PFAFFIKON, Switzerland, 6 November 2014 /PRNewswire/ -- Luminox mengumumkan SXC | XCOR Space Expeditions Pilot Professional Analog Digital 5240 Series, salah satu daripada siri empat reka bentuk dalam XCOR Space Expedition baharu yang dijadualkan pelancarannya pada musim luruh ini. Direka dengan input daripada juruterbang ujian serta angkasawan dan dibuat khas untuk mereka, Pilot Professional ialah jam tangan analog dengan tetingkap digital, kemampuan berbilang fungsi serta kelebihan tambahan daripada Teknologi Cahaya Luminox. Pergerakan Analog-Digital Switzerland yang digunakan ialah piawai untuk juruterbang di serata dunia.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/72762535-luminox-XCOR-space-expedition/
Terkini dalam koleksi XCOR Space Expedition ialah Pilot Professional Analog Digital (5241.XS), yang berukuran 45.50mm. Jam baharu yang dilindungi kemasan titanium ini adalah sesuai untuk kegunaan di angkasa – cukup ringan agar tidak menjadi beban ketika berlepas dan mendarat, serta cukup tahan lasak untuk menghadapi tekanan kembara angkasa.
Paparan Analog Pilot Professional membolehkan juruterbang melihat masa pada sekali imbas manakala tetingkap digital pula menawarkan kejituan yang mereka perlukan. Selain itu, Pilot Professional baharu menawarkan fungsi GMT/zon masa kedua, yang diperlukan untuk penerbangan dan penerbangan angkasa, memandangkan semua pemasaan dilakukan berdasarkan UTC/GMT.
"Juruterbang memerlukan waktu digital untuk menyelaraskan operasi mereka dan waktu tepat sehinggakan satu saat adalah amat penting. Mereka juga banyak mengembara dan fungsi GMT membolehkan mereka merujuk zon masa tempatan atau destinasi dengan mudah," kata Harry van Hulten, Rakan Kongsi Pengasas/Juruterbang Ujian Eksperimen di XCOR Space Expeditions.
Pada tahun 2015, XCOR Aerospace, pembuat kapal angkasa XCOR Lynx, akan menjalani beberapa penerbangan ujian pertama mereka di dalam atmosfera. Sesi latihan dan ujian untuk penerbangan penumpang kini sedang diusahakan. Pada harga $100,000 para penumpang dapat menikmati pandangan tersendiri bumi dari jarak 103 kilometer.
Pilot Professional baharu direka khas untuk para juruterbang dan angkasawan yang serius, dan jam tangan ini beroperasi baik di Angkasa mahupun di Daratan.
Latar belakang Luminox
Luminox, jenama jam tangan berkilau kuasa sendiri yang asli, merupakan jam tangan pilihan angkatan tentera SEAL Laut A.S., juruterbang jet Stealth F-117 NighthawkTM dan kuasa elit yang lain. Jam tangan Luminox bercahaya 100 kali lebih terang berbanding kebanyakan jam tangan berkilau yang lain, memberikannya kebolehbacaan unggul. Tahan lasak, berkuasa dan jitu, Luminox buatan Switzerland merupakan peralatan penglihatan malam yang unggul untuk para atlet yang serius, penggiat aktiviti lasak serta pelaku puncak yang lain. Bagi mendapatkan lanjut, sila layari www.luminox.com/about/team/space-expedition.
HUBUNGI: Anna Scherer, info@luminox.com