omniture

LAPORAN KEMAMPANAN KE-15 FERRERO GROUP PERLIHATKAN KEMAJUAN KUKUH TATKALA SYARIKAT GIATKAN USAHA CAPAI SASARANNYA

Ferrero Group
2024-05-29 09:26 77

LUXEMBOURG, 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, Ferrero Group mengumumkan kemajuan terkini dalam perjalanan kemampanannya, menerusi keluaran Laporan Kemampanan ke-15nya.

Berpandukan kepada komitmen jangka panjang Ferrero Group untuk memberi impak positif dalam seluruh rantaian nilainya, laporan ini menunjukkan kemajuan yang besar merentas tonggak kemampanan utamanya: Melindungi Alam Sekitar, Memperoleh Ramuan Secara Bertanggungjawab, Menggalakkan Penggunaan Bertanggungjawab dan Memperkasa Kakitangan.

"Ferrero Group mengiktiraf peranan kritikal yang dimainkan oleh syarikat dalam melindungi alam semula jadi demi generasi-generasi akan datang. Kami mengesahkan sekali lagi melalui penglibatan konkrit bahawa kemampanan tertanam dalam strategi jangka panjang Ferrero. Keempat-empat tonggak rangka kerja kemampanan kami membimbing setiap keputusan strategik yang kami ambil," kata Giovanni Ferrero, Pengerusi Eksekutif Ferrero Group.

"Tatkala Ferrero berkembang dan mempelbagaikan portfolionya, kami terus menghargai perkongsian jangka panjang kami, terutamanya yang dikhususkan untuk komuniti di tempat kami beroperasi dan di tempat bahan mentah kami diperoleh. Kami percaya akan kepentingan perkongsian untuk mencapai kemajuan, untuk memajukan agenda sosial dan alam sekitar sektor kami dan akhirnya untuk mencipta nilai kemasyarakatan."

Laporan Kemampanan terkini, bagi tahun kewangan 2022/23, menonjolkan fokus berterusan Ferrero untuk memacu ketelusan yang lebih tinggi merentas rantaian bekalan ramuan terasnya, sejajar dengan pendekatan penyumberannya yang bertanggungjawab. Dalam rantaian bekalan kacang hazelnya, Ferrero kini telah mencapai 90% kebolehkesanan – peningkatan signifikan berbanding 79% yang dicapai pada tahun sebelumnya 2021/22 – dikekalkan oleh usaha berterusan olehnya bersama petani, pembekal, institusi, universiti serta pusat penyelidikan bagi menggalakkan dan berkongsi amalan pertanian lestari.

Melalui kolaborasi bersama rakan kongsi di lapangan, Ferrero juga membantu menangani cabaran rantaian bekalan yang kompleks, seperti pembasmian hutan, merentas kawasan-kawasan di tempat ia memperoleh bahan-bahannya. Sebagai contoh, menggunakan pemetaan satelit untuk membantu meningkatkan kebolehkesanan koko kembali ke tahap ladang kepada 93% pada tahun 2022/23.  Selain berusaha secara meluas dengan teknologi canggih, Ferrero merupakan ahli sekian lama World Cocoa Foundation (WCF) dan International Cocoa Initiative (ICI).

Kolaborasi juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan kemajuan untuk mengatasi punca di sebalik buruh kanak-kanak dan buruh paksa. Ferrero terus bekerjasama dengan Save the Children, bekerjasama dengan 65 komuniti di Wilayah Haut-Sassandra di Ivory Coast, salah sebuah negara penyumber utama koko, menjangkau lebih 18,000 orang. Ferrero turut bekerjasama dengan Earthworm Foundation dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) merentas rantaian bekalan minyak sawit dan kacang hazelnya masing-masing untuk membantu menyokong amalan buruh yang bertanggungjawab.

Sorotan lain daripada Laporan Kemajuan Kemampanan Ferrero Group termasuk:

  • 90.7% bungkusan Ferrero kini direka bentuk agar boleh dikitar semula, boleh diguna semula atau boleh dikompos - meningkat daripada 88.5% pada tahun 2021/22.
  • Mencapai pengurangan 20% dalam intensiti air di kilang Ferrero, melalui inisiatif pengurangan dan penggunaan semula sejak tahun asas 2017/18 (9.6% berbanding 2021/2022).
  • Projek Kinder Joy of moving melibatkan lebih daripada 60 juta kanak-kanak sejak penubuhannya pada tahun 2005 (3,4 juta kanak-kanak pada tahun 22/23 sahaja)

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Laporan Kemampanan terkini Ferrero di sini.

Latar Belakang Ferrero Group 

Ferrero memulakan perjalanannya sebagai sebuah kedai pastri di bandar kecil Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Hari ini, ia merupakan salah sebuah syarikat makanan manis bungkus yang terbesar di dunia, dengan jenama-jenama yang sangat digemari dijual di lebih 170 negara. Ferrero Group membawa kegembiraan kepada orang ramai di serata dunia dengan produk yang amat digemari termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®.

Kira-kira 47,000 pekerja bersemangat untuk membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam hidup. Budaya keluarga Ferrero Group, kini memasuki generasi ketiganya, adalah berdasarkan dedikasi terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan dan komitmen terhadap planet serta komuniti di tempat kami beroperasi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ferrero.com

Source: Ferrero Group
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Conservation/Recycling Environmental Policy Supply Chain/Logistics Cision Influencer List - ESG