omniture

Docquity mempercepatkan pertumbuhan untuk pengedar multivitamin pediatrik Green Nature Farm di Indonesia

Docquity
2024-07-04 10:00 38
  • GNF memanfaatkan pengaruh Awareness to Advocacy (A2A) Program Docquity dan perkongsian tempatan untuk membina hubungan HCP dan meluaskan pengedaran  ke seluruh Indonesia selama tujuh tahun
  • GNF mencapai 20% daripada sasaran jangkauan doktor keseluruhannya dalam masa hanya sebulan sejak perkongsian bermula

JAKARTA, Indonesia, 04 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Docquity, komuniti profesional penjagaan kesihatan (HCP) terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan kolaborasi strategik selama tujuh tahun  bersama P.T. Green Nature Farm (GNF), rakan pengedaran Indonesia bagi peneraju penjagaan kesihatan Korea Cho-A Pharmaceutical, untuk meningkatkan pertumbuhan pasaran rangkaian multivitamin pediatriknya di Indonesia.

Awareness to Advocacy (A2A) Program proprietari daripada Docquity melengkapkan GNF dengan rangkaian penyelesaian yang komprehensif untuk memacu pendidikan HCP melalui jangkauan omnisaluran dan menjana  capaian  HCP melalui wakil perubatan (MR) dalam talian dan luar talian. Untuk memperluaskan keupayaan program dengan sokongan penyumberluaran komersial, Docquity menghubungkan GNF dengan rakan kongsi tempatan untuk meluaskan rangkaian pengedaran jualannya ke seluruh negara. Dengan objektif untuk berhubung dengan lebih 7,600 HCP (pakar pediatrik dan pengamal perubatan umum) di Indonesia sepanjang tujuh tahun, GNF telahpun mencapai 20% daripada matlamatnya dalam masa hanya sebulan sejak perkongsian bermula.

Sejak tahun 2021, GNF mendapat kelulusan dan lesen di Indonesia untuk, mempromosikan multivitamin pediatrik Cho A  terus kepada pesakit melalui rangkaian farmasi dan platform dalam talian. Walau bagaimanapun, sebelum ini produknya hanya tersedia di satu wilayah di Indonesia dan pertumbuhan pasaran yang selanjutnya dikekang oleh kekurangan pasukan  jualan yang berdedikasi dan pencapaian terhad kepada doktor serta organisasi perubatan.

"Sebagai komuniti HCP terbesar di Indonesia, Docquity merupakan rakan kongsi inovatif yang mempunyai kedudukan unik untuk membantu kami mencapai sasaran doktor kami dengan berkesan, secara dalam talian dan luar talian. Ia berfungsi sebagai 'kedai sehenti' yang memberi impak untuk memupuk hubungan HCP yang betul dan mengukuhkan ketersediaan produk kami di seluruh negara ini. Ini  memainkan peranan penting dalam  memastikan nutrien penting lebih mudah diakses  oleh kanak-kanak yang paling memerlukannya," kata Aningsih, Director, PT. Green Nature Farm (GNF).

Memupuk Hubungan HCP Bermakna

A2A Program Docquity memanfaatkan pemahaman rangkaian HCP yang mendalam dan penyelesaian omnisaluran yang mantap untuk membina pengiktirafan dan kepercayaan jenama secara langsung dalam kalangan HCP sasaran GNF di Indonesia. Docquity membangunkan dan menyampaikan kandungan pendidikan saintifik yang sesuai melalui platformnya serta pelbagai saluran digital, dan HCP yang menyatakan minat terhadap penglibatan yang selanjutnya kemudian dihubungi oleh MR yang boleh berinteraksi dengan mereka secara dalam talian atau luar talian berdasarkan pilihan mereka. Docquity menjejaki interaksi pengguna dan mengoptimumkan strategi pada masa nyata, memantau impak perniagaan kempen melalui metrik proprietari Hasrat untuk Mempreskripsi (ITP) .

Penembusan Pasaran Semakin Meningkat di seluruh Indonesia

Docquity turut berkolaborasi dengan pengedar tempatan untuk memastikan ketersediaan produk di hospital, klinik dan rangkaian farmasi seluruh negara, mengoptimumkan rantaian bekalan GNF serta meningkatkan jejaknya di seluruh  nusantara ini.

"Awareness to Advocacy Program Docquity dan perkongsian tempatan yang kukuh membolehkan kami menyediakan sokongan keseluruhan jualan dan pemasaran  untuk syarikat-syarikat penjagaan kesihatan yang ingin membina kehadiran mereka di Asia Tenggara. Bermula daripada kempen omnisaluran berpandukan data hingga memupuk hubungan HCP serta memastikan akses produk yang cekap merentas pasaran, kami memperkasa syarikat-syarikat penjagaan kesihatan untuk mencapai sasaran pertumbuhan mereka dan meningkatkan hasil penjagaan kesihatan dalam pasaran yang mendapat khidmat kami," kata Christophe Meugnier, Ketua Pegawai Komersial, Docquity.

Latar Belakang Docquity, https://docquity.com/

Docquity ialah komuniti dipercayai yang terbesar di Asia Tenggara merangkumi golongan profesional penjagaan kesihatan yang disahkan. Visi kami adalah untuk menghubungkan golongan profesional penjagaan kesihatan bagi membina kehidupan yang lebih sihat di serata dunia secara meluas. Docquity membantu golongan profesional penjagaan kesihatan belajar, berhubung dan berkembang, serta bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mendekati dan mendidik golongan profesional penjagaan kesihatan serta memberi pemahaman mengenainya.

Docquity memiliki lebih daripada 410,000 HCP pada platform ini dan pejabat-pejabat di India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan wilayah Taiwan.

Source: Docquity
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Children-related news DEI Page