omniture

Kempen #AfghanGirlsVoices Education Cannot Wait Mengetengahkan Testimoni Harapan, Keberanian dan Ketahanan Kehidupan Sebenar oleh Remaja Perempuan Afghanistan Dinafikan Hak Mereka untuk Memperoleh Pendidikan

Education Cannot Wait
2024-06-13 21:11 29

Yang Amat Berhormat Gordon Brown, Pengarah Eksekutif ECW Yasmine Sherif dan Pejuang Global ECW Somaya Faruqi memperingati hari ke-1,000 larangan pendidikan untuk remaja perempuan di Afghanistan

NEW YORK, 13 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, orang ramai di seluruh dunia memperingati peristiwa tragik bagi hak asasi manusia, kanak-kanak dan remaja perempuan: 1,000 hari sejak remaja perempuan dilarang menghadiri sekolah menengah di Afghanistan. Bagi memperingati dan merenungkan peristiwa penting yang tidak dapat diterima ini, Education Cannot Wait (ECW), sebagai dana global untuk pendidikan dalam semasa kecemasan dan krisis yang berpanjangan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melancarkan fasa kedua kempen #AfghanGirlsVoices yang menarik.

“As a global community, we must reignite our global efforts to ensure that every adolescent girl can exercise her right to an education." - Education Cannot Wait Executive Director Yasmine Sherif. Take action today by sharing your support on social media with the hashtag #AfghanGirlsVoices.
“As a global community, we must reignite our global efforts to ensure that every adolescent girl can exercise her right to an education." - Education Cannot Wait Executive Director Yasmine Sherif. Take action today by sharing your support on social media with the hashtag #AfghanGirlsVoices.

Kempen ini menampilkan karya seni, puisi, kartun dan banyak lagi yang memberikan inspirasi daripada beberapa artis terkemuka di dunia, bersama dengan petikan yang bersemangat dan menyentuh perasaan daripada remaja perempuan Afghanistan yang dinafikan hak mereka untuk memperoleh pendidikan, tetapi yang masih berpegang pada harapan bahawa hak mereka akan dipulihkan kelak.

Fasa pertama kempen #AfghanGirlsVoices dilancarkan oleh Utusan Khas PBB untuk Pendidikan Global, Yang Amat Berhormat Gordon Brown, Pengarah Eksekutif ECW, Yasmine Sherif dan Pejuang Global ECW Somaya Faruqi, bekas kapten Pasukan Robotik Remaja Perempuan Afghanistan, pada bulan Ogos 2023. Sejak pelancaran dilakukan, kempen itu telah dilihat dan disokong oleh jutaan orang ramai di seluruh dunia.

Fasa kedua ini sudah berjaya mengumpulkan pemimpin global dan penyokong terkemuka yang lain, termasuk pengarang terlaris, Khaled Hosseini (The Kite Runner) dan Christina Lamb (I Am Malala); Pejuang Global ECW dan Penyampai Utama TV Al-Jazeera, Folly Bah Thibault; Pelapor Khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di Afghanistan, Richard Bennett; Pengasas Bersama Global Citizen Mick Sheldrick; pemenang Hadiah Global Citizen 2023 dan pengasas LEARN Afghanistan, Pashtana Durrani; dan ramai lagi, termasuk beberapa aktivis wanita Afghanistan yang terkemuka.

"Dunia mesti bersatu di belakang remaja perempuan Afghanistan. Penafian hak untuk memperoleh pendidikan berkualiti ialah perbuatan keji dan menjadi pelanggaran Piagam PBB, Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak dan hak asasi manusia. Melalui kempen #AfghanGirlsVoices global, orang ramai di mana-mana sahaja boleh mendukung hak asasi manusia dan mendukung keadilan jantina dengan berkongsi kisah keberanian, harapan dan ketahanan ini," kata Yang Amat Berhormat Gordon Brown, Utusan Khas PBB untuk Pendidikan Global dan Pengerusi Kumpulan Pemandu Peringkat Tinggi ECW.

