REUTLINGEN, Jerman, 5 November 2014 /PRNewswire/ --
iPoint-systems mengukuhkan kepimpinan pasarannya dalam bidang perisian pelaporan Mineral Konflik / Pelanggan dari 76 negara
Pakar perisian, iPoint-systems berjaya mencapai satu lagi kejayaan penting: pada 4 November, syarikat ke-20,000 mendaftar sebagai pengguna Platform Mineral Konflik iPoint (iPCMP). "Dengan ini, iPoint telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran perisian dan perkhidmatan dalam bidang pelaporan Mineral Konflik," jelas Ketua Pegawai Eksekutif iPoint-systems, Joerg Walden, dengan bangganya. iPCMP telah dilancarkan pada September 2012 dan sejak itu memantapkan kedudukannya sebagai penyelesaian merentasi industri berkaitan dengan pematuhan terhadap keperluan undang-undang berkenaan Mineral Konflik.
Sekali imbas terhadap senarai pelanggan iPoint menunjukkan syarikat daripada pelbagai industri di seluruh dunia berhadapan dengan isu Mineral Konflik: Pengeluar dan pembekal dari 76 negara, berbagai-bagai industri dan syarikat yang terdiri daripada pelbagai saiz bergantung pada iPCMP. Antara lain, industri automotif, elektronik, aeroangkasa, kejuruteraan mekanikal, pembinaan kapal, tekstil serta pakaian turut terlibat, termasuk syarikat yang mempunyai kurang 50 pekerja serta syarikat yang mempunyai beberapa ribu pekerja. iPoint menawarkan lesen yang sesuai untuk semua pihak tersebut bergantung pada saiz syarikat dan keperluan pelaporan.
Sejak menerapkan peraturan akhir Mineral Konflik oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS pada bulan Ogos 2012, syarikat AS yang tersenarai awam diwajibkan untuk menyerahkan laporan tahunan yang menunjukkan penggunaan Mineral Konflik dalam produk mereka. Ini turut memberi kesan kepada syarikat bukan dari Amerika yang bekerja dalam lingkungan rantaian bekalan bagi syarikat AS yang disenaraikan. Melalui pelancaran iPCMP pada bulan September 2012, iPoint menjadi yang pertama menawarkan penyelesaian yang dibangunkan sepenuhnya untuk pelaporan Mineral Konflik. Pada masa kini, penyelesaian perisian merentasi industri yang mendapat permintaan tinggi ini direka bagi mematuhi undang-undang Mineral Konflik AS. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kebolehsuaiannya, iPCMP mudah disesuaikan bagi membantu syarikat yang terjejas oleh peraturan baharu atau peraturan yang serupa seperti peraturan Mineral Konflik Eropah yang dijangka akan diluluskan pada tahun 2015. Selama lebih sedekad, penyelesaian perisian iPoint telah membantu para pelanggannya mematuhi pelbagai peraturan dan arahan yang tertakluk kepada perubahan yang berterusan dan peruntukan pelaksanaan yang khusus untuk negara atau negeri (contohnya RoHS, REACH).
Latar Belakang iPoint-systems:
iPoint merupakan pakar terkemuka di dunia daripada segi kemampanan dan pematuhan produk alam sekitar, yang bertumpu pada perisian, perundingan, latihan dan juga perkhidmatan untuk mengurus, menjejak serta melaporkan data merentasi seluruh rantaian bekalan. Penyelesaian perisian yang adaptif dan menyeluruh oleh iPoint memberikan kebolehlihatan dan kawalan yang diperlukan oleh para pelanggan untuk mengurus pematuhan serta kemampanan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
iPoint-systems gmbh
Katie Boehme
Ludwig-Erhard-Str. 52-56
D-72760 Reutlingen
Talian +49-7121-144-89-60
Faks +49-7121-144 89-89
katie.boehme(at)ipoint-systems(dot)de
info(at)ipointinc.com