omniture

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Peabody Greg Boyce Menyeru Pemimpin Global Mengambil Teladan daripada Tiga Negara Besar APEC untuk Memperbaiki Polisi Tenaga Global

Peabody Energy
2014-11-10 13:00 113

ST. LOUIS, 10 November 2014 /PRNewswire/ -- Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peabody Energy (NYSE: BTU) Gregory H. Boyce hari ini menawarkan pelan polisi lima perkara bagi menangani keperluan serta-merta negara yang kemiskinan tenaga serta keperluan tenaga jangka panjang daripada pertumbuhan global, memetik pengajaran yang didapati daripada tiga negara besar Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Semasa perbincangan meluas dengan ketua negara dan Ketua Pegawai Eksekutif di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2014 yang bertempat di Beijing, Boyce berkata China, Australia serta Amerika Syarikat masing-masing menawarkan pengajaran polisi yang penting bagi mengurangkan kemiskinan tenaga, mencipta akses tenaga berkos rendah dan turut memperbaiki pembebasan gas.

  • China menggunakan arang untuk membebaskan 650 juta daripada kemiskinan sejak tahun 1990, pada zaman keluaran dalam negara kasar (KDNK) melonjak 850 peratus dan penggunaan tenaga elektrik yang dijana arang bertambah sebanyak lapan kali jumlah sebelumnya, kemajuan yang digelar Agensi Tenaga Antarabangsa sebagai "keajaiban ekonomi".
  • Australia melantik kerajaan baharu tahun lepas untuk tujuan khusus memansuhkan cukai karbon, yang mengakibatkan beban ekonomi lebih $100 juta setiap minggu. Pemansuhan cukai itu dijangka akan memberi penjimatan kepada keluarga tipikal sebanyak $550 setiap tahun daripada segi kos tenaga elektrik.
  • Amerika Syarikat telah mencapai penambahbaikan pembebasan tenaga yang mengagumkan melalui pelaburan anak tangga tetap dalam teknologi arang maju dan kini mempunyai antara kualiti udara terbaik di dunia. Arang yang digunakan untuk tenaga elektrik A.S. meningkat 170 peratus sejak tahun 1970, sambil KDNK meningkat dua kali jumlah sebelumnya dan kadar pembebasan gas penting per jam megawatt telah berkurang sebanyak 90 peratus.

"Memajukan perkembangan sosial dan ekonomi bagi mengurangkan ketidakadilan tenaga ialah tugas semua pemimpin global," kata Boyce. "Menamatkan kemiskinan tenaga – krisis manusia dan alam sekitar nombor satu dunia – sepatutnya menjadi keutamaan pertama kita bagi pertumbuhan terangkum serta keterhubungan serantau. Sebaik sahaja kita menyelesaikan krisis ini, keperluan kemasyarakatan kita yang lain akan lebih mudah dicapai."

Setiap hari lebih separuh daripada 7 bilion penduduk dunia bangun tidur tanpa bekalan elektrik yang mencukupi dalam kehidupan mereka. Berbilion orang bergantung pada ketuhar dalam rumah yang primitif untuk memasak dan memanaskan kediaman, tetapi asap daripada api ini merupakan pengarak penyakit usia muda dan kehilangan nyawa. Pencemaran udara dalam rumah akibat kemiskinan tenaga ialah punca kematian keempat terutama pada peringkat global.

Keperluan harian ringkas seperti bekalan air mengalir, penyimpanan makanan, menerangkan rumah serta menghasilkan kepanasan ialah keutamaan bagi keluarga tanpa kuasa yang mencukupi, kata Boyce. Memenuhi keperluan ini memerlukan jumlah tenaga yang sangat banyak: membawa negara bukan ahli Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mencapai kesetaraan dengan penggunaan tenaga per kapita yang sama dengan Kesatuan Eropah akan memerlukan lebih dua kali tenaga elektrik yang digunakan dunia hari ini.

