omniture

Hisense Kekalkan Penguasaan Pasaran TV Global dengan Kedudukan Teratas di Pelbagai Negara

Hisense
2024-06-21 15:07 10

QINGDAO, China, 21 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global, meraikan lapan tahun berturut-turut dalam senarai 10 Jenama Global China Teratas Kantar BrandZ™. Pengiktirafan ini menekankan komitmen global Hisense terhadap inovasi dan kecemerlangan.

Hisense TV remains global No.2 and 100" TV global No.1
Hisense TV remains global No.2 and 100" TV global No.1

Hisense mendominasi pasaran TV China, mengekalkan kedudukan No.1 bagi jualan TV selama 20 tahun berturut-turut dari tahun 2004 hingga April 2024. Selain daripada penguasaan domestik, TV Hisense mencapai bahagian volum penghantaran global sebanyak 13.6% dalam suku pertama tahun 2024, memperoleh kedudukan No.2 di seluruh dunia dari tahun 2022 hingga S1 2024. Syarikat ini turut menerajui di peringkat global bagi volum penghantaran TV 100-inci, volum penghantaran TV laser dan bilangan paten TV Laser TriChroma.

TV Hisense telahpun menunjukkan prestasi yang luar biasa merentas pelbagai pasaran antarabangsa. Dari bulan Januari hingga April 2024, TV Hisense memegang bahagian pasaran teratas di Australia dan Afrika Selatan serta kedudukan kedua di Kanada dan Mexico.

Didorong oleh cita-cita 'Jangan Sekali-kali Berpuas Hati dengan No.2 Secara Global', usaha tanpa henti oleh Hisense terhadap kualiti, inovasi dan kepuasan pelanggan terus membezakannya, seterusnya mengukuhkan kedudukan utamanya dalam pasaran global.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail