omniture

CGTN: Mengapa reformasi mendalam sangat penting untuk China?

CGTN
2024-07-18 06:04 18

BEIJING, 18 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Di Muzium Negara China, terdapat koleksi khas yang terdiri daripada 109 materai rasmi. Materai-materai ini berasal dari Kawasan Baharu Binhai di Perbandaran Tianjin dan dihapuskan pada tahun 2014 selepas kerajaan tempatan menubuhkan biro pemeriksaan dan kelulusan pentadbiran serta menggabungkan ratusan unit pemeriksaan dan kelulusan ke dalam satu jabatan, menggantikan 109 materai rasmi dengan satu materai rasmi.

Pada tahun 2014, walaupun konsep membina ekonomi pasaran sosialis telah diperkenalkan lebih dari dua dekad lebih awal, kelangsungan perniagaan masih merupakan usaha yang mencabar. Seorang penggubal undang-undang dari Kongres Rakyat Perbandaran Tianjin mendedahkan bahawa satu projek pelaburan, bermula dengan pemerolehan tanah hinggalah menyelesaikan semua prosedur kelulusan pentadbiran, memerlukan lebih daripada 30 kelulusan kerajaan dan lebih daripada 100 materai. Keseluruhan proses mengambil sekurang-kurangnya 272 hari bekerja.

109 meterai ini yang dipamerkan di muzium negara menunjukkan keazaman China untuk menperdalam reformasi institusi. Selama bertahun-tahun, untuk memudahkan perniagaan, Majlis Negeri China telah membatalkan atau mengagihkan kuasa kelulusan pentadbiran kepada pihak berkuasa peringkat rendah untuk lebih daripada 1,000 barang dan mengurangkan jumlah barangan pelaburan yang tertakluk kepada kelulusan kerajaan pusat sebanyak lebih 90 peratus.

Mengapa memperdalam reformasi penting?

China melancarkan reformasi dan pembukaan pada tahun 1978. Selama 46 tahun yang lalu, China telah berubah daripada ekonomi yang miskin dan kurang berkembang menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia.

"Reformasi dan pembukaan merupakan faktor utama mengapa China mampu mengejar perkembangan zaman," kata Presiden China Xi Jinping dalam satu simposium pada tahun 2023. Beliau menambah, "Untuk mempromosikan pemodenan China, kita mesti memperdalam reformasi dan pembukaan secara menyeluruh, terus membebaskan dan membangunkan kuasa produktif sosial, serta membuka dan meningkatkan daya hidup sosial."

China memulakan sesi pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China di Beijing pada hari Isnin. Mesyuarat ini akan menumpukan pada memperdalam reformasi secara menyeluruh dan memajukan pemodenan China.

Wang Chunguang, seorang penyelidik di Akademi Sains Sosial Cina, berkata bahawa China kini telah memasuki zon "air dalam" dalam proses reformasinya, menghadapi tugas yang lebih kompleks dan lebih mendesak daripada sebelumnya, seperti keberkesanan reformasi sebelumnya yang semakin berkurang, jalan reformasi masa depan yang tidak jelas, dan perubahan hubungan antarabangsa. Kegagalan untuk menangani pelbagai cabaran dalam masyarakat, ekonomi, budaya dan politik melalui reformasi lebih lanjut, pemodenan China akan terjejas dengan ketara.

Fan Weiqing, seorang profesor madya di Universiti Wuhan, berkata bahawa dengan munculnya revolusi sains dan teknologi serta transformasi industri baharu yang mula bertapak di seluruh dunia, dan tatkala persaingan sains dan teknologi menjadi semakin sengit, memperdalam reformasi juga penting untuk inovasi teknologi China, yang merupakan "penentu" bagi masa depan negara ini.

"Untuk menyelesaikan pelbagai percanggahan dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan lanjut China, kita mesti memperdalam reformasi dan pembukaan," kata Xi. Beliau memberi penekanan besar terhadap usaha memperdalam reformasi. Setahun selepas beliau memegang tampuk kepimpinan sebagai setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pada tahun 2012, kerajaan pusat menerima pakai keputusan untuk memperdalam reformasi secara menyeluruh, dengan matlamat untuk menambah baik dan mengembangkan sistem sosialis dengan ciri-ciri China serta memodenkan sistem dan keupayaan tadbir urus China.

Bagaimana China menperdalam reformasi?

Sejak itu, kepimpinan China telah mengemukakan peta jalan untuk memperdalam reformasi secara keseluruhan, dan negara ini juga telah melancarkan lebih daripada 3,000 rancangan reformasi yang meliputi reformasi institusi Parti dan negara, reformasi tanah luar bandar, reformasi perusahaan milik negara, reformasi kewangan, transformasi hijau dan reformasi sistem perubatan.

Antara semua reformasi, reformasi ekonomi merupakan tumpuan utama. Xi telah menekankan agar pasaran memainkan peranan "penentu" dalam pengagihan sumber, yang merupakan isyarat kuat penyelarasan dasar, kerana perkataan "penentu" ialah "asas" dalam kenyataan rasmi sebelumnya.

Di bawah arahan Xi, China menubuhkan biro pembangunan ekonomi swasta untuk membantu perusahaan swasta, mempromosikan reformasi kewangan untuk memudahkan pembiayaan bagi perusahaan swasta, memajukan reformasi perusahaan milik negara (SOE) untuk lebih meningkatkan sistem perusahaan moden, dan melaksanakan sistem senarai negatif untuk akses pasaran, membenarkan kemasukan ke kawasan yang tidak dilarang secara jelas oleh senarai tersebut.

Hasil daripada reformasi ini sangat memberangsangkan. Pelan tindakan tiga tahun untuk reformasi SOE (2020-2022) telah mengubah lebih daripada 165,000 SOE menjadi syarikat liabiliti terhad, atau syarikat terhad oleh saham, dan sekitar 38,000 SOE telah menubuhkan lembaga pengarah. Dari 2012 hingga 2023, jumlah perusahaan swasta di China meningkat lebih daripada empat kali ganda, dan jumlah perusahaan swasta sebagai peratusan daripada jumlah perusahaan meningkat daripada kurang daripada 80 peratus menjadi lebih daripada 92 peratus.

Laporan Bank Dunia yang diterbitkan pada tahun 2020 menyatakan bahawa reformasi yang mantap dan kuat menyaksikan China memperoleh peningkatan yang terulung dalam persekitaran perniagaannya, dan ia termasuk di antara 10 pembuat reformasi global teratas selama dua tahun berturut-turut.

https://news.cgtn.com/news/2024-07-16/Why-is-deepening-reform-so-important-for-China--1vhwv3kKVkk/p.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service