bekerjasamalah dengan Briocean dan jadilah sebahagian daripada perjalanan kami menuju kecemerlangan.
Latar Belakang Briocean
Ditubuhkan pada tahun 2008, Briocean Technology ialah pengedar komponen elektronik bebas terkemuka yang komited untuk menyediakan penyumberan global dan penyelesaian rantaian bekalan kepada pelanggan pembuatan elektronik dalam pelbagai industri.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://www.briocean.com/
Hubungan Media, marketing@briocean.com