"Sebagai komuniti global, kita mesti menghidupkan semula usaha global kita bagi memastikan setiap remaja perempuan boleh menggunakan haknya untuk memperoleh pendidikan. Diskriminasi jantina tidak boleh diterima dan hanya akan menyakiti Afghanistan yang sudah musnah dilanda peperangan dan rakyat negara itu yang telah lama menderita. Hak remaja perempuan untuk memperoleh pendidikan ialah hak asasi seperti yang digariskan dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Bagi rakyat Afghanistan – lelaki, wanita, remaja perempuan dan lelaki – pendidikan remaja perempuan adalah penting bagi membina semula Afghanistan dan memastikan setiap rakyat Afghanistan menikmati hak sejagat untuk memperoleh pendidikan," kata Pengarah Eksekutif ECW Yasmine Sherif. 

"Remaja perempuan di Afghanistan kuat dan bersemangat dan mereka enggan berputus asa dan melepaskan impian mereka. Seribu hari tanpa akses kepada pendidikan ialah ketidakadilan yang teruk bagi remaja perempuan Afghanistan. Ini mesti dihentikan," kata Pejuang Global ECW, Somaya Faruqi.

Kira-kira 80% remaja perempuan dan golongan wanita muda Afghanistan yang dalam peringkat umur masih bersekolah, terpaksa berhenti sekolah dan hampir 30% remaja perempuan di Afghanistan tidak pernah memasuki pendidikan rendah, menurut UNESCO.

Dengan larangan pendidikan menengah dan tertiari remaja perempuan, nilai manfaat pendidikan dan pembangunan selama berdekad telah terhapus begitu sahaja. Antara tahun 2001 dan 2018, pendaftaran meningkat sepuluh kali ganda merentasi semua tahap pendidikan, daripada 1 juta pada tahun 2001 kepada 10 juta pada tahun 2018. Menjelang bulan Ogos 2021, 4 daripada 10 pelajar di sekolah rendah ialah perempuan. Seiring dengan lonjakan ini, pertumbuhan sosial dan ekonomi, serta penambahbaikan lain yang memberi manfaatkan manfaat kepada sebahagian besar masyarakat Afghanistan dapat dinikmati.

Perubahan dalam kepimpinan menghantar gelombang seismos merentasi semua aspek ekonomi dan masyarakat Afghanistan. Pada hari ini, 23.7 juta individu – lebih separuh daripada bilangan penduduk – memerlukan sokongan kemanusiaan segera, 6.3 juta individu kehilangan tempat tinggal dan hak asasi manusia sedang terancam. Remaja perempuan dan lelaki berisiko tinggi dengan keganasan berasaskan jantina, buruh kanak-kanak, perkahwinan awal dan pencabulan hak asasi manusia yang lain. Walaupun terdapat keperluan mendesak sebanyak $3 bilion bagi jumlah permintaan dana respons kemanusiaan, hanya $221 juta telah diterima setakat ini, menurut UNOCHA.

Sejak ECW melancarkan pelaburan di Afghanistan pada tahun 2017, Dana ini telah melaburkan sebanyak AS$88.8 juta, mencapai lebih daripada 230,000 kanak-kanak dengan sokongan pendidikan yang holistik dan berkualiti. Pelaburan berbilang tahun ECW memberikan tumpuan kepada pembelajaran berasaskan komuniti yang menjangkau kanak-kanak/remaja perempuan dan lelaki melalui pelbagai aktiviti seperti penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran, latihan guru, serta kesihatan mental dan sokongan psikososial.

Sertai kempen #AfghanGirlsVoices 
Petikan daripada penyokong kempen berprofil tinggi boleh didapati di sini.
Kit media sosial dan aset visual kempen ini boleh didapati di sini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2437363/OP3_Final.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1656121/Education_Cannot_Wait_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Education Cannot Wait
Keywords: Education Advocacy Group Opinion Children-related news Not for profit Women-related news Public Interest DEI Page