omniture

GEN Z AMBIL LANGKAH PROAKTIF TANGANI ISU KESIHATAN MENTAL

Scape Australia
2024-07-09 20:08 82

Namun begitu keyakinan tubuh belia, ADHD dan ketiadaan hala tuju umum agak tinggi menurut penyelidikan baharu 

SYDNEY, 9 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Lebih daripada separuh Gen Z semakin mencari terapi kesihatan mental yang menandakan bahawa sokongan diperlukan untuk seluruh generasi warga Australia yang dilanda masalah kebimbangan dan kemurungan, menurut kajian kesejahteraan belia negara yang dijalankan oleh platform penglibatan belia digital Year13, melalui perkongsian bersama Scape, pemilik dan pengendali bagi penginapan pelajar dibina khas (PBSA) Australia yang terbesar. Penyelidikan baharu ini turut mendedahkan kadar yang semakin meningkat bagi dismorfia tubuh (21%) dan ADHD (27%) dalam kalangan belia Australia serta kekecewaan mereka terhadap masa depan umumnya, dengan 65% menyatakan mereka tidak mempunyai tujuan. Walau bagaimanapun, secara positifnya didapati bahawa secara keseluruhan, 53% daripada belia berumur 18-24 tahun pernah menjalani terapi kesihatan mental, menunjukkan mereka mengambil langkah yang proaktif untuk memenuhi keperluan kesejahteraan mental mereka.


Dijalankan pada Mei 2024, Indeks Kesejahteraan Gen Z 2024, meninjau kesihatan mental, senaman, tidur dan corak pemakanan lebih daripada 2,000 anak muda Australia dan 1,000 penghuni Scape yang berumur antara 18 hingga 24 tahun - mewakili demografi belia yang telah menamatkan persekolahan dan menjejaki kemajuan yang dibuat sejak pelancarannya pada tahun 2023. Keputusan dalam laporan ini membolehkan Scape membandingkan kesejahteraan penghuni pelajarnya dengan kesejahteraan anak muda di peringkat kebangsaan, yang mana masing-masing terlibat dalam soal selidik kesejahteraan yang sama secara serentak, dengan keputusan menunjukkan bahawa anak muda yang tinggal dengan Scape menunjukkan prestasi yang lebih baik secara purata berbanding anak muda Australia umumnya.

Kajian tahun 2024 ini mendedahkan bahawa lebih daripada dua pertiga anak muda Australia mengatakan mereka tidak cukup tidur (69%), lebih separuh mengatakan mereka mengalami masalah kebimbangan (56%), dua dalam lima mengatakan mereka mengalami kesukaran untuk berkawan (40%) sementara satu pertiga berasa sunyi (35%) dan secara keseluruhan, hampir separuh menyebut kesihatan mental mereka sebagai hanya baik atau tidak baik (43%).

Penyelidikan ini turut mendapati kira-kira dua pertiga daripada anak muda Australia mengatakan mereka tidak menghabiskan masa yang cukup di luar (67%), mereka tidak makan makanan sihat yang mencukupi (64%) dan mereka tidak cukup aktif secara fizikal (61%). Kira-kira separuh daripada anak muda juga mengatakan mereka tidak cukup berhubung dengan rakan-rakan (49%) atau bersama keluarga (46%).

Pengaruh negatif yang utama ke atas kesejahteraan belia pada tahun 2024 juga telah ditemui dengan lebih separuh daripada anak muda Australia mengatakan memikirkan masa depan mereka (56%), tahap keletihan/tenaga (56%), kos sara hidup yang semakin meningkat (53%) dan lesu upaya (51%) memberi impak negatif kepada kesejahteraan mereka.

Dua perlima daripada anak muda Australia juga mendedahkan mereka mengalami rasa rendah diri (43%), imej badan yang kurang baik (41%) dan kebimbangan sosial (40%), manakala lebih daripada satu pertiga mengatakan mereka mengalami kemurungan (35%).

Apabila melibatkan isu-isu besar yang membimbangkan pada hari ini, lebih daripada separuh anak muda mengatakan keganasan terhadap wanita (53%) merupakan isu yang membimbangkan mereka, menjadikannya isu ketiga terbesar yang dibimbangkan oleh Gen Z selepas kos sara hidup (77%) dan kemampuan perumahan/sewa (63%) dan ke atas perubahan iklim (49%).

Mengulas mengenai penemuan ini, Pengasas Bersama Year13, Will Stubley berkata: "Memahami cabaran paling mendesak yang dihadapi oleh anak muda Australia menyokong keupayaan kita sebagai sebuah negara untuk memberi sokongan sebenar dan bermakna kepada golongan muda. Apa yang jelas ialah kita mempunyai seluruh generasi yang memerlukan sokongan kesejahteraan yang berterusan dan bantuan dengan strategi kesejahteraan yang boleh diambil tindakan serta pembinaan daya tahan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia."

"Ukuran kesejahteraan belia tahunan kami dapat membantu memberikan pandangan tentang cabaran dan kejayaan mereka bagi menonjolkan aspek-aspek kebimbangan utama yang perlu ditangani agar kita dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anak muda Australia dan negara Australia secara keseluruhannya," tambah beliau.

Menyokong manfaat penginapan pelajar yang dibina khas, keputusan Indeks Kesejahteraan Gen Z 2024 jelas lebih positif untuk anak muda yang tinggal di bangunan Scape, menunjukkan bahawa berpindah keluar dari rumah ke penginapan pelajar khusus dengan langkah-langkah kesejahteraan proaktif dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan belia keseluruhan.

