omniture

MAXATOMSTROM Menawarkan Pelan Kuasa Nuklear 100% Bermula 01 Disember 2014 di Jerman

-- Pencinta alam sekitar menuntut pembaharuan kuasa nuklear
-- Kuasa nuklear membebaskan kurang karbon dioksida berbanding kuasa suria
MAXATOMSTROM
2014-12-01 21:00 98

AUGSBURG, Jerman, 1 Disember 2014 /PRNewswire/ -- MAXATOMSTROM melancarkan pelan kuasa nuklear pertama Jerman pada permulaan Persidangan Perubahan Iklim PBB di Lima, Peru. Pelan itu hanya terdiri daripada kuasa nuklear yang meninggalkan jejak karbon yang lebih kecil berbanding kuasa suria. MAXATOMSTROM menuntut pembaharuan nuklear di Jerman. Kerry Emanuel – Profesor Sains Atmosfera di MIT, Wade Allison – Profesor Emeritus Fizik Universiti Oxford, pengasas bersama Greenpeace Patrick Moore, Penerima Anugerah Nobel dalam Fizik Burton Richter dan beberapa ahli sains dan pencinta alam terkemuka lain turut menyokong tuntutan ini.

Menurut jurucakap syarikat itu Jan Pflug, pelan itu turut merupakan cara untuk memprotes polisi iklim yang gagal: "Kadar pembebasan gas pada peringkat global sedang meningkat walaupun begitu banyak persidangan iklim PBB telah diadakan. Jerman, yang sering diangkat sebagai model peranan, merupakan contoh yang baik: Buat masa kini, ada 8 loji arang yang sedang dibina atau dibangunkan di Jerman. Penjanaan tenaga elektrik daripada lignit berada pada tahap yang tertinggi sejak penyatuan semula Jerman." Pflug menganggap keadaan ini adalah disebabkan oleh penghentian nuklear secara berperingkat pada tahun 2011: "Arang mendapat rangsangan besar daripada penghentian nuklear secara berperingkat itu. Walaupun semua tuntutan mendakwa keadaan adalah yang sebaliknya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya berhenti menggunakan arang dan nuklear pada masa yang sama."

Bagi menghentikan ledakan arang, penghasilan semua bentuk tenaga berkarbon rendah perlu diperluas. Pengasas bersama Greenpeace Patrick Moore percaya tenaga nuklear patut memainkan peranan penting dalam usaha ini. Beliau memberitahu MAXATOMSTROM yang "tidak syak lagi, tenaga nuklear ialah sumber tenaga yang paling berkesan dan cekap untuk membantu mengurangkan penggunaan bahan api fosil."

Langkah MAXATOMSTROM untuk merangsang tenaga nuklear turut disokong oleh Stephen Tindale – bekas ketua Greenpeace UK, pakar iklim Australia Barry Brook, James Lovelock – pengasas Hipotesis Gaia, Baron Smith Finsbury – bekas pengerusi Agensi Alam Sekitar UK, Robert Stone – pembikin filem dokumentari yang menerima pencalonan Oscar serta Stewart Brand- pencipta Whole Earth Catalog.

Malah penentang kuasa nuklear turut mengakui yang ia merupakan sumber tenaga yang rendah karbon. Contohnya, Oko-Institut e.V., institut penyelidikan alam sekitar yang mencipta istilah "Energiewende", menyatakan dalam suatu kajian tahun 2007 yang satu kilowatt-jam tenaga nuklear menjana hanya 31 gram karbon dioksida. Kuasa suria pula membebaskan sebanyak tiga kali jumlah karbon itu, dan batu arang keras membebaskan lebih tiga puluh kali jumlah karbon itu.

Pelan baharu ini boleh dibeli mulai 01 Disember 2014. Dengan bertukar kepada MAXATOMSTROM, para pelanggan dapat mengurangkan jejak karbon dioksida mereka daripada hampir 2 tan menjadi 0.02 tan setiap tahun. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.maxatomstrom.de.

Maklumat Perhubungan Akhbar:
MAXATOMSTROM
Jan Pflug
Ketua Komunikasi
T: +49(0)821-48-08 - 26
B: +49(0)151-53-28-31-17
E: jan.pflug@maxatomstrom.de

Source: MAXATOMSTROM
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues New products/services