XUZHOU, China, 31 Mei 2024 /PRNewswire/ -- XCMG Excavator , unit perniagaan mesin pengorek khusus daripada XCMG Machinery (SHE:000425, "XCMG"), melancarkan mesin pengorek G-series antarabangsa baharunya semasa Festival Pelanggan Antarabangsa keenam, diadakan di pangkalan pembuatan jentera mesin pengoreknya. Acara ini menandakan pelancaran hampir 30 produk inovatif dan melibatkan penghantaran besar-besaran mesin pengorek G-series antarabangsa kepada pelanggan Indonesia.
Majlis ini dihadiri hampir 400 pelanggan dan wakil media global dari pelbagai negara yang menyaksikan peristiwa penting ini.
G-series yang baru dilancarkan ini menonjolkan pencapaian penyelidikan dan pembangunan terkini XCMG yang menyasarkan pasaran luar negara. Membangun berdasarkan kejayaan mesin pengorek C-series dan D-series, XCMG terus maju dengan inovasi produk serta penambahbaikan R&D.
"Kami komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi global kami untuk meneruskan manfaat bersama dan sinergi kolaboratif, memperdalam secara berterusan kerjasama ekosistem perniagaan-penuh kami bagi mencapai penciptaan nilai bersama serta kejayaan pembangunan bersama," kata Song Zhike, Naib Presiden XCMG Machinery dan Pengurus Besar Unit Perniagaan XCMG Excavator.
Produk G-series antarabangsa telahpun mencapai kejayaan dalam lebih 50 teknologi teras, termasuk pemadanan kuasa semua-keadaan dan kawalan suap-depan PIC. Kemajuan ini meningkatkan dengan ketara kelebihan prestasi keseluruhan dalam nisbah kecekapan tenaga optimum, keandalan, kebolehkendalian, keselesaan dan kebolehsesuaian. Ciri-ciri ini bukan sahaja melangkaui jangkaan pelanggan, tetapi turut menyepadukan pemahaman yang komprehensif tentang operasi peralatan yang meningkatkan kemudahan penggunaan, keselamatan serta kecekapan.
Susulan majlis pelancaran, tetamu antarabangsa diundang untuk mengikuti lawatan secara dekat dengan barisan pengeluaran untuk produk G series antarabangsa. Zon produk tersuai yang dikhususkan untuk pelanggan serantau yang berbeza disediakan, berserta kawasan pameran didemonstrasikan secara tersuai untuk alat ganti yang ekstensif, yang memudahkan interaksi mendalam antara tetamu dan pasukan teknikal di lapangan.
Sebagai perniagaan tonggak teras untuk XCMG, ia mengkhusus untuk menyediakan penyelesaian pemandangan-dengan-produk bersepadu berserta perkhidmatan nilai kitaran hayat penuh secara global. Memandang ke hadapan, ia akan terus berkolaborasi secara erat merentas sempadan yang menyasarkan ke arah menerajui sumbangan dalam membina kluster pembuatan termaju yang bertaraf dunia dalam sektor jentera pembinaan di seluruh dunia.
Tema pelancaran G-series, Gearing Towards Future, Global Growth Together (Bersiap Sedia Menuju Masa Depn, Pertumbuhan Global Bersama-sama), merangkumi komitmen XCMG untuk menerajui kemajuan dan inovasi global dalam industri jentera pembinaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk G-Series antarabangsa, sila kunjungi https://www.xcmgglobal.com/ .