omniture

LexLegis.ai Mengubah Penyelidikan Perundangan dengan Kecerdasan Buatan di India dan Bersedia untuk Mengembangkan ke Peringkat Global

LexLegis.ai
2024-08-22 09:00 24

LexLegis.ai menetapkan penanda aras baharu untuk kecekapan dan ketepatan dalam profesion undang-undang

MUMBAI, India, 22 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Merevolusikan landskap undang-undang dengan platform berkuasa AI yang canggih, yang direka khas untuk memenuhi keperluan kompleks sistem undang-undang India. LexLegis.ai telah berjaya mengubah penyelidikan undang-undang yang sukar hanya dalam beberapa saat. Dengan ini, ia menetapkan penanda aras baharu untuk kecekapan dan ketepatan dalam profesion undang-undang. LexLegis.ai menyediakan jawapan yang ringkas dan bermakna kepada pertanyaan undang-undang dengan kelajuan dan ketepatan yang tiada tandingan dengan memanfaatkan korpus dalaman yang luas, yang terdiri daripada lebih 20 bilion token data yang diperoleh daripada lebih 10 juta dokumen undang-undang India. Repositori ini telah dicipta sejak 25 tahun yang lalu oleh para pengasas secara dalaman.

Saakar Yadav, Founder, Lexlegis.ai
Saakar Yadav, Founder, Lexlegis.ai

Keupayaan platform ini melangkaui alat penyelidikan undang-undang tradisional, dengan menawarkan ciri-ciri seperti rujukan sumber, kecerdasan buatan yang boleh dijelaskan (XAI), dan penyelesaian untuk masalah halusinasi, menjadikannya rakan penyelidikan yang dipercayai bagi para profesional undang-undang. Walaupun platform seperti Harvey.ai telah mendapat perhatian global, terutamanya dalam sistem undang-undang Barat, kekuatan LexLegis.ai terletak pada pengkhususannya yang mendalam dalam undang-undang India, menawarkan tahap kesesuaian dan ketepatan yang membezakan ia lain daripada yang lain.

Bertitik tolak daripada kejayaannya di India, LexLegis.ai kini bersiap sedia untuk berkembang secara global, dengan perancangan untuk memasuki pasaran AS dan negara-negara Komanwel yang lain. Langkah strategik ini bertujuan untuk menangani cabaran undang-undang di pelbagai bidang kuasa, sambil membawa keupayaan revolusioner LexLegis.ai kepada khalayak ramai yang lebih luas. Ketika platform bersiap sedia untuk memasuki pasaran baharu ini, platform ini berkembang menjadi sistem pengurusan amalan untuk firma cukai dan undang-undang global. Perkembangan ini, yang dijadualkan untuk dilancarkan sepanjang tahun 2024 dan 2025, akan meningkatkan lagi kegunaan LexLegis.ai di seluruh spektrum undang-undang.

Dengan AI yang selamat, bebas daripada berat sebelah, dan boleh dijelaskan, LexLegis.ai bukan sekadar produk—platform ini adalah permulaan era baharu dalam profesion undang-undang, di mana kelajuan, ketepatan dan keadilan menjadi realiti yang boleh dicapai. Dengan peluasan globalnya, LexLegis.ai bersedia untuk menjadi alat yang tidak boleh diketepikan bagi profesional undang-undang di seluruh dunia, mengubah penyelidikan undang-undang dan menetapkan piawaian baharu dalam industri.

Maklumat Tentang LexLegis.ai:

LexLegis.ai ditubuhkan oleh Saakar Yadav, seorang pakar dalam pengurusan dokumen undang-undang dan cukai serta kecerdasan buatan, yang sebelum ini mengetuai Pusat Pemprosesan Data Pusat Sistem Rujukan Kehakiman Kebangsaan (NJRS), repositori rayuan terbesar di dunia, sebuah projek Kerajaan India; Vishrut Shrivastava merupakan seorang alumni Vanderbilt University dan pakar pembelajaran mesin dengan pengalaman selama satu dekad dalam aplikasi berasaskan kecerdasan buatan untuk institusi kewangan global; dan Praveen Sood, dengan lebih 35 tahun pengalaman, termasuk tempoh panjang di Tata Steel, di situ beliau mengetuai bahagian percukaian, hubungan pelabur dan perancangan strategik.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2485454/Saakar_Yadav.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2485455/Team_Lexlegis_ai.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2485457/LexLegis_ai_Logo.jpg?p=medium600

From Left to right: CTO Vishrut Srivastava, Founder and Director Saakar Yadav, and COO Pravin Sood
From Left to right: CTO Vishrut Srivastava, Founder and Director Saakar Yadav, and COO Pravin Sood

 

Source: LexLegis.ai
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Legal Services Artificial Intelligence