omniture

Xinhua Silk Road: Quanzhou Tenggara China berusaha membangun menjadi Bandar Kreatif Gastronomi

Xinhua Silk Road
2024-07-31 22:55 42

BEIJING, 31 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Bandar Quanzhou di Wilayah Fujian, tenggara China baru-baru ini mengadakan majlis perasmian bagi permohonan untuk menjadi Bandar Kreatif Gastronomi dalam Rangkaian Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Photo shows a Quanzhou delicacy made from crabs and oranges.
Photo shows a Quanzhou delicacy made from crabs and oranges.

Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) diwujudkan pada tahun 2004 bagi mendorong kerjasama bersama dan antara bandar-bandar yang mengenal pasti kreativiti sebagai faktor strategik untuk pembangunan bandar yang mampan. Ia menggalakkan bandar-bandar untuk memilih salah satu daripada tujuh bidang kreatif untuk memohon: Kraf dan Seni Rakyat, Reka Bentuk, Filem, Gastronomi, Sastera, Seni Media dan Muzik. Ketika ini, terdapat sepuluh bandar yang dipilih sebagai Bandar Kreatif Gastronomi di peringkat global, termasuk enam bandar dari China.

Bandar Quanzhou memperkenalkan rancangan kerja dalam bulan Jun tahun ini yang mencadangkan untuk menonjolkan peranan positif makanan istimewa dalam meluaskan permintaan domestik, mengintegrasikan industri-industri, meningkatkan penggunaan, memacu peluang pekerjaan dan memperbaiki kehidupan rakyat serta berusaha sedaya upaya untuk membangun menjadi Bandar Kreatif Gastronomi berasaskan kepada rancangan keseluruhan iaitu persediaan dua tahun, aplikasi empat tahun dan penciptaan enam tahun.

Bandar tersebut amat yakin dapat mencapai matlamat ini kerana ia mempunyai sejarah yang panjang, budaya yang kaya, sumber perikanan marin yang banyak serta nilai keluaran makanan dan minuman melebihi 100 bilion yuan, dengan GI (Petunjuk Geografi) keluaran pertanian dan produk akuatik seperti Anxi Tie Guan Yin (teh oolong Anxi) dan cuka Yongchun yang terkenal di dalam dan luar negara serta model perniagaan diperluaskan seperti pemborongan produk akuatik dan hidangan siap masak berkembang pesat.

Data menunjukkan bandar tersebut kini memiliki 100,347 jenis entiti pasaran katering yang pelbagai, menduduki kedudukan pertama di wilayah Fujian dan ia mempunyai sumber Cina luar negara yang banyak serta sumber dewan perniagaan dan juga saluran pertukaran makanan istimewa yang luas, lalu mewujudkan asas kukuh dan kelebihan unik buatnya untuk menjadi Bandar Kreatif Gastronomi.

Di majlis pelancaran, Quanzhou menjemput 22 perunding pakar untuk memberikan sokongan intelektual profesional bagi urusan aplikasi.

Ia turut memperkenalkan rancangan kerja khas yang dikemukakan bagi meningkatkan asas pembangunan untuk industri makanan istimewa secara berterusan dengan menggabungkan urusan aplikasi, termasuk menjadikan entiti pasaran katering melebihi 150,000 menjelang tahun 2027, mendorong sepuluh perusahaan katering terkemuka setiap satu dengan jualan tahunan melebihi 100 juta yuan, membina 20 jalan dengan makanan istimewa cirian dan lain-lain.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/341367.html

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Food/Beverages Publishing/Information Service