omniture

Consilio Tandatangani Perjanjian Strategik Beberapa Tahun bersama Nuix

Nuix Limited
2024-05-24 15:29 14

Consilio memperluaskan perkongsian dan penggunaan perisian Nuix untuk pemprosesan data dan semakan dokumen.

SYDNEY, 24 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Penyedia yang terkemuka bagi analitik penyiasatan  dan perisian risikan, Nuix, mengumumkan perkongsian yang diperluaskan selama tujuh tahun akan datang bersama Consilio, peneraju global bagi penyelesaian teknologi undang-undang dan perkhidmatan undang-undang perusahaan. Hubungan perniagaan selama sedekad berkembang menjadi perkongsian strategik yang akan memperluaskan penggunaan perisian Nuix, yang melaluinya syarikat-syarikat akan berkolaborasi bagi memenuhi keperluan baru muncul pelanggan.

Bagi Consilio, perkongsian ini menunjukkan komitmen untuk mengintegrasikan perisian pemprosesan data Nuix yang utama dalam industri dalam perkhidmatan eDiscovery. Ia mempercepatkan keupayaan Consilio untuk kekal mendahului keperluan pelanggan global mereka dalam eDiscovery dan semakan dokumen, menawarkan faedah kepantasan serta ketepatan.

"Kami berasa teruja untuk terlibat dalam perkongsian yang strategik ini bersama Nuix, yang akan membolehkan kami memanfaatkan inovasi terkini daripada Nuix, meningkatkan kecemerlangan teknologi serta perkhidmatan kami dan akhirnya memacu pertumbuhan bersama pelanggan baharu dan sedia ada," kata Andy Macdonald, Ketua Pegawai Eksekutif Consilio.

Nuix dan Consilio saling bekerjasama bagi memenuhi keperluan pelanggan masa depan untuk pemprosesan data, automasi perusahaan, semakan dokumen dan perkhidmatan profesional bersepadu. Consilio menjadi pelanggan pertama Nuix Neo Enterprise, yang merangkumi penyelesaian Privasi Data, Penyiasatan dan Undang-undang Nuix Neo, membuka jalan untuk pelbagai tawaran bersama.

Jonathan Rubinsztein, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nuix berkongsi, "Perkongsian ini merupakan pemecut untuk Nuix Neo serta pencapaian yang penting dan strategik untuk kedua-dua organisasi. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Consilio bagi menyediakan perubahan langkah kepada pemprosesan data dan keupayaan semakan menerusi Nuix Neo dan Nuix Discover. Kami yakin bahawa secara bersama, kami dapat memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin kompleks melalui penyelesaian hujung-ke-hujung yang mantap."

Latar Belakang Nuix

Nuix Limited ialah penyedia yang terkemuka bagi analitik penyiasatan dan perisian risikan, dengan visi untuk "menjadi kuasa untuk kebaikan dengan mencari kebenaran dalam dunia digital". Nuix membantu pelanggan memproses, menormalkan, mengindeks, memperkaya dan menganalisis data daripada pelbagai sumber yang berbeza, bagi menyelesaikan banyak cabaran data kompleks mereka. Platform Nuix menyokong pelbagai kes penggunaan, termasuk penyiasatan jenayah, jenayah kewangan, sokongan litigasi, penyiasatan pekerja dan orang dalam, eDiscovery undang-undang, perlindungan dan privasi data, serta tadbir urus data dan pematuhan peraturan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi investors.nuix.com

Latar Belakang Consilio: 

Consilio berperanan sebagai peneraju global bagi eDiscovery, semakan dokumen, bakat undang-undang yang fleksibel serta khidmat nasihat undang-undang & perundingan transformasi. Menerusi pelbagai keupayaan Consilio Complete, syarikat memperkasa firma guaman dan syarikat multinasional menggunakan perisian inovatif, perkhidmatan terurus berkesan kos dan kepakaran industri perundangan dan kawal selia yang mendalam. Terkenal dengan kepakarannya dalam litigasi, permintaan kedua HSR, penyiasatan dalaman dan kawal selia, eDiscovery, semakan dokumen, tadbir urus maklumat, penilaian risiko pematuhan, keselamatan siber, pengurusan jabatan undang-undang serta pengurusan kontrak, Consilio juga menunjukkan kecemerlangan dalam perjawatan dan perekrutan undang-undang melalui bahagian Lawyers On Demand (Peguam Atas Permintaan). Consilio menggaji golongan profesional yang terkemuka dalam industri ini di peringkat global, mengaplikasikan aliran kerja yang boleh dipertahankan dengan teknologi berpaten dan terbukti dalam industri merentas semua fasa eDiscovery dan kitaran hayat pengurusan risiko. Diperakui ISO\IEC 27001:2013, syarikat ini mengendalikan pejabat, semakan dokumen dan pusat data di seluruh Eropah, Asia dan Amerika Utara. Ketahui lebih lanjut mengenai komitmen Consilio terhadap kecemerlangan dan inovasi undang-undang di www.consilio.com.

Source: Nuix Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Contracts Licensing/marketing agreements Data Analytics Legal Services