Boyce juga berkata menangani keperluan serta-merta negara miskin tenaga mesti dijalankan seiring dengan usaha memenuhi keperluan jangka masa lebih panjang. Pertumbuhan permintaan tenaga elektrik dijangka akan meningkat hampir 70 peratus menjelang tahun 2030, berdasarkan senario polisi semasa Agensi Tenaga Antarabangsa. Ratusan juta orang dijangka akan berhijrah ke bandar yang memerlukan lebih kuasa, manakala populasi dunia pula diramal akan bertumbuh melebihi 8.3 bilion orang.

Semua bahan api diperlukan untuk menangani semua cabaran ini, kata Boyce, yang menyatakan arang kurun ke-21 akan menjadi sebahagian yang besar daripada penyelesaian itu kerana skalanya yang besar, kosnya yang rendah dan juga profil pembebasan tenaganya yang rendah.

Konsep arang kurun ke-21 telah diperkenalkan oleh kerajaan China dan Amerika Syarikat dalam konteks perkongsian antarabangsa bagi memajukan penyelesaian tenaga bersih daripada arang pada tahun 2009. Ia termasuklah penjanaan kuasa superkritikal berkecekapan tinggi serta teknologi arang canggih hari ini yang memacu pembebasan gas ultra rendah.

Arang ialah bahan api besar yang paling pantas berkembang di dunia, menurut Ulasan Statistik Tenaga Dunia BP. Arang telah mencipta akses tenaga untuk lebih 830 juta orang sejak tahun 1990, sebahagian besarnya dalam ekonomi baru muncul, berdasarkan satu kajian. Ini bersamaan dengan menyediakan akses kepada 13 kali lebih ramai orang berbanding tenaga angin dan suria.

Pendekatan yang betul, bahan api yang betul serta polisi yang betul adalah penting bagi memerangi ketidakadilan tenaga dan memperbaiki alam sekitar, kata Boyce, lalu memohon ahli APEC memainkan peranan kepimpinan dalam menyokong lima polisi keutamaan:

  1. Membangkitkan isu ketidakadilan tenaga sebagai keutamaan besar bagi polisi dan tindakan oleh ahli APEC dan negara G20.
  2. Mengiktiraf impak besar polisi tenaga ke atas semua rakyat dan kepentingan memastikan tenaga sentiasa ada dan kosnya sentiasa rendah. Sebarang saranan polisi tenaga baharu mesti menunjukkan bagaimana akses tenaga boleh ditingkatkan dan sifat mampu milik tenaga boleh diperkuat.
  3. Menerima strategi tenaga "semua di atas" sebenar yang mengiktiraf semua faedah dan had boleh hitung bagi setiap alternatif bahan api. Bagi arang, ini termasuklah teknologi superkritikal dengan kawalan pembebasan gas canggih untuk semua loji arang baharu.
  4. Menyokong pelaburan berterusan dalam teknologi arang canggih untuk meminimumkan pembebasan tenaga dan menurunkan kos.
  5. Menggalakkan pembiayaan bank pembangunan untuk meluaskan akses tenaga elektrik dalam pasaran baru muncul.

"Akses kepada tenaga elektrik bersih dan mampu milik merupakan mangkin untuk meningkatkan kehidupan berbilion orang agar menjadi lebih baik dan memanjangkan jangka hayat mereka," kata Boyce. "Kita semua mesti bekerjasama untuk memajukan penyelesaian bagi memperbaiki keadaan manusia."

Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC telah dimulakan pada tahun 1996 dan dijangka akan menarik 21 ekonomi APEC tahun ini bersama 16 negara dan rantau lain, termasuk ketua negara, Ketua Pegawai Eksekutif terkemuka serta penggubal dasar.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut untuk mengurangkan kemiskinan tenaga, meningkatkan akses kepada tenaga elektrik berkos rendah dan juga penyelesaian teknologi, layari AdvancedEnergyForLife.com serta Advanced Energy for Life melalui Facebook dan YouTube. Guna nama Twitter kami @AdvancedEnergy.

Peabody Energy merupakan syarikat arang sektor swasta terbesar dunia dan pemimpin global daripada segi perlombongan mampan, akses tenaga dan juga penyelesaian arang bersih.

HUBUNGI:
Sophie Birse
+1 (314) 308-3363

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120724/CG44353LOGO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140226/CG70548LOGO

Source: Peabody Energy
Related Stocks:
NYSE:BTU
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Trade show news