omniture

Peranan sepanjang zaman 'menghargai masa lalu' dialu-alukan

China Daily
2024-06-11 00:16 7

BEIJING, 11 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Laporan daripada China Daily:

Warisan sepanjang zaman tamadun-tamadun purba dihargai oleh mereka yang mencari inspirasi untuk dunia moden dan wilayah Liaoning, Timur Laut China dilihat menjadi titik permulaan yang ideal untuk penerokaan budaya sedemikian.

Liu Huiyan (far left), head of the publicity department of the CPC Liaoning Provincial Committee, and Qu Yingpu (far right), publisher and editor-in-chief of China Daily, pose for photos with speakers after presenting them keepsakes during the Vision China event in Jinzhou, Liaoning province, on Sunday. [Photo by Feng Yongbin/China Daily]
Liu Huiyan (far left), head of the publicity department of the CPC Liaoning Provincial Committee, and Qu Yingpu (far right), publisher and editor-in-chief of China Daily, pose for photos with speakers after presenting them keepsakes during the Vision China event in Jinzhou, Liaoning province, on Sunday. [Photo by Feng Yongbin/China Daily]

Daya tarikan menawan daripada warisan budaya Liaoning yang kaya dan pelbagai, dari segi sejarahnya merupakan titik persimpangan antara aktiviti menangkap ikan dan berburu, budaya pertanian dan nomad, telahpun ditunjukkan pada hari Ahad di acara Vision China di Jinzhou, Liaoning.

Dianjurkan secara bersama oleh China Daily dan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Wilayah Liaoning Parti Komunis China, acara ini menghimpunkan ahli arkeologi, ilmuwan budaya dan pengamal dari dalam dan luar negara, serta wakil belia asing di China, untuk berkongsi pengalaman serta pandangan mereka di bawah tema "Mengharga Masa Lalu, Memperkaya Masa Depan".

Qu Yingpu, penerbit dan ketua pengarang China Daily, menyatakan bahawa acara ini berperanan sebagai manifestasi konkrit dalam mempromosikan dan melaksanakan Xi Jinping Thought on Culture dengan teliti.

"Berlatarbelakangkan era yang mana perubahan secara meluas yang tidak dilihat dalam satu abad berkembang pada kadar yang dipercepat, kita perlu menceritakan kisah-kisah yang baik mengenai China dan tamadun China, serta bab gemilang mengenai laluan China menuju pemodenan, kepada dunia, berasaskan amalan yang jelas dan warisan budaya terpelbagai di daerah ini, termasuk Liaoning," kata beliau.

Liu Huiyan, ketua jabatan publisiti Jawatankuasa Wilayah Liaoning CPC, berkata bahawa penggiatan semula budaya — dalam kes Liaoning, gabungan antara pelbagai warisan bersejarah dan sumber budaya revolusioner serta perindustrian — merupakan aspek penting dalam usaha wilayah berkenaan untuk mencapai penggiatan semula yang menyeluruh.

Wilayah berkenaan mengusahakan pembangunan budaya, sukan dan pelancongan terselaras serta memperoleh kevitalan dan peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam usaha dan industri kebudayaan, tambah beliau.

Semasa pemeriksaan beliau ke Jinzhou pada Ogos 2022, Presiden Xi memujinya sebagai sebuah bandar yang sungguh berani dengan sifat budaya yang tersendiri dan warisan sejarah serta budaya yang mendalam dan beliau menyatakan keyakinan dan jangkaan terhadap penggiatan semula Timur Laut China yang menyeluruh dalam era baharu.

Setiausaha Parti Jinzhou Liu Kewu berkata acara Visi China, bagi Jinzhou, merupakan peluang untuk memberikan sokongan padu kepada penggiatan semula dan pembangunan serta menyatakan harapan untuk meningkatkan jalinan persahabatan dan kerjasama bersama pakar-pakar daripada semua lapisan masyarakat.

Chang Shana, 93, seorang ilmuwan seni Dunhuang yang disegani, menghantar video ucapan tahniah kepada acara ini, begitu juga pemain piano Lang Lang, yang dilahirkan dan dibesarkan di ibu kota wilayah Liaoning, Shenyang.

Menurut Marcella Festa, profesor madya di Sekolah Warisan Budaya di Northwest University di Xi'an, wilayah Shaanxi, usaha arkeologi baru-baru ini mendedahkan kewujudan tamadun maju di luar Dataran Tengah China dan menunjukkan hubungan yang telah lama wujud antara pelbagai wilayah Asia sejak zaman prasejarah. Menerusi projek-projek seperti Inisiatif Jalur dan Jalan, lebih banyak lagi tentang masyarakat purba ini dijangka akan dibongkar.

Zhu Yong, pengarah Institut Penyelidikan Komunikasi Kebudayaan Muzium Istana di Beijing, berkata wilayah asal beliau Liaoning, sebagai daerah integrasi budaya, membentuk etos budaya rakyat sebagai bersifat dinamik, berfikiran terbuka serta bersemangat dan budayanya menyerlah sebagai contoh hebat ciri-ciri menonjol dalam tamadun China.

Zhong Lina, dekan Institut Perancangan Pelancongan dan Kebudayaan di Beijing International Studies University, menganalisis kekayaan budaya Liaoning yang berpunca daripada lokasi pentingnya, menyatakan bahawa lawatan ke Liaoning membolehkan pelancong domestik dan asing menyaksikan imej China yang lebih jelas.

Semasa meraikan khazanah masa lalu, Steve Brown, felow penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Kreatif dan Budaya University of Canberra, turut menyeru perhatian terhadap warisan dan kisah keluarga harian yang membawa kepentingan kepada masyarakat moden, dan Erik Nilsson, seorang ekspatriat di China Daily, menekankan nilai sentuhan peribadi yang tidak boleh digantikan dengan teknologi digital dalam memulihara budaya dan meneruskan warisan menuju dekad-dekad yang akan datang.

Empat wakil belia, dari Rusia, Hungary, Belarus dan Indonesia, berkongsi pemahaman mereka mengenai pewarisan, pemeliharaan dan promosi warisan budaya semasa dialog meja bulat berikutnya.

Source: China Daily
Keywords: Art Education Higher Education Travel