omniture

Snapmaker Sambut Ulang Tahun ke-8 dengan Play Well Makerathon, Artisan Premium dan Banyak Lagi

Snapmaker
2024-05-27 20:46 72

SHENZHEN, China, 27 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Snapmaker, penginovasi yang terkemuka dalam pasaran pencetak 3D 3-dalam-1, dengan gembiranya mengumumkan sambutan ulang tahunnya yang ke-8 pada 1 Jun. Tema pada tahun ini, "Play Well" ("Main Dengan Baik"), mencerminkan akar umbi syarikat dalam keseronokan dan penerokaan serta komitmen berterusannya terhadap inovasi dan kreativiti.

Snapmaker's 8th Anniversary Celebration Events and Offers
Snapmaker's 8th Anniversary Celebration Events and Offers

Makerathon: Cabaran Kreatif 48-Jam 

Sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun, Snapmaker akan menganjurkan Makerathon selama dua hari iaitu pada 31 Mei dan 1 Jun. Semasa acara selama 48 jam ini, pekerja Snapmaker akan membentuk 10 pasukan, setiap satu ditugaskan untuk "Membuat Sesuatu yang Hebat." Pasukan-pasukan akan mencipta pelbagai item yang menyeronokkan dan berfungsi. Ciptaan ini mungkin termasuk permainan, peralatan sukan, robot ramah, mainan, alat muzik dan banyak lagi. Acara ini memperlihatkan komitmen Snapmaker untuk memupuk kreativiti dan kerja berpasukan dalam kalangan pekerjanya dan akan disiarkan secara langsung melalui Halaman Facebook Snapmaker.

Memperkenalkan Snapmaker Artisan Premium

Bagi menandakan pencapaian ini, Snapmaker juga dengan gembiranya mengumumkan keluaran Snapmaker Artisan Premium, Pencetak 3D 3-dan-1 3D Terunggul. Versi yang dinaik taraf bagi Snapmaker Artisan yang popular ini menampilkan modul pencetakan 3D dwi penyemperit, modul CNC 200W, ruang kerja 400mm3 yang luas dan ciri-ciri yang dipertingkat seperti modul laser 40W dan pam bantuan udara. Reka bentuk modular Artisan Premium membolehkan pengguna menukar dengan pantas antara fungsi dalam masa kurang daripada seminit, menawarkan keserbagunaan, kejituan dan keupayaan yang tiada tandingan. Binaan logamnya yang kukuh dan reka bentuk yang indah menggabungkan keandalan dengan estetika bertaraf dunia, menjadikannya alat penting untuk sesiapa yang ingin menguasai kraf mereka. Artisan Premium mula dijual pada 28 Mei dengan harga MSRP $2999 USD (AS dan Global) / €3299 EUR (EU, termasuk cukai nilai tambah).

Ciri-ciri Utama Snapmaker Artisan Premium:

  • Modul Pencetakan 3D dwi penyemperit
  • Modul Laser 40W
  • Modul CNC 200W
  • Penutup
  • Ruang kerja 400mm3

Tawaran, Diskaun dan Banyak Lagi

Snapmaker akan menawarkan diskaun besar dan bonus rujukan, melancarkan model-model 3D boleh cetak Snapmaker 3-dalam-1 dan memulakan program ganjaran baharu, The Snappy Club, untuk meraikan ulang tahun ini.

Pertandingan video Cabaran Cetak dan Main juga akan berlangsung hingga 16 Jun.

Latar Belakang Snapmaker

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Snapmaker.

Prapesanan untuk Artisan Premium bermula pada 28 Mei. https://snapmaker.com/snapmaker-artisan?utm_source=pr&utm_medium=cpm&utm_campaign=Global_PR_Awareness_PPV_20240522-AlwaysOn_ArtisanPremiumLaunch&utm_marketing_tactic=Awareness

Snapmaker Makerathon akan Disiarkan secara Langsung melalui Facebook, daftar di sini untuk menonton secara langsung: https://linktr.ee/snapmaker2024livestream

Source: Snapmaker
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment New products/services