omniture

DITO Filipina Meraih Pencapaian Utama: Fasa Satu Penempatan Semula Pusat Data Milik Sendiri Rangkaian Teras 5G SA Selesai Dengan Jayanya

DITO
2024-05-29 08:05 30

MANILA, Filipina, 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Berdasarkan kepada statistik baru-baru ini, kira-kira 50 pengendali di seluruh dunia telah mencapai pasang atur 5G SA. Antara pengendali-pengendali lain yang ketika ini membina Rangkaian Teras 5G SA mereka, DITO menonjol sebagai wakil teladan bagi Rangkaian Teras SA. Dalam mengejar kejayaan 5G SA, DITO menjadi peneraju dalam menyiapkan pembinaan Rangkaian Teras 5G SA dan baru-baru ini beralih daripada pemajakan kepada pemilikan pusat data Teras secara berperingkat-peringkat.

Sejak 3 tahun yang lalu, DITO berjaya membina Rangkaian Teras 5G SA bertumpu sepenuhnya, teragih dan berasaskan awan sepenuhnya. Rangkaian tumpu penuh menandakan penumpuan 4G serta 5G dan rangkaian teragih seluruh negara menjadi lebih dekat dengan pelanggan yang memastikan pengalaman perkhidmatan data dan suara yang baik. Sementara itu, rangkaian berasaskan awan penuh merujuk kepada Awan Telekomunikasi Natif.


DITO berjaya mencapai pengkomersialan Rangkaian Teras 5G SA, menyelesaikan ujian perkhidmatan VoNR dan ujian keupayaan penghirisan rangkaian yang sedang berlangsung.

Rangkaian Teras DITO menggunakan lewahan peringkat-DC, peringkat-NE dan peringkat-sistem bagi menyokong pembangunan perniagaan secara terjamin dan berkesan. Bagi mengukuhkan keselamatan dan keandalan rangkaian, DITO membina pusat data Terasnya sendiri yang memenuhi standard telekomunikasi dan berhijrah daripada pusat data Teras pajak bagi menyokong pengembangan perniagaannya.

Sejak tahun 2022, DITO memulakan projek penghijrahan 2 pusat data Teras pajak kepada milik sendiri. Ini merupakan projek yang sangat rumit dan berisiko tinggi kerana ia melibatkan lebih daripada 3000 peranti dan 400 operasi, dengan berpuluh-puluh juta pelanggan rangkaian langsung. Setakat ini, pusat data Teras pertama telah menyelesaikan penghijrahannya dan kini sedang dalam proses penempatan semula pusat data Teras kedua.

Cabaran utama yang dihadapi oleh DITO semasa penghijrahan pusat data Teras: 

Pelbagai operasi penghijrahan, perlu memastikan impak perkhidmatan sifar.

Lebih daripada 400 penghijrahan perkhidmatan terlibat, menimbulkan cabaran besar kepada pengoperasian sistem yang selamat dan stabil. Memandangkan pusat data Teras membentuk infrastruktur yang penting, tempoh gangguan perkhidmatan haruslah diminimumkan bagi mengelakkan sebarang impak ke atas pengalaman pengguna. Perkara di atas memberikan cabaran besar kepada ketepatan dan keselamatan penyelesaian teknikal.

Jumlah peranti yang sangat banyak, memerlukan berbilang kolaborasi rentas-domain. 

Projek penghijrahan meliputi lebih daripada 10 vendor peralatan telekomunikasi dan berbilang domain perkhidmatan, termasuk Rangkaian Teras, VAS, kumpulan sumber awan IT, sistem IT dan lain-lain, justeru itu ia memerlukan perancangan terselaras dan kolaborasi yang berkesan antara berbilang vendor.

Risiko Operasi yang tinggi, memerlukan keupayaan kukuh untuk rancangan luar jangkaan kecemasan rangkaian.

Sepanjang proses penghijrahan, semua peranti datacom dan antara muka tanpa wayar, berserta penyepaduannya ke dalam seluruh Rangkaian Teras, turut terlibat. Ini mungkin berpotensi mendedahkan risiko tinggi yang mencetuskan ribut isyarat berskala besar, lalu mengakibatkan masa henti rangkaian. Justeru itu, simulasi praoperasi yang komprehensif dan rancangan luar jangkaan adalah wajib.

