omniture

CGTN: Perakuan kesihatan yang baik untuk perenang Cina: lebih 600 ujian, sifar pelanggaran

CGTN
2024-08-08 00:04 25

BEIJING, 8 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Para perenang daripada Pasukan China dalam Sukan Olimpik Paris 2024, telah didedahkan dengan pelbagai ujian anti-doping dan tiada pelanggaran ditemui, meskipun terdapat tuduhan yang tersebar dalam sesetengah outlet media.

Hakikatnya ialah para perenang Cina merupakan atlet-atlet yang paling banyak diuji untuk kolam renang di Paris.

Jumlah keseluruhan ujian ke atas pasukan renang China telahpun melebihi 600 sejak Januari 2024, dengan setiap perenang diuji kira-kira 21 kali, manakala pesaing-pesaing utama mereka diuji secara purata sebanyak empat hingga enam kali, menurut statistik rasmi daripada World Aquatics yang dikeluarkan pada 23 Julai. World Aquatics merupakan persekutuan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi mengendalikan pertandingan antarabangsa dalam sukan air.

"Mereka diuji sepenuhnya," menurut Mark Adams, pengarah komunikasi IOC, di sidang akhbar pada 2 Ogos.

Beberapa ujian dijalankan semata-mata untuk memberikan "ketenangan fikiran" kepada atlet-atlet yang lain, kata Pau Gasol, anggota IOC dan juara NBA sebanyak dua kali.

"Beberapa kali pada awal waktu siang dan malam, ia bukan sesuatu yang mudah untuk para atlet ini, terutamanya kerana ia mengganggu rehat, latihan dan jadual lain," ujar Gasol.

"Sebagai seorang atlet, saya menghargai kerjasama daripada perenang Cina dalam kes ini," kata Gasol. "Diharapkan agar perkara ini tidak akan berlaku lebih kerap kepada mana-mana atlet lain dari negara-negara lain."

Ujian tidak menemukan sebarang pelanggaran

Ujian yang intensif ke atas Pasukan China "merupakan cara yang baik untuk membuktikan kejelasannya," Dong Jun, pengulas sukan berpangkalan di Beijing, memberitahu CGTN. "Keputusan membuktikan segala-galanya."

Beberapa laporan media memetik keputusan ujian positif 23 perenang Cina pada tahun 2021, tujuh bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo. Walau bagaimanapun, siasatan menunjukkan bahawa perenang-perenang ini mengambil bahan terlarang itu dengan memakan makanan yang tercemar secara tidak sengaja, suatu kejadian yang biasa berlaku di seluruh dunia.

"Tiada sebarang pelanggaran atau pencabulan peraturan anti-doping [dalam kes ini]," kata David Lappartient, ahli Lembaga Asas Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Lappartient, juga merupakan anggota IOC dan presiden Jawatankuasa Olimpik dan Sukan Kebangsaan Perancis memberitahu CGTN bahawa itu "jelas sekali merupakan kesimpulan" daripada WADA dan pendakwa bebas yang terlibat.

"Tiada sebab untuk meragui pendirian WADA berhubung kes ini," kata Lappartient.

Usaha anti-doping China

China telah berusaha dalam urusan anti-dopingnya. Agensi Anti-Doping China (CHINADA) menyatakan pada 25 Julai bahawa mereka akan bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan bagi memastikan integriti tadbir urus anti-doping global.

Pendirian ini disuarakan oleh kementerian luar negara ini. Jurucakap kementerian Lin Jian berkata dalam bulan Jun bahawa kerajaan China mengambil sikap "toleransi sifar" terhadap doping, benar-benar mematuhi Kod Anti-Doping Dunia dan melindungi kesihatan atlet serta keadilan dalam sukan dengan tegas.

Anti-doping juga merupakan bahagian penting dalam rangka tindakan China untuk pembangunan sukan dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 (2021-2025). Rangka tindakan ini melibatkan penaiktarafan sistem anti-doping, penyemakan undang-undang berkaitan dan pembangunan teknologi inovatif bagi pengesanan dadah.

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2024-08-06/Green-light-for-Chinese-swimmers-over-600-tests-zero-violations-1vQBLaIz41a/p.html

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports Advocacy Group Opinion