omniture

Cathay United Bank Cawangan Bandar Raya Ho Chi Minh Tarik Bakat Global dengan Faedah Kompetitif dan Peluang Penggiliran Antarabangsa

Cathay United Bank
2024-08-05 09:09 21

TAIPEI, 5 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Cathay United Bank (CUB) mengaut keuntungan yang mencatat rekod. Sebagai respons kepada pasaran Vietnam yang semakin berkembang, Cathay United Bank Cawangan Bandar Raya Ho Chi Minh (CUB HCMC) menggandakan usaha perekrutannya untuk menarik bakat kewangan dalam bidang-bidang seperti analisis data, pengurusan hubungan pelanggan, pengurusan risiko, pemasaran, pengurusan kekayaan serta operasi. Tambahan pula, CUB HCMC menyediakan kepada pekerja dengan pakej faedah yang kompetitif, latihan yang mantap, laluan kerjaya yang jelas malah peluang untuk berkhidmat dengan unit CUB yang lain di Asia Tenggara. Semua ahli profesional kewangan dialu-alukan untuk menyertai CUB HCMC agar bersinar cemerlang di persada global.

CUB Ho Chi Minh City Branch offers solid training, international job rotation opportunities and 15+ days of paid annual leaves to attract top financial talent.
CUB Ho Chi Minh City Branch offers solid training, international job rotation opportunities and 15+ days of paid annual leaves to attract top financial talent.

Asia Tenggara merupakan pasaran berkembang pesat yang penuh dengan peluang perniagaan, memandangkan syarikat-syarikat di seluruh dunia membuat pelaburan yang besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi memenuhi permintaan perniagaan yang semakin meningkat, CUB HCMC berusaha sedaya upaya untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang holistik, penyelesaian kewangan projek dan khidmat nasihat yang meliputi penyelidikan pelaburan, pemerbadanan dan operasi syarikat serta perancangan dana tersuai. CUB HCMC berusaha dengan lebih gigih pada tahun ini dengan memperkenalkan "CUB Vietnam App" yang memperkemas proses permohonan pinjaman serta mentakrifkan semula pengalaman pinjaman digital untuk pelanggan Vietnam. Dengan hanya memuat naik pantas kad ID mereka dan melengkapkan maklumat peribadi asas, pelanggan boleh mendapatkan kelulusan pinjaman mereka sepantas 30 minit.

Mengintai pasaran global, CUB HCMC merekrut ahli profesional berpengalaman serta memperluas skala dan perkhidmatan Liputan Korporat Antarabangsa (ICC) untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya. VJ Lu, Naib Presiden Kanan CUB HCMC, menyatakan bahawa "Matlamat kami adalah untuk menjadi bank asing yang terkemuka di Vietnam dan membolehkan nilai-nilai teras CUB berkembang maju dalam pasaran tempatan. Justeru itu, ahli profesional yang bersemangat untuk menyahut cabaran dan menerima inovasi amat dialu-alukan untuk menyertai kami! Bagi membangunkan kerjaya pekerja dengan lebih baik, kami memperkenalkan mekanisme bimbingan mentor dan ketua bagi meningkatkan set kemahiran pekerja ke tahap seterusnya."

Berserta persekitaran kerja yang terbuka dan fleksibel, CUB HCMC turut menawarkan kepada pekerjanya bonus akhir tahun, bonus prestasi, aktiviti pembinaan pasukan dan aktiviti bersiar-siar serta sekurang-kurangnya 15 hari cuti tahunan bergaji. Cawangan ini turut memberi penekanan kepada pengalaman tempat kerja dan kesejahteraan pekerja dengan menawarkan pemeriksaan kesihatan tahunan dan perlindungan insurans kesihatan tambahan. Ia turut menggalakkan pekerja untuk meningkatkan kemahiran dengan memberi subsidi kepada program pembelajaran bahasa dan program latihan profesional yang dijalankan oleh State Bank of Vietnam (SBV) dan memberi ganjaran kepada mereka yang memperoleh sijil profesional yang ditetapkan.

Cathay United Bank ialah salah sebuah bank komersial yang terkemuka di Taiwan dan mempunyai lebih 11 juta pelanggan. Sebagai jenama kewangan yang dipercayai di Taiwan, CUB memperoleh kedudukan kukuh di Asia Tenggara. Bank ini kini menggaji lebih daripada 10,000 kakitangan di Taiwan dan luar negara serta memiliki 67 lokasi luar negara. Bagi memupuk bakat yang mahir dan meluaskan pengalaman mereka, CUB mengendalikan CUB International Master Scholarship Program di Taiwan. Program selama dua tahun ini menawarkan latihan kukuh kepada penuntut dari negara-negara Asia Tenggara (seperti Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Laos) yang ketika ini melanjutkan pengajian di Taiwan. Selepas menamatkan program, lulusan program ini dilengkapi secukupnya dengan kepakaran kewangan serta bersedia untuk berkhidmat di cawangan CUB di negara asal mereka. Untuk butiran lanjut mengenai peluang kerja di CUB HCMC, sila kunjungi laman web rasmi untuk menghantar permohonan anda.

 

 
Source: Cathay United Bank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Financial Technology