omniture

Kediaman Paling Mahal di Amerika Diperkenalkan kepada Pasaran pada nilai $195 Juta oleh Coldwell Banker Previews International

Coldwell Banker Previews International
2014-11-07 01:48 105

-- Perkarangan Mediterranean Berpagar Seluas 25 Ekar yang Jarang Didapati di Beverly Hills dengan Ladang Anggurnya sendiri Menetapkan Standard Tinggi Baharu untuk Kediaman Paling Elit di Amerika Syarikat

LOS ANGELES, 7 November 2014 /PRNewswire/ -- Rekod tinggi baharu telah dicatat hari ini untuk hartanah A.S. yang dipasarkan oleh Coldwell Banker Previews International kerana telah memperkenalkan hartanah paling mahal dan elit di negara itu kepada pasaran dengan harga $195 juta. Perkarangan berpagar peribadi yang besar agam itu terletak di tanjung tinggi di tengah-tengah Beverly Hills pada tanah seluas 25 ekar yang jarang didapati dan luas, menawarkan pemandangan ngarai Los Angeles yang ikonik dan lampu bandar, hanya beberapa minit perjalanan dari pusat beli-belah, tempat makan dan juga hiburan bertaraf dunia. Joyce Rey dan Stacy Gottula merupakan ejen penyenaraian untuk vila Mediterranean ini, Palazzo di Amore, lengkap dengan ladang anggurnya sendiri.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141105/156879
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141105/156880
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140311/MM81398LOGO

Perkarangan kediaman Beverly Hills ini dimiliki oleh usahawan hartanah yang berjaya hasil daripada usaha beliau sendiri, Jeff Greene. En. Greene memiliki lebih 30 hartanah di Florida, 3,500 pangsapuri di Los Angeles dan juga 3 bangunan di pusat bandar Manhattan, selain beberapa estet di Hamptons, Malibu serta Palm Beach. Beliau melabur sebanyak puluhan juta bagi menyiapkan dan meluaskan Palazzo di Amore selepas membelinya, menyiapkan tingkat dua kediaman utama dan membina pusat hiburan yang besar seluas kira-kira 15,000 kaki persegi yang terdiri daripada disko/dewan besar dengan lantai tarian gaya boleh putar, ruang untuk DJ serta sistem cahaya-laser. Kompleks hiburan tersebut mempunyai ruang tayangan peribadi dengan 50 tempat duduk, gelanggang boling dan juga bilik permainan.

Kediaman utama di Palazzo di Amore adalah seluas lebih 35,000 kaki persegi, termasuk ruang simpanan wain yang telah siap, manakala seluruh hartanah itu turut menyediakan lebih 53,000 kaki persegi kawasan yang boleh didiami. Dengan seni bina oleh Bob Ray Offenhauser dan rekaan oleh Alberto Pinto, Palazzo di Amore amat sesuai untuk berhibur dengan gaya dan kemewahan secara besar-besaran, menawarkan peluang menjadi tuan rumah acara untuk lebih 1,000 tetamu.

Latar Belakang Coldwell Banker Previews International®
Program Coldwell Banker Previews International telah menjadi peneraju dunia daripada segi pemasaran rumah mewah sejak tahun 1933 lagi. Program Previews® telah diambil alih oleh Coldwell Banker Real Estate LLC pada tahun 1980 dan dilancarkan sebagai Coldwell Banker Previews International®, program rumah mewah oleh jenama tersebut. Kumpulan eksklusif Pakar Hartanah Previews yang diperakui membentuk hampir 8.5 peratus daripada sekutu jualan bebas yang bergabung dengan Coldwell Banker di seluruh dunia. Coldwell Banker Previews International menyertai lebih 20,000 pihak transaksi rumah bernilai $1 juta atau lebih pada tahun 2013. Secara puratanya, Previews mengurus $102.7 juta jualan rumah mewah setiap hari. Coldwell Banker, Previews serta Coldwell Banker Previews International merupakan tanda dagangan berdaftar yang dilesenkan untuk Coldwell Banker Real Estate LLC. Setiap pejabat dimiliki dan diurus secara bebas.

Pertanyaan Media:       
PalazzoDiAmore@Rogersandcowan.com

Source: Coldwell Banker Previews International
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Publishing/Information Service Residential Real Estate