omniture

Hisense Menang Red Dot Award 2024 dan iF Design Award 2024 untuk Alat Kawalan Jauh Solar ERF6A66

Hisense
2024-05-23 17:00 22

QINGDAO, China, 23 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan bahawa Alat Kawalan Jauh Solar ERF6A66 telahpun menerima kedua-dua Red Dot Award for Product Design 2024 dan iF Design Award 2024 bagi penyelesaian pengecasan solarnya yang inovatif dan mesra alam, yang menjadikan kehidupan rumah lebih mesra alam, menyeronokkan dan bebas tekanan.

Hisense ERF6A66 Solar Remote Control Receives Both Red Dot Award for Product Design 2024 and iF Design Award 2024
Hisense ERF6A66 Solar Remote Control Receives Both Red Dot Award for Product Design 2024 and iF Design Award 2024

Dengan menerima pakai reka bentuk bekalan kuasa mesra alam, Alat Kawalan Jauh Solar ERF6A66 mengumpul cahaya ambien melalui panel solar silikon amorfus dan menukarkannya kepada tenaga elektrik. Tenaga ini disimpan dalam kapasitor litium terbina dalam, yang memanjangkan hayat bateri. Dalam persekitaran yang disinari cahaya matahari, ia berupaya untuk mengecas sendiri tanpa intervensi manual. Melalui teknologi penderiaan cahaya TV, alat kawalan jauh ini dapat melaksanakan fungsi cahaya belakang pintar, lalu meningkatkan pengalaman alat kawalan jauh pengguna dalam persekitaran yang gelap.

Alat Kawalan Jauh ERF6A66 Hisense serasi dengan TV UX, U7 dan U8 Hisense dalam pasaran Eropah dan Oceania serta menerima pakai reka bentuk yang rapi dan bercorak geometri yang ditingkatkan oleh bentuk yang ringkas serta pengendalian tangan yang ergonomik. Dicipta untuk melengkapkan sebarang gaya hidup rumah, panel pengecas solar ditempatkan secara strategik pada permukaan atas, selaras dengan tabiat peletakan pengguna dan mengoptimumkan kecekapan ruang solar. Penyepaduan lancar antara ruang solar dan badan utama alat kawalan jauh bukan sahaja meningkatkan estetika tetapi turut melindungi daripada kerosakan yang berpotensi daripada habuk dan air, bagi menjamin ketahanan dan jangka hayat yang panjang.

Red Dot Award in Product Design dan iF Design Award merupakan antara pertandingan reka bentuk yang terbesar di dunia, yang mengiktiraf produk dengan reka bentuk, kreativiti dan inovasi yang cemerlang. Anugerah ini menekankan komitmen Hisense terhadap pembangunan mampan dengan kecemerlangan dalam reka bentuk serta inovasi.

Selain daripada memenangi anugerah, Hisense, sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, bermatlamat untuk memberi pengalaman menonton permainan yang imersif kepada peminat melalui produk TV dan perkakas rumahnya yang inovatif. Baru-baru ini, ia memulakan kempen jenama 'BEYOND GLORY' UEFA EURO 2024™ Hisense yang menonjolkan komitmen syarikat untuk menyediakan produk andal dengan kualiti yang tiada tandingan dalam usaha untuk meningkatkan kehidupan seharian.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense mencakupi produk multimedia (dengan fokus kepada TV Pintar), perkakas rumah dan maklumat pintar IT. Hisense Mengekalkan Kedudukan No. 2 Secara Global bagi Penghantaran TV pada tahun 2023. Hisense telah berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards