omniture

Forum Kerjasama Dan Pembangunan Kenderaan Tenaga Baharu Global Pertama (GNEV2024) Diadakan di Singapura mulai 27 hingga 28 Jun

GREEM
2024-07-03 05:40 28

BEIJING, 3 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Forum Kerjasama Dan Pembangunan Kenderaan Tenaga Baharu Global pertama (GNEV2024), dianjurkan oleh Global Renewable Energy & Electric Mobility (GREEM dalam persediaan), diadakan dengan jayanya di Singapura mulai 27 hingga 28 Jun. Ia menghimpunkan beratus-ratus hadirin, termasuk pemimpin kerajaan dari pelbagai negara, organisasi antarabangsa, ketua badan industri, ahli akademik, pakar serta wakil perusahaan yang berkaitan dalam seluruh rantaian industri ini.

Dengan fokus kepada kerjasama yang saling menguntungkan dalam industri NEV global, mereka membincangkan cara untuk menavigasi pembangunan industri automotif hijau, rendah karbon dan pintar, seterusnya memupuk rangka kerja yang amat berciri antarabangsa demi keterbukaan dan kerjasama.

Forum ini disokong oleh GlobalFoundries dan bekerjasama dengan China EV100, REPT BATTERO, Feishu, Jingneng New Energy Technology, BYD, AAC Technologies, CUSC dan Gotion High-Tech.


Pada forum peringkat tinggi bertarikh 28 Jun, pegawai kerajaan, pakar dan ahli profesional industri berkongsi pandangan mengenai pembangunan NEV global dan trend inovasi.

Jeneral (bersara.) Dr. Moeldoko, Pengerusi PERIKLINDO (Persatuan Industri Kenderaan Elektrik Indonesia) dan Ketua Staf Presiden Republik Indonesia, menekankan rizab nikel dan bahan mentah lain dari Indonesia yang banyak serta amat penting untuk EV dan dasar sokongan bagi mempercepatkan pembangunan industri bateri kuasa dan EV. Dengan mengambil kira kelebihan kompetitif dalam pembangunan EV ini, negara ini akan menumpukan usaha yang selanjutnya bagi membangunkan infrastruktur pengecasan.

Dusit Anantarak, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pejabat Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian (Thailand), juga yakin tentang pasaran EV masa depan. Beliau menyatakan bahawa untuk mencapai matlamat pembangunan mampan, Thailand memperkenalkan strategi pembangunan pada tahun 2017 untuk kenderaan generasi akan datang, yang mencakupi HEV, PHEV, EV dan FCEV. Negara ini berusaha untuk membangun sebagai pangkalan pengeluaran automotif di Asia.

Sebagai hab pembuatan di Asia Tenggara, Malaysia menyasarkan untuk mengambil manfaat daripada pembangunan EV. Vinothan Tulisi Nathzan, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Singapura, menyatakan bahawa Malaysia memperkenalkan strategi pembangunan yang berkaitan dengan matlamat untuk menjadi hab serantau bagi pembuatan EV. Insentif yang berkaitan untuk pembangunan infrastruktur pengecasan EV telahpun dilaksanakan bagi menggalakkan penerimaan EV yang meluas dan pengurangan emisi karbon dalam sektor pengangkutan.

C.C. Chan, Ahli Akademik Chinese Academy of Engineering dan Felow Royal Academy of Engineering, U.K memuji dasar pelbagai kerajaan untuk pembangunan NEV. Beliau menekankan kepentingan kemajuan serentak dalam dasar dan teknologi, serta peranan kritikal inovasi teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Masa depan akan menyaksikan penggunaan meluas infrastruktur pengecasan, kemajuan dalam teknologi bateri serta penyepaduan teknologi pemanduan autonomi.

"Kadar penembusan kenderaan penumpang tenaga baharu dijangka mencapai 50% menjelang tahun 2030," kata Zhang Yongwei, Naib Presiden dan Setiausaha Agung China EV100. Beliau menekankan trend pembangunan NEV global yang cerah masa depannya yang berlatarbelakangkan keperluan pembangunan hijau dan tindakan iklim yang semakin mendesak. Negara-negara di seluruh dunia mengutamakan pembangunan NEV sebagai kaedah yang penting untuk mengurangkan emisi karbon dalam pengangkutan. Sektor NEV global mengalami pembangunan yang dipercepatkan dalam tiga aspek: pengembangan pasaran, lelaran teknologi dan evolusi fungsi.

Mike Cadigan, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan GlobalFoundries, menekankan potensi pasaran EV yang besar dan tulen. Beliau meramalkan bahawa menjelang tahun 2030, dipacu oleh pertumbuhan pesat dalam industri automotif dan industri-industri berkaitan, pasaran semikonduktor global diunjurkan melebihi USD 1 trilion. Ekosistem semikonduktor GlobalFoundries, yang dibangunkan selama lebih sedekad lamanya, kini mencakupi seluruh dunia dalam perkhidmatan faundri.

Xie Xin, Ketua Pegawai Eksekutif Feishu, sebuah platform kolaborasi dan pengurusan perusahaan termaju, mengambil maklum cabaran pematuhan yang tidak dapat dielakkan untuk perusahaan yang meneroka pasaran antarabangsa. Sesetengah perusahaan bergelut dengan hal ini walaupun belum mencapai keuntungan. Melalui pengalaman khidmat pelanggan jangka panjang, Xie mengenal pasti keperluan yang jelas untuk perusahaan dalam bidang seperti privasi dan sekuriti data, pemindahan data rentas sempadan dan pengekalan data apabila berkembang di peringkat global. Feishu membangunkan pelbagai penyelesaian untuk membantu perusahaan memenuhi keperluan pematuhan ini dengan berkesan.

Sun Maojian, Naib Pengerusi Hunan Jigneng New Energy Technology Co., Ltd. menyatakan bahawa perkembangan industri EV memacu globalisasi pengecasan EV dan infrastruktur penukaran bateri. Sebagai pengeluar peralatan pengecasan dan penyedia penyelesaian, Jingneng New Energy Technology bermatlamat untuk berkolaborasi bersama perusahaan di seluruh dunia untuk berkongsi teknologi teras.

Para hadirin memberi pujian tinggi keupayaan teknikal GlobalFoundries selepas mengadakan lawatan ke fabnya di Singapura pada pagi 27 Jun sebelum berlangsungnya forum ini.


Tiga seminar dengan tema yang berbeza diadakan secara serentak semasa forum ini, termasuk Majlis Perasmian Seminar Dasar dan Pembangunan GREEM dan Industri NEV Global, Seminar Pembangunan Terselaras Rantaian Industri NEV Global dan Seminar ASEAN-China bagi Pembinaan Ekosistem NEV.

Para hadirin di GNEV2024 bersetuju bahawa perusahaan automotif harus mengukuhkan kerjasama untuk menggalakkan pembangunan inovatif industri NEV global secara bersama, seterusnya memajukan peralihan industri automotif global yang hijau, rendah karbon dan pintar.

Source: GREEM
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities Trade show news