omniture

Wrapsody Jadikan Perjalanan Penghijrahan Data Awan Ringkas, Lancar, Selamat dan Patuh

Fasoo
2024-07-01 08:00 6

SEOUL, Korea Selatan, 1 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Fasoo, peneraju bagi keselamatan berpusatkan data, dengan bangganya menonjolkan kejayaan berterusan dan kemajuan inovatif Wrapsody, penyelesaian semua-dalam-satu untuk pengurusan, tadbir urus serta keselamatan data. Dibangunkan bagi memudahkan penghijrahan data awan yang lancar untuk perusahaan, Wrapsody menawarkan penyelesaian sandaran dan penghijrahan berpusatkan kandungan yang automatik untuk memastikan perusahaan meningkatkan tadbir urus data dan strategi keselamatan mereka.

"Wrapsody merupakan pengubah keadaan untuk perniagaan yang menghadapi proses kompleks dalam penghijrahan awan dan cabaran pematuhan," kata Jason Sohn, Pengarah Urusan Eksekutif di Fasoo. "Penyelesaian semua-dalam-satu ini akan membantu organisasi-organisasi memudahkan pengurusan data dan meningkatkan kecekapan operasi sementara semua aset maklumat dilindungi."

Wrapsody memanfaatkan teknologi virtualisasi untuk memindahkan kandungan ke awan dengan mudah sekali gus mengekalkan kawalan data. Setiap dokumen mengandungi ID kekal (PID) unik untuk memastikan keterlihatan lengkap dan menjadikannya mudah untuk mengenal pasti dan mengesan fail semasa dan selepas penghijrahan. Wrapsody menyokong penyegerakan masa nyata, sandaran automatik dan kawalan versi, mengurangkan risiko kehilangan serta lewahan data. Dengan kawalan akses peringkat kandungan, hanya pengguna yang diberi kebenaran boleh mengakses maklumat sensitif, memastikan pematuhan peraturan dan keselamatan data. Ciri-ciri ini meningkatkan integriti data dan menyelaraskan pengurusan pematuhan, seterusnya menyediakan penyelesaian termaju untuk keperluan keselamatan dan kawal selia perusahaan.

Ciri-ciri utama Wrapsody termasuk:

  • Virtualisasi Kandungan: Wrapsody memayakan semua dokumen, membolehkan pengguna mencarinya dengan mudah pada bila-bila masa yang mereka mahukan dan di mana-mana sahaja mereka menetap.
  • Sandaran Automatik dan Kawalan Versi: Wrapsody mengautomasikan sandaran data dan kawalan versi, membebaskan pengguna daripada kebimbangan mengenai kehilangan data dan memastikan ketersediaan versi dokumen yang paling terkini.
  • Kawalan Akses Peringkat-Kandungan: Dengan penyulitan termaju dan kawalan capaian, Wrapsody memastikan bahawa hanya pengguna yang diberi kebenaran boleh melihat atau mengedit fail, seterusnya memperkukuh keselamatan data dan pematuhan piawaian kawal selia.
  • Data Sedia-AI: Wrapsody memanfaatkan teknologi berasaskan-ML untuk mengklasifikasikan dan meminimumkan ROT (lewah, lapuk dan remeh) dan data gelap, meningkatkan kualiti data serta memudahkan penggunaan AI generatif yang lebih cekap.
  • Pembantu Data Berkuasa-AI: Wrapsody meningkatkan produktiviti dengan ringkasan dokumen berkuasa-A, carian semantik serta ciri-ciri Soal Jawab.

Untuk butiran lanjut mengenai Wrapsody, sila kunjungi https://en.fasoo.com/products/wrapsody/.

Latar Belakang Fasoo:

Fasoo menyediakan platform keselamatan data tidak berstruktur, privasi dan kandungan perusahaan yang melindungi, mengawal, menjejak, menganalisis dan berkongsi secara selamat maklumat perniagaan yang kritikal sekali gus meningkatkan produktiviti. Fokus berterusan Fasoo ke atas inovasi dan kreativiti pelanggan menyediakan penyelesaian yang utama dalam pasaran untuk cabaran yang dihadapi oleh organisasi-organisasi daripada semua saiz dan industri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.fasoo.com.

Hubungan Media

Jungyeon Lim
Perhubungan Awam
jungyeon@fasoo.com

Source: Fasoo
Related Stocks:
Korea:150900
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Data Analytics Cloud Computing / Internet of Things