Bagi menangani cabaran ini, DITO mengumpulkan usaha daripada pelbagai jabatan syarikat, mengutamakan projek ini dengan menganalisis masalah dan menanganinya satu demi satu:

  • Penyediaan penyelesaian yang komprehensif: Memandangkan projek ini melibatkan penghijrahan semua stesen utama tanpa wayar, henti-ganti port gentian sekitaran dan penyepaduan semula platform perkhidmatan, pasukan projek menyediakan pelbagai penyelesaian termasuk sinergi peringkat berbilang-DC, kumpulan hibrid berbilang-NE dan sebagainya bagi memastikan perkhidmatan dipindahkan dengan lancar. Operasi ini mengikuti dengan tegas cadangan dan MOP untuk membolehkannya beroperasi, dengan penghijrahan yang lancar, pemantauan kestabilan dan persaraan NE secara beransur-ansur untuk diselesaikan, dengan pelbagai idea dan tindakan inovatif dalam kedua-dua dasar penyelesaian dan pengurusan. DITO mengatur semakan semula rentas domain untuk memastikan ketepatan penyelesaian penghijrahan. Syarikat ini mengatur lebih daripada 80 kali semakan semula penyelesaian penghijrahan — meliputi rangkaian ore, rangkaian perkhidmatan, rangkaian data dan domain IT — bagi meminimumkan impak ke atas perkhidmatan semasa penghijrahan perkhidmatan. Pada masa ini, pusat data Teras pertama telahpun menyelesaikan penghijrahan dan pusat data Teras kedua sudahpun berjalan.
  • Kawalan risiko yang ketat: Risiko proses penghijrahan dikenal pasti secara mendalam dan diurus terlebih dahulu, meliputi tempoh projek, keselamatan rangkaian, kapasiti rangkaian dan pengangkutan perkakasan. Langkah-langkah berkesan diambil untuk menghadapi risiko, agar projek yang berjaya dapat dipastikan. Khususnya, dari segi operasi perkhidmatan, lewahan, penghijrahan dan simulasi henti-ganti seluruh rangkaian yang mencerminkan persekitaran pengeluaran sebenar telah disimulasikan sebelum penghantaran penghijrahan dimulakan. Pasukan ini mensimulasikan setiap lewahan 8 peringkat termasuk peringkat-DC, peringkat-rangkaian, peringkat-NE, peringkat-pautan dan sebagainya untuk mengurangkan semua risiko yang berkemungkinan dalam projek penghijrahan ini.
  • Kawalan kos yang cekap: Peruntukan sumber dan kawalan kos dipertimbangkan dari hujung ke hujung. Kakitangan disusun secara sewajarnya dan pasukan-pasukan yang berbeza berkomunikasi dan berkolaborasi dengan lancar, mengurangkan dengan ketara kos keseluruhan projek penghijrahan dan meningkatkan kecekapan penghijrahan.

Hari ini, DITO menyelesaikan penghijrahan pusat data Teras pertamanya dengan impak dan gangguan perkhidmatan sifar dan dalam masa yang sama berjaya meluaskan kapasiti rangkaian serta meningkatkan keandalan rangkaian, yang menghasilkan peningkatan pelanggan 4G dan 5G SA yang ketara.

Projek penghijrahan pusat data Teras DITO dianggap sebagai projek yang sangat rumit, berisiko dan mencabar, melihatkan kepada penglibatan pelbagai komponen rangkaian dan pelanggan yang berharga. Rangkaian Teras SA, menjadi lebih rumit berbanding rangkaian Teras NSA, dengan tempoh pembinaan purata industri selama lebih sembilan bulan. Namun begitu, DITO berjaya melaksanakan projek ini, menjamin keselamatan dan kestabilan rangkaian, memupuk pengembangan perniagaan dan memanfaatkan nilai berpotensi rangkaian Teras SA menuju ke hadapan.

 

Source: DITO
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Cloud Computing / Internet of Things