omniture

CGTN: 'keluarga besar' SCO berkembang, buka lembaran kerjasama baharu

CGTN
2024-07-08 07:20 191

BEIJING, 8 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Majlis perasmian Laluan Pengangkutan Antarabangsa Trans-Caspian telahpun diadakan di Kazakhstan pada hari Rabu, menandakan penampilan sulung trak Cina yang menggunakan laluan pengangkutan jalan raya untuk sampai ke Laut Caspian.

Sebelum itu, kereta api pengangkut China-Eropah yang berasal dari China dan menyeberangi Laut Caspian telahpun mengekalkan operasi yang lancar selama dua tahun. Kini, rangkaian komprehensif berbilang-dimensi yang mengintegrasikan pengangkutan jalan raya, rel, udara dan saluran paip diwujudkan.

Sebagai dua ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), projek antara China dan Kazakhstan memaparkan Shanghai Spirit (Semangat Shanghai), yang membawakan sikap saling mempercayai, faedah bersama, kesamaan, perundingan, menghormati kepelbagaian tamadun dan usaha mencapai pembangunan bersama.

Daya tarikan Shanghai Spirit terus meningkat tatkala Belarus menyertai secara rasmi SCO semasa Mesyuarat Majlis Ketua-ketua Negara SCO ke-24 di Astana pada hari Khamis, menjadi negara anggota ke-10.

Membina dunia keselamatan sejagat

Semasa sidang kemuncak SCO, Presiden China Xi Jinping menggesa negara-negara anggota untuk memastikan keselamatan dalam menghadapi ancaman sebenar daripada mentaliti Perang Dingin, menangani cabaran keselamatan yang rumit dan saling berkaitan melalui dialog dan penyelarasan, serta bertindak balas terhadap landskap antarabangsa yang berubah-ubah menerusi pendekatan yang saling menguntungkan demi membina dunia dengan keamanan yang berkekalan dan keselamatan sejagat.

Ahli-ahli SCO menerima pakai Deklarasi Astana dan mereka berikrar untuk meneruskan kerjasama memerangi keganasan dan membanteras pengedaran dadah serta jenayah terancang rentas negara.

Ahli-ahli turut menyeru negara-negara anggota PBB untuk melaksanakan gencatan senjata am dan lengkap di bawah kawalan antarabangsa yang berkesan, menyatukan rejim pengawalan senjata nuklear global dan menentang perlumbaan senjata di angkasa lepas, menurut inisiatif yang menyeru solidariti antara negara-negara bagi mendorong keadilan, keharmonian dan pembangunan dunia yang dikeluarkan pada Khamis.

Mereka berkata dalam satu kenyataan bahawa risiko dan cabaran keselamatan semasa adalah bersifat global dan hanya boleh diselesaikan melalui pembinaan dunia multipolar, penambahbaikan tadbir urus ekonomi global dan usaha terselaras bagi menangani kedua-dua ancaman keselamatan konvensional dan bukan konvensional.

"Keselamatan sebenar hanya dapat direalisasikan apabila setiap negara selamat," kata Xi ketika menghadiri mesyuarat "SCO Plus" pada hari Khamis.

Kerjasama yang saling bermanfaat

Xi turut menyatakan di sidang kemuncak SCO bahawa negara-negara anggota harus mematuhi faedah bersama dan keterangkuman, memastikan rantaian perindustrian dan bekalan stabil dan lancar, merangsang dorongan dalaman ekonomi serantau dan berusaha ke arah mencapai matlamat pembangunan bersama.

China telahpun mendorong kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota SCO dan mencadangkan inisiatif seperti Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) bagi menggalakkan pembangunan bersama.

Projek landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan menandakan projek penting daripada BRI serta langkah untuk meningkatkan keterhubungan dan perdagangan antara ahli-ahli SCO. Ketiga-tiga negara ini menandatangani perjanjian antara kerajaan berhubung projek ini pada bulan Jun.

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev berkata bahawa landasan kereta api ini akan menjadi laluan darat paling dekat yang menghubungkan China dan negara-negara Asia Tengah apabila mengucapkan tahniah atas penandatanganan ini melalui pautan video. Ia juga akan membuka pasaran besar di Asia Selatan dan Timur Tengah, memanfaatkan kerjasama antara negara-negara serantau dan China, tambah beliau.

Landasan kereta api ini akan bermula di Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China dan memasuki wilayah Uzbekistan melalui Kyrgyzstan. Pada masa depan, ia boleh berkembang ke Asia Barat dan Asia Selatan.

Ahli-ahli SCO menyatakan dalam inisiatif yang dikeluarkan pada hari Khamis bahawa penting untuk terus mempertahankan dan mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, telus, saksama, inklusif dan tidak diskriminasi bagi menggalakkan pembinaan ekonomi dunia terbuka.

Meliputi lebih 60 peratus daripada benua Eurasia dan hampir separuh daripada penduduk dunia, SCO akan menyediakan peluang yang strategik untuk koridor pengangkutan darat dan laut serantau bagi memainkan peranan, menurut inisiatif berkenaan.

https://news.cgtn.com/news/2024-07-04/SCO-s-big-family-expands-ushers-in-new-chapter-of-cooperation-1uY3mn92PbG/p.html 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Transportation