omniture

Huawei Pamer Penyelesaian Pintar di Sidang Kemuncak Rel Global Huawei 2024

Huawei
2024-06-03 08:57 28

BANGKOK, 31 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai Penaja Berlian, Huawei mempamerkan penyelesaian kereta api pintar yang terkini di Asia Pacific Rail 2024, acara teknologi rel yang paling berpengaruh di rantau ini sejak 25 tahun yang lalu. Reruai pameran Huawei menarik minat lebih 600 penggiat industri rel antarabangsa dan serantau. Semasa acara ini, Huawei turut menganjurkan Sidang Kemuncak Rel Global 2024, menghimpunkan lebih 100 peneraju industri rel, penggubal dasar, pelanggan, rakan kongsi dan penyepadu sistem untuk berkongsi amalan terbaik.

Huawei Global Rail Summit was held during the Asia Pacific Rail 2024
Huawei Global Rail Summit was held during the Asia Pacific Rail 2024

Rantau Asia-Pasifik sedang mengalami perkembangan pesat dan urbanisasi, membawa kepada permintaan yang semakin meningkat terhadap pengangkutan rel yang selamat, cekap dan lestari alam sekitar demi masa depan. Di bawah tema "Infrastruktur Utama untuk Mempercepatkan Kecerdasan Pengangkutan," pakar industri terkemuka daripada Malaysia Rail Industry Corporation, Hong Kong MTR Corporation Limited, Singapore SBS Transit Ltd, Thailand Rail Technology Research and Development Agency, Malaysia Rail Link dan Beijing Jiaxun Feihong Electrical berkongsi perjalanan transformasi digital mereka dan pengetahuan langsung yang berharga di Sidang Kemuncak Rel Global Huawei. Kertas Putih Teknikal Rangkaian Semua-Optik Rel Bandar Pintar turut dikeluarkan semasa sidang kemuncak ini, yang menerangkan secara sistematik cara menggunakan teknologi OTN termaju F5G bagi membina pangkalan rangkaian komunikasi optik yang berkualiti tinggi untuk rel bandar melalui penyelesaian pemancaran cahaya kelabu + berwarna inovatif.

Ma Yue, Naib Presiden Huawei, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Transportation BU, berkongsi dalam ucapan pembukaannya, "Kunci kepada pengangkutan pintar adalah untuk menyepadukan secara mendalam teknologi digital ke dalam senario yang berbeza berdasarkan kepada keperluan sebenar. Terdapat tiga trend utama dalam pengangkutan rel: awan dan AI akan mempercepatkan kecerdasan rel; ketersambungan generasi seterusnya akan membina asas kukuh untuk kecerdasan rel; dan kereta api akan disepadukan ke dalam pengangkutan berbilang mod, menjadikan Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS) suatu kenyataan."

"Huawei komited untuk mempercepatkan transformasi digital dan pintar dalam industri kereta api. Fokus kami bukan sahaja kepada infrastruktur dan teknologi ICT tetapi juga kepada orang ramai yang mendapat khidmat kami. Kami bermatlamat untuk menyokong pelanggan kami bagi meningkatkan pengalaman penumpang melalui pertiketan yang lancar, keselesaan yang lebih baik dan maklumat masa nyata bersama-sama rakan kongsi kami," kata Nicholas Ma, Presiden Jualan Perusahaan Huawei Asia Pasifik.

Pang Yeow Wei, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Kejuruteraan (Landasan Kereta Api Pusat Bandar), SBS Transit Ltd, berkongsi perjalanan transformasi digital SBS Transit, "Walaupun AI merupakan pemboleh yang berkuasa untuk pendekatan ini, SBS Transit dipandu oleh falsafah dan strategi bahawa AI wujud bukan untuk menggantikan kita tetapi untuk menambah dan memperkasakan kita. Dengan mengautomasikan tugas rutin dan memberikan pandangan yang berharga, AI membebaskan kita untuk memfokuskan kepada kerja kreatif, sentuhan tinggi dan bernilai tinggi yang menjadikan kita manusia."

"Infrastruktur data Hybrid Rail-Cloud MTR penting untuk melaksanakan Platform Komander Kereta Api Pintar, menyediakan pemantauan masa nyata, pengesanan anomali dan sokongan keputusan berpacukan data. Rangka kerja kecerdasan data ini berfungsi sebagai model untuk meningkatkan operasi dan penyelenggaraan melalui Kecerdasan Buatan dan Analisis Data Raya," kata Andy Pang, Pengurus Kanan Data dan Awan, MTR Corporation Limited.

Bermula daripada penyelesaian awan rel bandar dan pengangkutan penumpang pintar kepada Operasi dan Penyelenggaraan pintar (O&M) serta pengesanan perimeter kereta api, Huawei membangunkan pelbagai jenis produk dan penyelesaian untuk pengangkutan rel. Penyelesaian Perlindungan Perimeter Kereta Api Pintar yang terkini direka bentuk untuk melindungi aset kereta api dengan penderiaan berbilang dimensi, penumpuan berbilang teknologi dan AI. Ia memastikan penggera terlepas hampir sifar, penggera palsu lebih rendah dan peningkatan 50% dalam kecekapan pemeriksaan. Teknologi rel yang terkini ini dipamerkan di acara ini. Setakat kini, Huawei menyediakan perkhidmatan kepada lebih 150,000 km landasan kereta api berserta lebih 300 landasan rel bandar merentas lebih 70 bandar di seluruh dunia.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Railroads and Intermodal Transportation Transportation New products/services Trade show news