omniture

Anugerah Hadiah Built by Nature Sebanyak €500,000 kepada Inovator Pembinaan Berasaskan Biologi

Built by Nature
2024-06-04 08:00 78

AMSTERDAM, 4 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Built by Nature dengan sukacitanya mengumumkan pemenang sulung Hadiah global organisasi tersebut untuk merangsangkan pengambilan bahan binaan berasaskan biologi berinovatif, dengan hadiah pertama sebanyak €250,000 dianugerahkan kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura, Widuz untuk penyelesaian produk buluh.

Widuz mengilang BVL™, rangkaian produk biokomposit berstruktur menggunakan gentian buluh dan pelekat berasaskan biologi untuk kekuatan, ketahanan dan manfaat alam sekitar yang unggul berbanding bahan tradisional seperti konkrit dan keluli. Dengan jejak karbon sehingga 40% lebih kecil berbanding bahan konvensional, pemprosesan berpaten Widuz memastikan BVL™ mengekalkan dan meningkatkan kekuatan semula jadi buluh, menjadikannya tiga kali lebih kuat berbanding kayu balak tereka bentuk biasa dan 20% lebih ringan. Kitaran tumbesaran pantas buluh sekitar empat tahun menjadikannya lebih mudah diperbaharui berbanding kebanyakan spesies kayu balak, menangani keperluan mendesak untuk bahan mampan sambil memerangkap dan menyimpan karbon semasa buluh tumbuh.

Widuz menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi tempatan melalui kerjasama dengan ladang buluh dan kilang diperakui FSC yang menggunakan amalan pampasan adil bagi memastikan rantaian bekalan syarikat mendukung standard tanggungjawab sosial yang tinggi.

Tiga naib juara Hadiah juga akan menerima €50,000 setiap anugerah dalam bentuk pembiayaan:

  • KuNa – program adob buluh di Nicaragua dibangunkan oleh Casa Congo, menyediakan perumahan yang berpatutan, mampan dan berdaya tahan untuk komuniti dalam ekonomi baharu muncul. Menampilkan kebolehskalaan modular dan kesederhanaan teknikal, KuNa menawarkan reka bentuk yang disesuaikan mengikut keperluan perumahan berbeza, daripada tempat perlindungan kecemasan sehingga perumahan sosial.
  • Elementerre, berpangkalan di Senegal, menggunakan tanah liat dan typha (dikenali sebagai bullrush, atau cattail) untuk menghasilkan batu-bata galas beban dan papan penebatan. Menawarkan kelebihan berbanding bahan konvensional seperti konkrit dari segi jejak karbon dan prestasi terma, Elementerre memberikan penyelesaian yang berpotensi untuk menangani defisit perumahan di rantau ini sambil menggalakkan kelestarian dan penjagaan alam sekitar.
  • Sugarcrete®, dibangunkan oleh University College London, ialah bahan yang diperbuat daripada sisa tebu yang dikitar tinggi, mengubah bahan bergentian menjadi elemen bangunan yang kukuh menggunakan pengikat mineral untuk mencapai darjah kekuatan berstruktur yang berbeza. Antara penggunaan bahan ini ialah daripada pembinaan binaan baharu sehingga menaik taraf bangunan sedia ada, menawarkan sifat terma, akustik dan tahan api yang luar biasa.

Built by Nature juga telah memperuntukkan dana tambahan sebanyak €100,000 untuk program sokongan bimbingan dan perangkaian untuk semua pemenang dan peserta akhir yang terpilih.

"Apabila Built by Nature melancarkan Hadiah ini, kami tidak mengetahui perkara yang bakal kami temui, tetapi kami amat gembira apabila menerima hampir 300 penyerahan dari seluruh dunia, dengan separuh datang dari Afrika, Asia dan Amerika," menurut Paul King, Ketua Pegawai Eksekutif Built by Nature. "Hadiah ini menunjukkan bahawa kita mempunyai lebih banyak untuk dipelajari dan dikongsi, mengubah idea dan inovasi cemerlang kepada penyelesaian pembinaan rendah karbon arus perdana – satu lagi langkah ke arah alam bina yang berfungsi seiring dengan alam semula jadi.

Bahan yang dipaparkan dalam penyerahan Hadiah termasuk rumpai laut, miselium, bulu biri-biri, rami, sisa tebu dan kelapa, kayu balak sekunder, cangkerang laut dan rumpai air invasif. Lima belas peserta akhir menunjukkan prestasi tertinggi berbanding kriteria Hadiah:  mempersembahkan bahan berasaskan biologi bertujuan untuk penggunaan dalam alam bina; membuktikan bahawa produk tersebut boleh berjaya dihasilkan dengan menggunakan teknologi semasa, menunjukkan bahawa produk tersebut sudah berada di pasaran dan memberikan pendekatan yang baik untuk impak karbon, alam semula jadi dan sosial.

Maklumat Tentang Built by Nature

Built by Nature ialah organisasi bukan untung untuk rangkaian dan pemberian geran yang disokong oleh Yayasan Laudes dan Yayasan LTPP dengan misi untuk mempercepat transformasi bangunan kayu balak dan visi untuk alam bina yang berfungsi seiring dengan alam semula jadi. BbN menyokong inovator yang sedang berusaha menyahkarbonkan alam bina kita dan melindungi alam semula jadi. Dana Built by Nature memberi geran kepada projek yang dapat meningkatkan pengambilan bahan berasaskan biologi dan kayu balak mampan, serta menambah baik impak iklim masing-masing, mengatasi halangan paling mencabar. https://builtbn.org/

Built by Nature Prize Magazine: An Overview of All Winners and Finalists
Built by Nature Prize Magazine: An Overview of All Winners and Finalists

Source: Built by Nature
Keywords: Biotechnology Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues New products/services Not for profit