Sebagai contoh, pelajar Scape melaporkan dapat berhubung lebih baik, menyatakan bahawa mereka kesihatan sosial yang sangat baik (17% berbanding purata negara sebanyak 13%), rasa penyertaan dan kekitaan (77% berbanding 69%) dan berasa jauh lebih baik dari segi kesejahteraan keseluruhan mereka, dengan kurang berasa cemas (35% berbanding 56%), murung (17% berbanding 35%), sunyi (25% berbanding 35%) atau rasa kebimbangan sosial (24% berbanding 40%).

Sepanjang tahun lalu, kemajuan yang signifikan untuk memenuhi keperluan kesejahteraan Gen Z telahpun dibuat oleh Scape bagi menyokong pengalaman holistik keseluruhan pelajar dan kesejahteraan penghuni, termasuk pelaksanaan program seperti Safe TALK, siri bengkel pencegahan bunuh diri rakan ke rakan eksklusif untuk penghuni Scape dan bengkel Velocity Empowerment, yang memfokuskan untuk memupuk hubungan fizikal, emosi dan mental yang sihat.

Bagi meningkatkan hubungan sosial dan komuniti, pemacu utama untuk Gen Z, Scape turut mewujudkan dan menyampaikan lebih daripada 500 acara pelajar yang dihadiri oleh lebih 10,000 pelajar dalam separuh pertama tahun 2024 sahaja, dengan peningkatan 533% berbanding tahun sebelumnya yang mengejutkan dari segi penggunaan Safety & Wellbeing App khusus Scape oleh Sonder, yang menarik minat lebih ramai penghuni berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Scape Australia Anouk Darling berkata, "Keputusan daripada Indeks Kesejahteraan 2024 benar-benar memperkukuh tujuan yang disengajakan dalam setiap langkah yang kami ambil di Scape dan demi kebaikan pelajar kami yang menganggap Scape sebagai tempat tinggal. Bilamana Gen Z menghadapi perubahan dunia di sekeliling mereka pada zaman yang penuh cabaran yang tidak pernah terjadi sebelum ini dan merasa lemah dan tertekan, kami menyediakan tempat berlindung yang selamat – tempat yang boleh digelar sebagai rumah, bahkan tempat untuk menjalani kehidupan dengan baik. Kami menyediakan pelbagai program, bermula daripada kursus kesejahteraan hingga kecergasan dan pemakanan, kami menyediakan makanan dan zon bersantai serta kemudahan yang dapat membantu penghuni kami berkembang maju."

"Mereka tidur lebih nyenyak, kesihatan mental mereka dalam keadaan lebih baik, mereka lebih terhubung dan mereka juga mendapat tenaga dengan makanan yang berkhasiat setiap hari. Penemuan penyelidikan ini merupakan titik bukti selanjutnya bahawa penginapan pelajar yang dibina khas, apabila dilakukan dengan betul, benar-benar dapat mengubah kehidupan seorang anak muda menjadi lebih baik," tambah beliau.

Untuk membaca Indeks Kesejahteraan Gen Z 2024 penuh, sila kunjungi: https://www.scape.com.au/genzwellbeingindex/ 

Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon imej, sila hubungi Cassette PR:
Claire Pope Perunding Kanan claire.p@cassette.com.au 0422 227 894
Merilla Colovic Pengarah Strategi – Property PR merilla@cassette.com.au 0405 435 248
Ian Walker Pengurus PR, Year 13 ian@year13.com.au 0401 855 086
Annie Mulders National Partnerships annie.mulders@year13.com.au 0418449711
Pengarah, Year13

LATAR BELAKANG SCAPE AUSTRALIA 

Scape dilancarkan di Australia pada tahun 2014 dan sejak itu menjadi pemilik dan pengendali penginapan pelajar bina khas (PBSA) yang terbesar. Scape mempunyai lebih 17,000 katil di 36 bangunan merentas empat presint pendidikan utama AustraliaSydney, Melbourne, Brisbane dan Adelaide – serta lapan bangunan dalam peringkat perancangan dan pembangunan, yang akan menjadikan portfolio ini memiliki 22,000 katil menjelang tahun 2025.

Scape menggaji lebih daripada 700 orang dan merupakan pelabur terbesar dalam sektor pendidikan tinggi Australia, dengan modal sebanyak $8 bilion (AUD) diberikan sejak tahun 2018.

LATAR BELAKANG YEAR13 

Ditubuhkan pada tahun 2011, Year13 ialah teknologi pendidikan (Ed-Tech) dan penerbit yang tujuannya adalah untuk menyokong anak muda menjalani kehidupan yang lebih bahagia, lebih sihat dan lebih memberi kepuasan, serta misinya adalah untuk menaik taraf peralihan sekolah-kepada-kerja. Platform kerjaya Year13 Career Tools ialah platform peralihan sekolah kepada kerja terbesar Australia, dengan lebih 1250 sekolah melanggan. Pada tahun 2023, Year13 memperoleh Good Education Group, platform pendidikan sekolah K-12, universiti, TAFE dan Organisasi Latihan Berdaftar yang paling komprehensif di Australia untuk bakal pelajar dan ibu bapa.

LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN 

Jumlah respons negara: 2,091 dengan 48% perempuan dan 49% lelaki. Jumlah respons daripada Scape: 1,421 dengan 61% perempuan dan 36% lelaki.

Source: Scape Australia
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Health Care/Hospital Mental Health Real Estate Survey, Polls & Research